Segmen blogger edisi pertama blog ni menampilkan Kak Ayu sebagai blogger pilihan. Kalau nak tahu cerita pasal Kak Ayu dan nasi kerabu bunga tanjung, boleh baca sini


Kali ni, aku terpanggil nak bercerita pasal Dkna Abza. Seriously, aku tak pernah pun baca blog dia. Sebab, dunia blogger ni luas, so tak kenal pun siapa dia. Aku pun, 1000% yakin dia pun tak pernah kenal aku dan baca blog aku.


Nak dijadikan cerita, aku pernah jumpa Dkna dan Miekael (tunangnya pada masa tu) time makan-makan di Wangsa Walk lepas kitorang main bowling blogger coffee talk. Macam biasa, kalau tak kenal di alam maya, tak pernah berinteraksi di blog atau mana-mana social media, lepas jumpa tu baru aku akan follow twitter/instagram.


Nak dijadikan cerita lagi, time belek-belek instagram, ternampak gambar dalam instagram Miekael dia letak location "Melor". Aku pun terdetik dalam hati, "weh, kampung aku tuh. Ore klate jugok ko dio nih? Ingat ko ore Putrajaya". Hah, korang dengar tak apa hati aku cakap? Konpem la tak dengar, sebab korang baca, keh3. Lepas tu, aku pun start la tnya. Rupa-rupanya, Dkna yang asal dari Melor. Oh, kecik sungguh dunia ni.


Nak dipendekkan cerita, kebetulan mereka nak kahwin time cuti raya tuh. Ada jugak dapat jemputan kat fb. Lagipun dah hari-hari berkomentar di instagram, tak kan tak nak pergi kan? Kecik pulak hati Dkna, dah la tuan dia pun memang kecik, lol. Sampai kat rumah petang Sabtu tu, 3hb Ogos 2013, aku pun tanya lah mak aku

Mek, rumoh sapo nok bekwoh dekat balai polis?

Mek ambo pun start la bercerita... Bo be bo be bo be... Tup tup dia cakap

Dia mari rumoh pagi tadi.. Wak mari ramo, nok suruh buat pulut

Eh? Terkejut beruk den. Macam tak percaya pun ada jugak bila dengar. Alahai, kecik betul dunia ni. Jumpa di KL, kenal di instagram/twitter, rupanya sekampung. Dan dan pulak, mari tempah pulut kat rumah. Hak3. Sekali fikir, fulamaaakkk. Cerita ni kalau buat cerekarama tv3 konfirm meletup rating. Grrrrrr


Ok, dah habis korang baca cerita ni? Ajaib kan? Kalau David Teo baca nih, silap haribulan dia ambik jadi movie, berjudul "Blogger Sekampung". Sebenarnya, saja nak share gambar-gambar time aku bertandang ke majlis persandingan Dkna Abza dan Miekael. Hari tu dah berpakat dengan bro Jamar nak pergi sekali. Tak segan sikit,haha. Dia sekeluarga bertolak dari Jertih. Time tu jugak lah first time jumpa Dayyan. Dah besar budak nih, comel pulak tuh. Next time, jangan lupa pergi rumah uncle pulak ye.


Selamat pengantin baru kepada Dkna dan Miekael

Rombongan pengantin lelaki. Miekael segak berkacamata hitam

Dkna Abza, tersenyum-simpul tunggu putera dari kayangan tiba

Raikan cinta: Dkna Abza dan Miekail berdua bersatu!

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Eh, jap. Sebelum korang makan kasik kitorang snap photo dulu.

Giliran Dayyan bersama daddy dan mummy nye

Chop chop chop
Giliran tukang taip mana?
Mesti lah ada jugak
Ambik berkat secupak dua



Jadi, sape-sape yang rasa nak kenal Puan Dkna Abza nih, boleh lah follow dia di blog, twitter, instagram mahupun di facebook.

Blog 
 
Facebook 
 
Twitter 
 
Instagram
 
 
Notakaki: Lepas ni, mungkin segmen blogger ni mungkin menjadi lagi aktif. Memandangkan semakin hari, semakin ramai aku jumpa dan kenal blogger-blogger hebat. Ramai lagi blogger yang aku nak cerita. Terutama sekali pasal blogger-blogger ohsem yang dah aku jumpa dan kenal time trip/event/makan-makan. Mungkin cuma masa yang akan menentukan bila dan siapa.