BILA MEMBER DAH MULA KAHWIN, KITA PUN............

/
12 Comments
Bila member dah mula kahwin, kita pun.........

Apa?

Nak kahwin juga?
Kalau ada calon, cepat-capatlah. Benda yang baik, tak elok ditangguh-tangguh.

Baru nak cari calon?
Bagus la, dah ada perancangan untuk masa depan

Terkejut sebab kita masih belajar?
Nak buat macam mana, seru mereka dah sampai. Esok lusa, giliran kau, kau, kau, kau, kau dan aku..
Eh, lambat lagi tuh giliran aku,lol

Sebenarnya,

Bila member dah mula kahwin, kita pun.........
Ucaplah selamat pengantin baru, semoga merEka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Sama-sama doakan kesejahteraan dan kebahagian mereka. Kalau kelapangan tuh, bawak-bawaklah datang ke majlis kenduri perkahwinan mereka.

Dulu lain, sekarang lain.
Dulu, sekadar baca kad undangan majlis kahwin, akak-akak, abang-abang, sepupu-sepapat, saudara-mara yang kahwin.
Sekarang? Dah tiba masanya kawan-kawan sendiri pula yang kahwin.
Maksudnya?
Tak lama lagi, kita la plak kan. Itulah, bila usia semakin meningkat dewasa, benda-benda ni la plak perlu kita fikir dan fahami.


Berbalik kepada motif asal entri ini, luang-lingkup ini adalah istimewa buat member-member yang baru saja melangsungkan perkahwinan dalam bulan Jun 2011 ni. Bak kata Azizul Abllah aka Gjoe:

Jawapan dari kawe : Sudah mesti, demo pun akan ada di sini
Translation : Try translate guna google translater,wakaka


Mungkin beliau sudahpun membaca entri yang aku tulis sempena majlis perkahwinan Shuhada Omar tempoh hari di sini : Selamat Pengantin Baru Shuhada Omar

Dengan status di atas, tak salah rasanya jika aku hebahkan lagi perkahwinan member-member lama di blog ini untuk tatapan rakan-rakan yang tak berkesempatan pulang ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Next time, mungkin giliran orang lain plak. Kalau gambar ada dan ditag ke fb aku, insyaAllah aku buat terutama Azizul Abllah dan isteri,hahaha


SELAMAT PENGANTIN BARU RAJA FITRIYANI

3 JUN 2011

Dari kiri : Puan Shuhada, Raja, Biena, Atin, Gjah, Aishah bersama pengantin baru Raja Fitriyani dan suami

Tu dia, bila Raja Fitriyani menjadi raja sehari. Sungguh berseri-seri. Bersama suami di sisi, Encik Amirul empunya diri. Kuning sungguh raja sehari, ampun tuanku!

Apapun, maaf tak dapat hadirkan diri untuk majlis walaupun kad jemputan ada sampai di rumah. Nampak gayanya, boleh start simpan kad undangan majlis kawan-kawan la lepas ni untuk kenangan.

Di kesempatan ini, selamat pengantin baru diucapkan. Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Ucapan isitimewa dair kejauhan buat Raja dan suami dari rakanmu. Eh lupa, Puan Raja Fitriyani. Muda-muda dah jadi puan ye? hahaha.


SELAMAT PENGANTIN BARU AIN AQILAH

2 JUN 2011

Pengantin baru, Ain Aqilah bersama Syazni

Mungkin ramai yang tidak tahu, seorang lagi member kita yang sudahpun berkahwin adalah Ain Aqilah. Majlis perkahwinan beliau diadakan pada 2 Jun 2011 menurut tetamu yang dijemput hadir, iaitu Syazni. Kepada sesiapa yang tak dijemput tuh, takyah nak berkecil hati. Mungkin tak sempat nak jemput semua member-member. Aku pun baru je tahu hari ini. Apapun, tumpang gembira untuk mereka yang telah bergelar raja sehari.

