WOMEN'S 10M PLATFORM OLIMPIK 2012 : PANDELELA RINONG

Masihkah ada harapan untuk menambah koleksi pingat di Olimpik London 2012?

Kali ini, tumpuan terarah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Acara yang dipertandingkan adalah tidak lain tidak bukan 10m platform.



PUSINGAN AWAL (PRELIMINARY)

Untuk pusingan awal 10m platform, 26 atlet yang bertanding di pusingan awal. Daripada 26 atlet yang mengmabil bahagian,hanya 18 atlet yang bakal layak untuk terus berjuang di peringkat separuh akhir. Untuk kontingen Malaysia,dua penerjun negara mengambil bahagian iaitu Pandelela Rinong dan Traisy Vivien.

Berikut merupakan hasil terjunan Pandelela Rinong untuk kesemu 5 terjunan.



Apa yang jelas terpapar, terjunan ke-3 Pandelela Rinong kurang menjadi. Namun, konsistensi beliau untuk 4 terjunan yang lain, terutama terjunan 1,2 dan 4 membolehkan beliau layak ke peringkat suku akhir. Malahan, Pandelela Rinong mencatat keputusan ke-2 terbaik selepas atlet China. Kalau peringkat akhir macam ni, konpem-konpem Malaysia dapat satu lagi pingat.

QUALIFIERS TO SEMI-FINAL



Seorang lagi atlet Malaysia, Traisy Vivien hanya mampu menduduki tempat ke 22 daripada 26 atlet yang bertanding. Dengan itu, berakhirnya perjuangan beliau di Olimpik London 2012.


Dan kini, semestinya, tumpuan terarah kepada Pandelela Rinong yang bakal beraksi di separuh akhir 10m platform. Adakah beliau masih dapat mengekalkan konsistensi untuk setiap terjunan? Kalau beliau masih lagi mampu mengekalkan kedudukan 3 tempat teratas di separuh akhir, nampaknya cerahlah harapan untuk Malaysia membawa pulang satu lagi pingat Olimpik ke tanah air.

Apapun, All the best and good luck to Pandelela Rinong!
Tidak dilupakan juga kepada Bryan Nickson Lomas yang akan turun beraksi untuk pusingan awal 10m platform.


Live update

Live streaming 


Keputusan Separuh Akhir Women's 10m Platform 


Keputusan di separuh akhir menampakkan pencapaian Pandelela Rinong semakin baik. Catatan di peringkat awal, 349.00 meningkat kepada 352.50 di peringkat separuh akhir. Namun, kedudukan Pandelela sedikit merosot bilamana hanya berjaya menduduki di tangga ke-5 selepas menamatkan 5 terjunan. Nampaknya, saingan semakin sengit diberikan daripada atlet-atlet lain.

Keputusan penuh Pendelela Rinong di separuh akhir seperti tertera di bawah:


Berikut merupakan senarai qualifiers ke pentas akhir 10m platform.Menjadi top 5 di separuh akhir, pastinya harapan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Pandelela Rinong untuk teruskan perjuangan menggapai pingat ke-2 Olimpik London 2012.

 
Keputusan Akhir Women's 10m Platform

Tahniah Pendelela Rinong kerana telah merangkul pingat Gangsa di Olimpik London 2012


Pandalela Rinong kini pemegang rekod baru atlet Malaysia di Olimpik. Selaku pemenang pingat pertama wanita Malaysia di Olimpik seawal usia 17 tahun, meletakkan beliau di mercu kejayaan sekaligus mengharumkan Sekolah Sukan Bukit Jalil khususnya dan Malaysia amnya. Mencatat sejarah tersendiri bila beliau menjadi atlet pertama dari sukan lain selain badminton yang memenangi pingat di Olimpik.


Walaupun saingan cukup sengit di peringkat akhir, namun nasib masih menyebelahi Pandelela. Dengan penuh yakin dan konsisten, akhirnya meletakkan beliau di tangga 3 teratas. Walaupun kedudukan di tangga ke-3 hingga ke-6, cukup-cukup sengit, kilauan gangsa masih lagi menjadi milik dari Sarawak ini.


Keputusan penuh akhir 10m platform Pandelela Rinong.Terjunan GANGSA!


TAHNIAH and ALL THE BEST in the future!


notakaki : fuh, entri blog pasal Yeoh Ken Nee featured in website Says (klik sini)

Post a Comment

2 Comments

  1. Hans:
    ye, memang hebat
    klu dia konsisten hari ni, konpem masuk final
    untung badan, dapat menang pingat
    tunggu result je lah, semi-final 10m platform pukul 5 petang

    ReplyDelete