MEDAN NIAGA SATOK

/
0 Comments
Selepas berfoya-foya dengan si Lonely, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Satok. Orang kata, Pasar Satok ni famous, tempat tumpuan nak beli macam-macam barang di Kuching. Malangnya, Pasar Satok yang diwar-warkan itu sudahpun berpindah lokasi.


Pasar Satok kini sudah berpindah lokasi ke Medan Niaga Satok, Kubah Ria. Mungkin, ini salah satu pembangunan untuk industri perniagaan dan pelancongan di Kuching, Sarawak Dengan struktur bangunan serba baru, mungkin dapat menjadi daya penarik untuk pelancong asing. Hakikatnya, ramai yang merindui suasana meriah Pasar Satok yang dulu.


Sekali tengok, struktur bumbung Medan Niaga Satok ni ala-ala berada di Sydney, Australia. Ceeewah! Kat sini, macam-macam ada dijual. Paling famous, ikan terubuk, kek lapis, kuih-muih tradisional Sarawak, cenderahati, t-shirt, sayur-sayuran, buah-buahan, bahan-bahan basah, udang kering dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada. Mak dan ayah je takde dijual di situ.


Kalau dah sampai di Medan Niaga Satok, jangan lupa beli ikan terubuk. Kalau beli kat sini, nak bawak pulang ke Semenanjung, suruh peniaga bungkus dalam kotak siap-siap. Memang mereka dah ready untuk membantu. Pilih lah ikan yang segar-segar, ikut saiz yang kena dengan selera dan citarasa. Udang galah pun banyak dijual di sini.


Nama pun datang trip dengan warga media kan, sudah tentu lah mereka berkerja keras menyiapkan tugasan mereka. Ini dia, Wany dari Santai TV duk tengah buat recording pasal Medan Niaga Satok. Kalau nak tau, Wany ni adalah PA kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Fuyoh!


Apa lagi yang menarik di Medan Niaga Satok? Hah, kat sini juga ada bermacam-macam makanan. Ada yang biasa, ada yang luar biasa. Ada jugak yang tak pernah jumpa kat tempat-tempat lain. Antaranya, lemang Bertawi dan Popia Canai. Kalau nak diikutkan, banyak lagi makanan-makanan lain. Tapi, memandangkan tempat ni terlalu luas, tak larat nak jalan, jadi tak sempatlah tawaf sampai habis.



Produk yang famous, tak lain tak bukan Kek lapis Sarawak. Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, sempat juga beli 2 biji kek lapis Sarawak di Medan Niaga Satok untuk dibawa pulang. Kenapa beli sikit je? Haaa, sebenarnya destinasi lepas ni memang nak pergi borong kek lapis Sarawak. Tempat yang kami tuju tak lain tak bukan tempat perusahaan kek lapis Sarawak yang paling terkenal di Sarawak, iaitu pelopor terawal perniagaan kek lapis. Nak tahu di mana lokasinya? Kita cerita kemudian.....


Full series : Sarawak, Aku Datang!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...