BICARA SELEBRITI 2012 - HIBURAN DI MALAYSIA, KEMANA ARAH TUJUNYA?

BICARA SELEBRITI 2012 
KELANTAN TRADE CENTRE
25 JANUARI 2012

Hiburan di Malaysia, ke mana arah tujunya?

Bicara selebriti 2012 diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) dan merupakan kali ke-3 penganjurannya. Topik yang dibincangkan pada kali ini terarah kepada "Hiburan di Malaysia, ke mana arah tujunya?". Satu topik yang menarik untuk dikupas dan dibincangkan.

Moderator
Amin Idris

Panelis
Nora
Mamat Khalid
Dr Zaharuddin.


Untuk liputan menyeluruh pasal Bicara Selebriti, boleh la layan video di bawah. Semoga bermanfaat!

Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan teladan



notakaki
  1. Diskusi yang cukup santai, penuh lawak jenaka, senda-gurau tapi penuh dengan mesej dan iktibar untuk difirkan bersama.
  2. Satu platform yang cukup baik untuk memberi ruang kepada kita-kita semua untuk tahu sedikit-sebanyak kisah mereka selaku selebriti dan pada masa yang sama mendengar hujah dari pihak yang arif, Dr Zaharuddin berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis. Nampak jelas, timbang-tara di situ.
  3. Bukan sekadar memberi ilmu kepada pendengar, tapi aku yakin panelis jugak mendapat ilmu daripada Dr Zaharuddin dan pada masa yang sama kita tahu akan perkembangan dunia hiburan tanah air dan halatujunya. Satu perkongsian cerita dan diselitkan dengan ilmu pada masa yang sama.
  4. Penghijrahan artis-artis di Malaysia aku rasa satu mekanisme yang berkesan untuk melebarkan pengaruh Islam di kalangan anak-anak muda kerana pengaruhnya cukup kuat. Walaupun kesannya tidak menyeluruh, paling kurang lebih baik dari dulu.
  5. Filem/Cerita di kaca televisyen hari ini pun jauh berbeza daripada dulu. Kebanyakan plot cerita dalam filem/cerita hari ini diselitkan sedikit-sebanyak dengan ilmu/mesej agama. Satu pendekatan yang bagus, cuma perlu pertingkatkan lagi. Mungkin, perlu berusaha lebih keras. Mana tau, satu hari nanti industri kita akan menuju ke arah menghasilkan karya seperti filem Ketika Cinta Bertasbih ataupun Ayat-ayat Cinta.
 
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah



Alhamdulillah, berkesempatan untuk join Bicara Selebriti tahun ni. At least dapat la jugak sedikit-sebanyak input.

Dr Zaharuddin duk cerita pasal cerita animasi Toys Story dan Kungfu Panda. Rasa perlu kaji apa yang menarik dalam filem tuh.


Post a Comment

10 Comments

  1. dengan kehadiran rmai figure2 industri perfileman, insyaAllah mereka dpt byk input yg baik utk diaplikasikan....

    event yg baik... setuju dgn UZAR utk himpunkn bersama golongan ilmuan dgn figure2 industri hiburan dan media. pasal media ni sbnrnya kuasa terbesar dlm mempengaruhi minda manusia, bukan politik partisan...

    ReplyDelete
  2. tersangatlah nok g bicara selebriti. hok bicara selebriti lepas pun besttt banyok info..kalu hari tu topic pasa hijrah, hok ni pun topic best jugok, tp keadae dumoh tidak mengizinkan diri.
    btw, thanks for da video :)

    ReplyDelete
  3. Awesome entry indeed..

    btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya... =)

    Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

    ReplyDelete
  4. salam sahabat...
    lamanya tidak singgah ke sini.sihat kamu?

    ReplyDelete
  5. wah...seronok la korang :-)


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  6. kalau kawu dok kg kawe gi jugak aritu. tapi nak wat guano kawe dok ipoh lani

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete