#TSDAYOUT AMAZING RACE @ FRIM KEPONG

/
10 Comments
Pada 30 Mac 2013, pb telah terpilih untuk menyertai #TSDayOut Amazing Race di FRIM Kepong. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu #TSDayOut kan?  Sebenarnya, #TSDayOut bermaksud Tourism Selangor Day Out. Biasanya, kalau ada aktiviti-aktiviti di sekitar Selangor, pihak Tourism Selangor akan menjemput bloggers untuk turut serta dalam event yang mereka anjurkan. Berminat untuk join? Apa kata cekidout here:

#TSDayOut
Tourism Selangor

Twitter

Facebook

Website

Ini kali pertama join aktiviti di bawah kelolaan Tourism Selangor. Asalnya, try je isi details di website Tourism Selangor, alih-alih terpilih. Alhamdulillah, dapat jugak berekreasi di hujung minggu dan kenal dengan lebih dekat FRIM Kepong. Lagi menari, dapat berkenalan dengan bloggers lain yang turut serta.

PESERTA

Di bawah ni adalah senarai 30 bloggers yang bertuah untuk menyertai #TSDayOut Amazing Race. Harap-harap, untuk next event pun akan tersenarai lagi. 


Lokasi event Amazing Race kali ini adalah di FRIM Kepong (Forest Research Institute Malaysia). First time sampai di FRIM Kepong. Terima kasih kepada my baadizss, Zuel sebab sudi jemput pb dari KTM Kepong Sentral ke FRIM Kepong. Untuk maklumat lanjut pasal FRIM Kepong, boleh rujuk di sini : FRIM Kepong


PENDAFTARAN

Seawal jam 830 pagi, dah ramai bloggers yang sudahpun tiba di lokasi untuk pendaftaran. Selepas sign attendance, kami diberi raincoat, t-shirt #TSDayOut, Goodie bag Tourism Selangor, Air mineral, button name tag dan perlu mengisi borang. Selepas selesai pendaftaran, semua peserta dikehendaki menukar pakaian masing-masing. Ayuh kita sarung baju #TSDayOut !



BRIEFING

Lebih kurang pukul 9 pagi, semua bloggers dipanggil untuk sesi taklimat ringkas. Firstly, briefing by Encik Eddy mengenai sedikit-sebanyak pasal FRIM Kepong. Lepas sesi briefing, kami sama-sama warming-up sebelum memulakan Amazing Race. Kang tak pasal-pasal ada yang kejang otot, keh3.


Kemudian,  ada pulak briefing by Encik Faizal pasal format Amazing Race. Untuk Amazing Race kali ini, kami diberitahu ada 9 checkpoints kesemuanya. Fuuuuuh! Eksited

 

GROUPING

Selesai je sesi briefing, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 peserta. Dan, pb ditakdirkan berada dalam kumpulan 6 bersama Bondz (b0ndzthhugs) dan Okid (masmz_kakijalan)

B.O.N


Setiap kumpulan perlu cari nama kumpulan dan reka cheers untuk kumpulan masing-masing. Kami sebulat-suara bersetuju untuk menggelarkan diri kami dari kumpulan B.O.N iaitu Bondz, Okid dan Nuar. Cheers kami apa? Boleh cek video d facebook Tourism Selangor, lol.


Sebelum Amazing Race bermula, apa lagi... Snap-snap gambar la dulu. Kalah takpe, asal menang bergambar.

AMANAH


Sebelum race bermula, setiap kumpulan terima amanah untuk dijaga sepanjang Amazing Race. Amanah yang perlu kami jaga baik-baik jangan bagi hilang ataupun jangan bagi kumpulan lain curi/rampas/pedajal adalah Map dan Telur busuk. Bayangkan telur yang disimpan 3 bulan pecah di tangan? Yecks. Pegang pun dah bau kat tangan, inikan pulak kalau pecah.


GROUP PHOTO


Sebelum comot meredah hutan FRIM Kepong, sempat lagi bergambar beramai-ramai sebagai kenanga-kenangan. Masing-masing eksited nak masuk hutan. Muka ceria sebelum mengetahui cabaran-cabaran yang menanti di setiap checkpoints.

#TSDayOut AMAZING RACE

Checkpoint 1
Cari guli dalam kolam


Itu dia, cabaran pertama pun dah mencabar. Pagi-pagi buta dah kena berendam dalam kolam. Uish, kesejukan habis. Tugasan pertama memerlukan setiap kumpulan mencari 3 biji guli dalam kolam. 


Dalam cabaran ni, sempat juga lah pb jumpa sebiji di bahagian tepi kolam. Nak cari sampai 3 biji? Alahai, amatlah susah. Last-last, pihak urusetia sampai baling guli ke dalam kolam. Peserta yang tinggi lampai, sempat lah tangkap. Yang kentot macam pb ni, putih mata je lah. Lastly, urusetia pun dah give up nak tunggu. Akhirnya, kumpulan yang dah jumpa 2 biji guli dah boleh proceed ke checkpoint seterusnya. Oyeah!


