TIGA BENDA TIGA JENAMA

/
14 Comments
TIGA BENDA TIGA JENAMA
Cetusan minda : penaberkala
Banyak gila nyamuk, gigit sana, gigit sini. Boleh bertenggek hisap darah dengan muncung tajam, amboih kemain sampai terangkat bontot-bontot. Sekali tebah, terpercik darah. Amekaw, sape suruh sedut darah secara haram. Tu kalau sekor,kalau banyak ekor? Larat ke kau nak tebah sekor-sekor? Apa mau buat? Ubat nyamuk cap FUMAKILLA? Hah, tu salah satu jalan penyelesaian. Satu lagi tau tak nak guna apa? Ce teka…. (jawab dalam hati)
Korang jawab apa? 


Ridsect atau Penyembur Serangga?
Aku yakin 80% yang menjawab soalan ni akan menjawab RIDSECT. Padahal, RIDSECT tu hanyalah satu “jenama”atau “brand” je. Banyak lagi produk lain yang ada, contohnya SHELTOX, dll. Tapi hakikatnya, mentaliti orang-orang kita dalam perbualan, aku yakin akan sebut RIDSECT. Ada semut ke, nyamuk ke, lalat ke, “tolong ambil ridsect jap”, “tolong pergi beli ridsect jap”. Padahal, terpampang kat botol penyembur serangga tu cap SHELTOX. Ye dak?
*****
Aku yakin semua pernah jadi pelajar kan? Sesetengah mesti pernah duk di asrama. Kalau time lapar-lapar, malas nak pergi makan, korang makan apa kat bilik? Lagi satu, kalau yang dapat biasiswa/pinjaman, time hujung-hujung bulan, nak beli nasi mahal, korang beli apa buat alas perut? Hah, ce jawab.....
Korang jawab apa? 




Maggi atau Mee Segera?
Hah, yang ni aku boleh jamin 95% akan jawab MAGGI. Padahal, belum tentu korang makan mee segera cap MAGGI keluaran Nestle tu je kan? Aku sendiri pun, makan mee segera cap RUSKI ke,SEDAP ke, ADABI ke, semua aku balun panggil MAGGI. Seolah-olah, MAGGI tu adalah cukup sinonim dengan mee segera. Kalau sebut pun, orang tak bingung nak pikir-pikir, atau garu-garu kepala nak faham. Aku yakin, kita semua sudah punya satu kesefahaman yang sama dalam hal ni. MAGGI = Mee Segera tak kira cap apa sekalipun. Ye dak?
*****
Korang ada adik? Yang abang/kakak yang dah kahwin tu, korang dah ada anak? Makcik/Pakcik, mesti dah ada timang cucu kan? Yang takde adik macam aku ni, konpem dah ada anak buah kan? Nak tanya, bayi-bayi yang baru lahir sekarang pakai apa untuk tadah mereka punya kencing/berak? Ada lagi ke mak ayah zaman moden pakaikan kain lampin? Rajin benar mereka nak cuci hari-hari. Dunia dah maju, zaman dah berubah, teknologi pun dah canggih-manggih, mesti ada pengganti kepada kain lampin kan? Hah teka, apa dia? Ce jawab….
Korang jawab apa? 



Pampers atau Lampin pakai buang?
Yang ni pun aku jamin dalam 75% akan jawab PAMPERS. Mereka jarang akan sebut lampin pakai buang. Kenapa tak jawab lampin bayi atau lampin pakai buang? Macam kes-kes di atas tadi juga lah, kalau sebut PAMPERS pun, semua orang tak akan pertikai dan berdebat panjang. Semua akan faham secara automatik bahawasanya apa yang disebut itu merujuk kepada lampin bayi pakai buang. Padahal, guna lampin bukan cap PAMPERS sekalipun, still orang akan sebut PAMPERS dan bukannya lampin pakai buang yang 4 ekar panjang nak sebut. Kasik la cap PET-PET ke, HUGGIES ke, DRYPERS ke, itu ke, ini ke, pastinya nama PAMPERS jugak yang disebut-sebut. Glamour betul cap PAMPERS ni. Cuba bayangkan, pergi shopping complex, nak beli lampin bayi, pergi cakap, "pampers pet-pet ada?" Aduh, tak ke haru. Konpius orang nak jawab, nak jenama pampers ke pet-pet? Tapi itulah yangf mungkin berlaku. Ye dak?
*****
notakaki : aku dah jalankan ujikaji untuk ketiga-tiga soalan ini kepada kakak aku, haha. Nampaknya, dia gagal menjawab dengan betul, ish3. Lepas explain, kitorang tergelak sebabnya kita semua sudah ditipu dengan jayanya oleh "branding" atau "penjenamaan". Sampai satu tahap, "nama benda" dan "nama cap" pun boleh tertukar,haha. Ada ke orang yang sekapal dengan kami? Kalau ada, bolehlah kongsikan.


You may also like

14 comments:

  1. hmm.. setuju dengan entry ni... jenama yg utuh akan memberi kesan kepada pengguna...

    pi kedai.. bangggg... magee goreng... satu!!!

    okeh siap..

    kat blakang, abang tu bukak pek mee segera jenama GIANT... hehehe... magee dapat nama...

    ...

    lama tak jenguk ko.. jemput ke blog...

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

    ReplyDelete
  2. masa adik lahir 13 thn lepas, baru thu yg pamper tu sbnrnya DRYPERS! hihih :)

    ReplyDelete
  3. ohmai!
    you are so true!
    agreed..
    sebab saya pun dua kali lima..hahaha..

    ReplyDelete
  4. Sam Banjamin:
    tu pasal bro, dari kecik duk panggil maggi, sampai ke besar lekat panggil maggi la
    kasik cap apa pun

    sama la bro, lama tak melawat blog ko
    ni pun, baru start nk blogging balik
    lama dah duk rehat,haha

    ReplyDelete
  5. nama saya nini:
    kan? tu la bila dah jadi kebiasaan
    yg selalu didengar je lah akan selalu disebut

    ReplyDelete
  6. Teenager Housemaid:
    haha, ada jugak orang yang sekapal rupanya :)

    ReplyDelete
  7. rasanya, PAMPERS la paling kerap lana sebut, produk cap lain,tpi main bedal smuanya disebut pampers. Walhal, rupa bungkusan PAMPERS tu pun ase macam dah lama mata ni tak melihat, tak pasan kat hypermarket tu.

    #sama la kita, baru nk mula berblogging balik..ase payah juga bila dah lama blog tu kena tinggal,huhu

    ReplyDelete
  8. Tyntha Lana:
    haha, ramai jugak orang yg sekapal eh

    #jom, sama-sama upkan entri. Satu sebulan pun malas skang, lol..

    ReplyDelete
  9. norinaomar:
    colgate? ye jugak kan
    nama ubat gigi paling famous sejak dulu lg

    ReplyDelete
  10. satu lagi tupperware..padahal jenama :)

    ReplyDelete
  11. yang tang pampers je tak wajib ada sebab belom ada anak. hahaha.

    ReplyDelete
  12. Eliss Mie:
    yes, you are right eliss
    sampai ke hari ni duk panggil tupperware,haha

    ReplyDelete
  13. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    hahaha, in future la eh
    jangan panggil pampers pulak klu cap lain, hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...