Selamat berhujung minggu buat semua. Hujan-hujan ni, nak keluar jalan-jalan pun rasa malas. Tapi, awal-awal pagi lagi dah keluar ke Butterworth dan sempat singgah meronda di Rope Walk, Butterworth. Apa yang menarik? Aku jumpa satu tarikan baru untuk dijadikan hobi. Yeah, dah dapat hobi baru. Nak catit sikit kat sini, 11122010 = jumpa hobi baru!


Today is the kickstart day. I'll be more serious on that.


Petang ni hujan lagi, apa mau buat? Aku nak mengarang sikit la, nak tulis satu cerpen. Dalam cerpen tuh akan ada 4 watak utama dan beberapa watak pipih. Jadi, sekadar menghargai semua readers dan pengomen tegar blog ini, (pelawat baru pun boleh) aku mahu kasi peluang untuk kalian. Sesiapa saja yang rasa nak pegang salah satu watak dalam cerpen yang kini dalam proses mengarang, bolehlah mencuba nasib.Jalan cerita dan perwatakan dirahsiakan,haha

jangan nak mengelak, anda telah di"skodeng"


Syaratnya mudah saja, just buat 3 langkah yang diberi. Nyatakan pilihan dan pandangan anda di ruangan komen

1) Nyatakan watak yang dipilih : pilih satu watak yang anda inginkan

Watak utama
  • Ain Zulaikha (reserved)
  • Syafiq Danish
  • Danial
  • Nurin Qistina
Watak sampingan
  • Bool (kucing)
  • Pemandu teksi
  • Pengusaha Restoran Bintang Hatiku
  • Lain-lain watak yang akan terlibat

2) VISIBLE VOICE dan PENABERKALA dalam erti kata anda sendiri

3) TAKDIR adalah ............... (lengkapkan sesedap rasa megikut kreativiti masing-masing)

#No 1 wajib jawab. No 2 dan 3 adalah soalan tambahan,optional.Tak buat pun tak apa

Kalau blogger yang pertama kali masuk ke sini pun boleh cuba untuk kasik komen kat sini. Tapi jangan lupa tinggalkan link blog anda sekali. Terima kasih!


Habuan?
Bukan kereta Marcedes
Bukan juga kondominium mewah
Royalti apatah lagi
Cuma setiap watak yang akan anda pegang akan di'link"kan ke blog kalian.
Juga sedikit review di ruangan sebalik tabir
Itu saja yang termampu


"Simple yet meaningful"


Korang bukak blog ni 10 tahun akan datang pun akan ada lagi link kat sini,haha. Tu pun kalau blog ni tak tutup atau corrupt la. Sedikit review pasal pemegang watak akan diperkenalkan, sekadar sesi berkenalan dengan rakan-rakan blogger. Tapi, awal-awal nak cakap, takde hadiah ye. Nak join boleh, tak join pun tak rugi :)



notakaki : dah baca apa lagi, try la join. Nak gi sambung siapkan cerpen jap. Malam ni konfirm sibuk nak buat report

Siapakan anda?

SELAMAT MENCUBA
sokongan anda amat dihargai
cam rancangan PILIH KASIH la plok,haha



REMINDER
21hb Disember 2010
2nd Visit Industrial Training
Final Presentation
Things to do: LOGBOOK, DETAIL REPORT, SLIDE PRESENTATION
baru nak bergelumang dengan report dan logbook