Checkpoint 2 
Kostum orang asli

Cabaran ke-dua adalah buat kostum guna daun-daun kering. Tema yang diberi adalah orang asli. Apa lagi, terus cari daun-daun kering besar gedabak untuk diikat pada tali yang diberi sebagai cawat. Bukan tu je, malah kami kena conteng muka dengan cat air ala-ala komando.

Lepas siap pakai kostum, kami perlu buat tarian orang asli. Apa lagi, tarian sawang la yang dibuat. Adoyai, macam-macam kena buat dalam #TSDayOut Amazing Race. Apapun, tetap happening!

Checkpoint 3
Terompah tempurung


Perjalanan dari checkpoint 2 ke checkpoint 3 agak jauh. Kami perlu mendaki bukit dan melalui anak-anak sungai dan air terjun di hutan simpan FRIM Kepong untuk sampai. Laluannya? Kami follow je pipeline yang dilukis dalam map yang diberi. Dan tugasan kali ni adalah berjalan atas terompah tempurung. Ini memang mengimbau kenangan dolu-dolu. Klasik!
 
Checkpoint 4
Puzzle

Untuk checkpoint ke-empat, kami perlu menyelesaikan puzzle gambar "Crown Shyness". Tugasan ini agak mudah, cuma cantum-cantum gambar. Apa itu "Crown Shyness"? Kami pun tertanya-tanya, adakah ini tugasan yang perlu kami cari sepanjang perjalanan dari checkpoint 4 ke checkpoint 5 untuk tugasan Treasure Art.

Treasure art

Sepanjang perjalanan dari checkpoint 4 ke checkpoint 5, mata kami sentiasa mendongak dan memandang ke atas. Cuba cari imej yang macam dalam puzzle di checkpoint 4. Akhirnya........

Subhanallah! Cantik sungguh pemandangan yang kami tengok dengan mata kepala kami sendiri. Jom snap gambar sebagai bukti untuk diserahkan kepada urusetia di chekpoint terakhir.

Kalau nak tahu, fenomena "Crown Shyness" ni adalah unik di dunia dan pernah ditayangkan dalam Discovery Channel. Awesome right? 

Ini adalah antara tarikan yang ada di FRIM Kepong. Kalau dah sampai di FRIM Kepong nanti, jangan lupa untuk buat jungle trekking dan cari "Crown Shyness". Korang pasti teruja dengan apa yang dilihat. Kalau tak pernah pergi FRIM Kepong, bolehlah try melawat ke sana. Nak mandi air terjun pun boleh, jungle trekking pun boleh, berbasikal pun boleh, macam-macam boleh buat.
 
Checkpoint 5
Commando crawl


Checkpoint 5 ni macam mendera sikit. Kami perlu meniarap dan melalui lumpur. Sah-sah la ada pacat yang sedang tunggu untuk menjamu selera darah-darah manis kami semua. Habis je cabaran ni, semua orang dah jadi macam kerbau. Habis lumpur seluruh badan,haha.
Checkpont 6 
Blindfold


Seterusnya, di checkpoint 6 kami perlu tutup mata dan cari 10 bintang yang dibuat daripada kertas di dalam kawasan petak yang disediakan. 2 peserta jadi orang buta, seorang lagi bagi arahan. Untuk kumpulan B.O.N, Bonds as the team leader bagi arahan dan Okid and me follow the instuctions to find 5 stars each.
Checkpoint 7 
Susun paku

Tugasan di checkpoint 7 ni agak mencabar. Kena susun kesemua paku di atas satu paku biar stabil. Nasib baik, dulu pernah buat task macam ni dalam training FIRC. So, I got the idea how to it. My mistake sebab tak berlakon dan berpura-pura bekerjasama dengan team members. Sama macam kes si Nazim tuh. Adoi! Last-last tu baru terlintas, then suruhlah Bondz dan Okid tolong pegang masa nak letak binaan atas paku yang berdiri di bongkah kayu tuh.

Checkpoint 8
Fear Factor 

Cabaran ke-8 diberi nama Fear Factor. Kali ni, mata sekali lagi ditutup. Urusetia dah cakap awal-awal, dalam balang merah ada macam-macam. So, kitorang kena cari 2 keping duit syiling dalam tuh. Time meraba-raba tu, tak tau apa yang ada. Last-last, bila dah buka mata baru tau ada ulat dan katak rupanye dalam tuh. Ohsem!