Apapun, kita doakan kebahagiaan Puan Ain Aqilah dan suami. Semoga bahtera yang mereka bina dapat melayari lautan kehidupan dengan aman dan harmoni, amin.


nota kosong: InsyaAllah, kalau masih bernyawa, dikurniakan kelapangan dan blog ini masih hidup, perkahwinan member-member akan disiarkan di sini sebagai kenangan kita bersama. Biar masing-masing cepat-cepat nak langsungkan majlis sendiri,haha. Lepas ni agak-agak sape pulak? Azwan Kifli dan Tuan Nur Azniera bila plak? Nuril Aslina dan Halimi Halim dah ada orang nak sponsor akok satu par sorang. Tunggu apa lagi? Azizul Abllah jangan bimbang, majlis demo kalau takde aral melintang, kawe sendiri nak gi buat liputan. Jemput awal-awal sikit tuh.


Musim cuti sekolah ni, memang banyak sungguh majlis kahwin-kahwin ni. Sampai member buat lawak di facebook kata dah bertunang pun aku percaya. Tapi kalau betul pun, apa salahnya kan? Cepat sikit boleh makan nasi minyak.


Pesanan penaja: Nak kahwin tu, jemput-jemput la aku. 3 majlis dah aku terlepas. Keududukan sekarang pun dah pun berubah, 3-0 dah (Perempuan : Lelaki). Maklumlah, lelaki kan kena cari kerja, cari duit dulu nak sara anak orang. Takpe lambat, asal selamat.



Korang semua yang baca ni, dah plan nak kahwin ke? Agak-agak bila tuh? Aku nak apply jadi pengapit, boleh ambil-ambil berkat kan?


You may also like

12 comments:

  1. nak tuju lagu bleh? hehe..lek nua..samo2 kita berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi suami dan ayah yang baik di masa hadapan..InsyAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. kalau ikut hati dh lama kawin tp tuhan x mengizinkan je..hehe

    ReplyDelete
  3. salam..

    cantik2 nyer pengantin..
    best kawin..sy pn dah kawin..hihii

    klu nak tengok pelamin leh la calling2 saya ek di 0197592312,sy ada buka bridal cover area putrajaya,kl dan selangor..

    maaf promosi ckit..k slmt bblog..

    ReplyDelete
  4. hye2 long time ni see.

    plan nak kawen dah banyak kali terpikir sejak kecik2 lagi dah dok main kawin2.haha

    ReplyDelete
  5. Hans:
    uih, esok terus?
    ikut hati mati, ikut rasa binasa,haha
    ikut la bila-bila bro, nanti jemput gua sama

    ReplyDelete
  6. Alif Pauzi:
    tuju lagu sapo tu? buleh2, silakan
    tu pasal, siap-siaga dulu diri sendri,
    baru boleh mencari
    kurangkan mencari, banyakkan menjadi

    ReplyDelete
  7. ~AmyLiana8886~:
    takpe, tak mengizinkan lagi la tuh
    mungkin tak lama lagi,hehe

    ReplyDelete
  8. currentlife2u:
    wsalama
    tu lah, berseri-seri muka pengantin
    hari bahagia katakan

    orite, tenkiu for the info
    takpe, promote2, silakan

    ReplyDelete
  9. amirah:
    uish, baru nampak bayang cik mirah
    long time no see maa
    haipp! kawen-kawen tu lain, kawen ni lain

    tunggu kad jemputan cikgu mirah,haha

    ReplyDelete
  10. musim cuti sekolah memang ramai org kawen.. takpe, hidup, mati, jodoh setiap org ada..

    ReplyDelete
  11. THE LEKAT LEKIT STORY"
    setuju, cuti skolah dan kenduri kawen mmg tak dapat dipisahkan
    mudah nk kumpul ramai2 anak-beranak

    yeah
    cuma masa je yg membezakan kita :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...