KIJANG BARU PATAH GIGI, BUKANNYA PATAH KAKI

/
10 Comments


Hari itu, aku ada tulis pasal telur penyu tak nak menetas, kijang cuba ambil kesempatan (klik sini). Dan di bahagian bawah sekali, aku selitkan Dialog sengal yang berbunyi:

PENYU : Telur aku tak mau menetas malam ni. Simpan untuk ke Bukit Jalil lah
KIJANG : Kalau macam tu, tak apalah. Biar aku je lah tendang telur-telur ni masuk gol. Tak banyak, 3 bijik je
untuk malam ni.






Kan betul, penyu simpan telur untuk menetas di Bukit Jalil. Paling tidak, 2 bijik jugak penyu menetaskan telurnya sekaligus mematahkan 1 gigi si kijang. Oh, sakit sungguh! Kini, kijang pula menggigit jari. Tapi tak apa, kijang baru patah gigi, bukannya patah kaki. Kalau dah patah kaki, susah pulak nak berlari, apatah lagi beraksi.




Tanggal 14 June 2011 (Selasa), Kijang akan beraksi lagi. Kali ini akan menentang Seladang (Perak). Rasanya, pertempuran ke-2 antara Kijang-Seladang pastinya cukup hebat. Dendam kesumat dibaham 4-0 oleh Seladang dulu, adakah mampu dibalas? Ataupun, dalam keadaan kijang yang masih patah gigi, adakah akan sedikit sebanyak mengganggu emosi untuk terus beraksi? Apapun, kita tunggu dan lihat. Semoga, kijang bakal beraksi dengan lincah.


Gelanggang Kijang-Penyu sudahpun berakhir. Tahniah buat skuad penyu, jangan patah semangat buat skuad kijang. Kini, gelanggang yang lebih mencabar pula dibuka, perang tiga penjuru, Kijang-Penyu-Red Giants. Yang manakah bakal munjulang gelaran Juara Liga Super 2011?


Walaupun kalah di Bukit Jalil, kekalahan yang amat menyakitkan bagi penyokong The Red Worriors, tapi aku yakin masih ramai yang akan tetap menyokong TRW untuk terus beraksi di arena. Hanya penyokong plastik yang akan lari bila pasukannya kalah. Dan penyokong fanatiklah yang akan sentiasa sokong tidak kira kalah, seri apatah lagi menang!


Notakaki : Bila menang kau sanjung, bila kalah kau kutuk. Memang kau penyokong yang busuk! Kalau semua game kau nak menang, baik ko duk depan desktop, pegang joystick, main sekor-sekor. Kalau seri, kalau kalah, kau restart balik sampai kau puas hati dan sampai kau menang. Tak payah nak jadi penyokong bola sepak la kalau semua game nak menang. Haktuihhhhh



Aku masih sokong The Red Worriors, Gomo Qlate Gomo!
Walaupun ke Bukit Jalil tanpa kemenangan
Lihat sendiri detik kekalahan di saat kegembiraan disangkakan berpanjangan
Tapi itu tidak bermakna TRW berada di titik kejatuhan
Mungkin itu akan menyaksikan TRW bakal berada di titik kebangkitan
Bukan hanya untuk musim ini, tapi juga untuk musim-musim mendatang
Kalah sekali, bukan bererti perlu senyap!

TRW TETAP DI HATI!
Oyeahhhh


Aku belajar sesuatu di Bukit Jalil,
kekuatan pemain di gelanggang bukan 100% terletak di bahu mereka, tetapi 200% terletak di bahu penyokong! Sorakan berterusan sedikit-sebanyak membakar semangat mereka mengayuh keringat untuk terus bertahan dan berlawan. Falsafah bola sepak yang aku fikir, yang aku tulis di ruangan FALSAFAH BOLA SEPAK DAN NORMA KEHIDUPAN (klik sini) ada juga betulnya.


Dan, komen-komen yang menarik perhatian aku dah terbukti ada benarnya:

Hazwan Arif
Penyokong itu umpama org sekeliling kita. Sukar nak meneruskan kehidupan tanpa sokongan mereka...

blog-tips-kurus
Sedetik alpa, selamanya merana


Apa yang pasti, secara analogi : Arena bola sepak persis kehidupan kita sejagat



You may also like

10 comments:

  1. TRW tu ape? Terawih ke?haha

    Gomo Klate Gomo, main sedak utk liga..jgn bagi selangor pintas..yeahh


    AMARAN: Anda Tidak Digalakkan Membaca Ini Pada Waktu Malam


    .

    ReplyDelete
  2. for this time kelate kalah takpo, nnt yg piala malaysia kena mene:))

    ReplyDelete
  3. Hazwan Arif:
    TRW tu TERENGGANU RESERVED WIN!,hahaha
    xpe, liga super plok
    ganu xleh lepo ni, nok litah doh tu
    apapun, puas hati tengok bola sepak msia loni

    ReplyDelete
  4. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    frust kaloh, arghh
    tapi xpo la, cuba lagi next time
    malam ni kena menang lawan perak pulak

    ReplyDelete
  5. tu lah jangan main mercun
    berkali2 dah aku pesan
    tgok
    haihhh
    apa2pun aku masih simpati pada Daudsu
    kesian dia
    kalau dia xtertanduk pun bola tu masuk juga dalam gawang tu

    Header Baru Blog Hans....Comel Tak?

    ReplyDelete
  6. Hans:
    tu pasal, aih bongok punya fan
    xpuas hati gak malam tu
    sape yg baling mercun malam tu, patut rasa sesal seumur hidup, ceittt

    ReplyDelete
  7. mmg sengit perlawanan tu.rasa cuak-cuak juga bila masa sudah hampir tamat.

    ReplyDelete
  8. pisau belati:
    haha, tu pasal
    makin dekat nak habis, makin banyak kelantan serang
    tapi luck takde, takde goal penyamaan
    apepun, at least match malam tu bukak mata org kita yg bola sepak msia makin maju

    ReplyDelete
  9. Hans:
    ni la orang kata, akibat nila setitik rosak susu sebelanga
    tp apa nak buat, benda dah lepas usah dikenang
    apepun,FA CUP dah melepas, harap-harap LIGA SUPER tak melepas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...