Checkpoint 9 
Final checkpoint


Di checkpoint terakhir,kami perlu menyerahkan amanah tadi iaitu telur dan map. Selain tu, kami perlu tunjuk apa yang kami jumpa untuk Treasure Art. Ada lagi, kami perlu isikan kesemua tugasan dan checkpoints yang telah kami lalui sepanjang amazing race. Lastly, final show. Yeah, cheers yang kami buat sepanjang amazing race berlangsung di setiap checkpoint.
Kami berjaya menamatkan race di tempat ke-3. Tapi, menang ke kalah belum tentu sebab kena campur semua markah kreativiti dan tugasan-tugasan di setiap checkpoint. Apapun, kami enjoy dengan #TSDayOut Amazing Race. Personally, I'm feel honored to see the "Crown Shyness" with my own eyes. It's amazing.

LUNCH


Lepas mandi-mandi bersihkan diri, buang pacat-pacat yang syok duk hisap darah manis dan tukar pakaian, kami semua dijemput untuk menjamu selera. Syok betul makan sup yang disediakan, sedap tak terkata. Memang kena lah time lapar-lapar macam ni. Gulai ikan, sayur campur dan ayam berempah yang menyelerakan memang kena dengan mood yang tengah lampar setelah berhempas-pulas explore FRIM Kepong separuh hari.

CLOSING

Untuk majlis penutup, Pn. Nor Hayati dari FRIM turut serta memeriahkan majlis. Mendengar kata-kata daripada beliau, yes I agreed with her. FRIM Kepong harus dipertahankan dan dijaga sebaiknya daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang mampu merosakkan keindahan dan keunikannya. 

Semoga semakin banyak penyelidikan-penyelidikan yang akan dilakukan oleh pihak FRIM untuk memastikan FRIM Kepong terus menjadi hutan simpan istimewa untuk generasi akan datang.


WINNERS

Walaupun B.O.N tidak diumumkan sebagai pemenang, it's ok. Apapun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang untuk #TSDayOut Amazing Race FRIM Kepong kali ni.

Champion
Group Sampat 

1st Runner-Up
Teh Tarek 

2nd Runner-Up
Kame-KameHa.


PHOTOSHOOT


Habis je majlis penyampaian hadiah, kami semua posing untuk photoshoot bagi pihak newspaper. We had a wonderful session at FRIM Kepong. At least, for the first timer like  me, the oppurtunity gave me chance to know about FRIM Kepong. Paling penting, rasa macam nak join lagi next event #TSDayOut, hehe.

Credit : Nazim
Yeah, itu dia. #TSDayOut Amazing Race featured in newspaper. Kalau tak silap dalam The Star.


Untuk galeri gambar, klik : #TSDayOut Amazing Race

Photographer : Rasyidi Awaluddin


INFO about FRIM Kepong
Operating Hours
8:00am to 6:00pm daily

Canopy walkaway
9:30am to 2:30pm

Entrance Fees
RM5/car
or
RM1/person

Adress
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
Kepong,
52109 Selangor Darul Ehsan
Contact number
Tel : +603 6279 7000

Notakaki : Thanks to Tourism Selangor for the invitation to join this event. Hopefully, I'll be able to join your next event in the near future. Till we meet again next time. Nice to meet all of you my dear blogger friends and #TSDayOut crews.



Selain daripada FRIM Kepong, terdapat beberapa lagi lokasi menarik di sekitar Selangor.
Inginkan kelainan dalam melakukan aktiviti outdoor?
Ingin atasi perasaan gayat di tempat tinggi?

Jom serbu


You may also like

10 comments:

  1. waaahhhh... nampak sangat best dan penuh dengan aktiviti

    ReplyDelete
  2. WOW dah kuar dah entry ini :-)

    ReplyDelete
  3. KiD:
    9 Checkpoints bro, memang best
    macam-macam task kena buat

    ReplyDelete
  4. MasZuber:
    ni pun lambat update sebab gambar dalam phone hilang
    sedih betul..
    seb baik ada photographer Rasyidi Awaluddin

    ReplyDelete
  5. wooooOOoOOoOo wOoOOoOOoOo.....
    gambar dalam hp hilangkah????? Alaaaaa frust tak dapat gambar comando tuuuu, nakkkkkkkkkkkkkk......

    ehemmmm... oKiD larrr ;p

    ReplyDelete
  6. wahh.. bestnye... :) teruja nak join tapi tak penah sempat..

    ReplyDelete
  7. masMZ KaKiJaLaN:
    sorry sangat-sangat, camne boleh hilang tak tau la
    rasa dah transfer ke dalam laptop, cari-cari takde
    sedih betul :(

    ooops, oKid..sory salah eja
    my bad

    ReplyDelete
  8. Nazim Nasri:
    mesti la kena ada gambar orang pemes
    naib juara pulak tuh,haha

    actually, gambar sendiri hilang, LOL

    ReplyDelete
  9. HafRizah@Dátiles.Dulces:
    Bessst!
    First time sampai FRIM Kepong
    Tempat yang menarik utk berehlah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...