SELOKA VALENTINE
Nukilan : Penaberkala

14 Februari setiap tahun
Valentine day diberi nama
Kenapa perlu ada sambutan
Sedangkan ia ditegah agama?

Hukum-hakam telah diputuskan
Fatwa pun sudah diwartakan
Kenapa masih ramai buat bantahan?
Adakah masih kurang kefahaman?

Bila ada yang melarang
Memberi nasihat "silalah jauhkan"
Kenapa kau mula naik berang?
Adakah masih tak faham akan tuntutan?

Bila ada yang kritik
Kau mula naik pelik
Kau kata orang jelik
Mentang-mentang kau cantik

Bila ada yang pesan
Valentine day jangan ada sambutan
Kau kata "orang dengki dan meroyan"?
Kau kata "Sebab orang tu takde pasangan"?

Kalau betul nak berkasih sayang
Bukan sehari perlu buktikan
Islam pun mengajar erti kasih sayang
Tapi biarlah bertempat dan ikut aturan!

Apa pula kata kalian?


KOMIK VALENTINE




Al-kisah bermula bila cek STATISTIK kat akaun NUFFNANG. Macam biasa, cek visiotrs, member yang datang jenguk, income, dan paling utama KEYWORD. Sebut saja soal keyword, rasanya tak sah kalau takde yang menggelikan hati.


Nak tau apa yang mereka cari? Ada ke patut cari "PERTAMA KALI KENA RABA" kat blog ni. Aduh Saliha sungguh. Mana la ada aku bukak story pasal aksi-aksi terlarang ni. Hahahaha. Setakat ni, blog ni bebas lagi la dari anasir-anasir lucah. Jangan nak buruk sangka, ish3.


Nah, kat bawah ni buktinya. Sila tengok dan percaya apa yang mereka cari di carian Internet.


Klik tajuk entri di bawah untuk bacaan lanjut!

Apa mereka cari?
1) Mesin basuh : Nak beli mesin basuh ke nak belajar cara nak basuh baju ni? Try search kat GOOGLE dan taip "mesin basuh"
2) Cara membuat dadah jenis shabu : Opppps. HARAM buat dadah. Rosak anak bangsa, ish3!
3) Cikgu Saifudin kimia : Cari cikgu nak tuisyen ke apa ni?
4) Kelantan to English : Kat GOOGLE translater takde eh? Nasib baik ada kat sini kan? hahaha
5) Pertama kali kena raba? Ok, I'm speachless jap. Tiba-tiba imiginasi aku aktif,LOL


Ironinya, apa sebenarnya yang ada di blog ni?
1) Mesin basuh :Kisah mesin basuh, pelik tapi benar. Jom terjah kat sini -> KISAH MESIN BASUH
2) Restoran Shabu-shabu : Dadah shabu takde, makanan kat shabu-shabu ada ler. Kat sini -> Episod 1 dan sini -> Episod 2
3) MRSM Jeli : Klu kat sekolah menengah dulu, ada la cikgu kimia, tapi Cikgu Zaifuddin la. Ni mungkin ada kaitan dengan entri Para Pendidik sempena hari guru kat sini -> Insan Teristimewa
4) Budulish : Loghat Kelantan yang ada bau-bau bachang omputeh. Thanks kepada yang share kat FB. Next tiem kita sambung lagi segmen loghat Kelantan ni Jom belajar kat sini -> BUDULISH
5) NO RABA-RABA HERE OK! hahaha -> OUT OF TOPIC. Harap maklong


Ok, sempenan VALENTINE DAY ni, bukan nak agung-agungkan, bukan nak ceramah dan segala bagai, cuma nak sampaikan sedikit maklumat untuk perhatian dan renungan kita bersama. Pesanan untuk diri sendiri jugak.


Dah tahu kan hukum sambut Valentine tu apa? Kalau dah tahu bagus, kalau belum tahu boleh ambil sedikit pengetahuan kat sini -> HUKUM Sama-sama kita baca dan fahami! Sumber lain pun banyak kat internet, cuma perlu search and find macam orang-orang kat atas tadi tu buat,haha. Semoga ia bermanfaat untuk kepentingan sejagat.


Tapi, kenapa masih ada segelintir yang masih kurang faham? Malah ada yang membangkang bila Fatwa dikeluarkan. Macam-macam alasan dan rasional yang mereka bagi. Ada yang cakap orang yang kutuk golongan yang sambut Valentine adalah orang yang dengki/jeolous sebab single? LOL. Kamonla. Malangnya, alasan depa pun ikut hati dan perasaan sendiri, bukan ikut ilmu dan mata hati. Klik sini untuk bacaan lanjut -> FATWA Semoga kita beroleh lebih kefahaman :)


Petikan dari : Utusan

Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.


Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.


Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’


Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.


Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.


Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.


Masih lagi ragu-ragu. Kamonlah, tak payah banyak nak beralasan. Kenapa perlu HARAM? Rasionalnya ada di sini -> Salah satu punca berlakunya kezaliman!


Tertarik dengan satu petikan di blogpost hari ini yang berbunyi;
Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini : Hakikat hari kekasih, anda sanggup?
Semoga bermanfaat !
p/s: korang ni, kalau tajuk tak lucah tak nak baca, ish3. Dah ada ke kat surat khabar pasal yang kena cekup semalam? Apapun, harap kita yang faham, tak buat la walau berkasih dan sayang tahap mana pun. Klau dah kawen lain cerita, tapi tetap need to say NO to VALENTINE!