RIWAYAT HARIKU
semakin hari semakin mencabar
setiap langkah ada halangan
setiap detik ada ujian
setiap halangan ada rintangan
tabah dan cekal aku sematkan
ke penghujung jalan aku sasarkan!
-penaberkala-


Di GERILA PENULISAN KREATIF iaitu salah satu group di FACEBOOK untuk ping entri-entri kita, nampaknya sedang rancak berlangsungnya satu kempen iaitu : "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku". Katanya, setiap hari akan dipaparkan entry mengenai review sebuah blog. Review blog dibuat berdasarkan penilaian tuan blog Riwayat Hariku, iaitu Sop sendiri.


TUJUAN?
Tidak lain tidak bukan untuk saling kenal antara satu sama lain dalam dunia blogging. Orang kata, "Sambil menyelam minum air", jadi sambil ada reviwe tuh, automatik lah traffic ke blog-blog pun makin meningkat dan paling penting lebih ramai kawan-kawan yang kita akan dapat tidak kira di mana jua kita berada. Sesiapa nak tahu apa pandangan Sop tentang blog kita, bolehlah sama-sama memeriahkan lagi kempen ni, "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku"


CARA-CARA?
Semudah ABC, tak perlu transfer duit sebagai yuran pendaftaran. Hanya perlu follow je syarat yang dikehendaki seperti di bawah:
  • Membuat entry mengenai program ini
  • Tinggalkan link entry tersebut di ruangan komen di entri program ini
  • Memasukkan banner.

BLOG REVIEW : 1 HARI 1 BLOG


Hah, cam mana, menarik kan? Apa lagi, jom pakat serbu page Riwayat Hariku, klik je banner kat atas tuh untuk ke sana. Jom layan!


Pssst : Paling penting dengar cerita ada cabutan bertuah setiap akhir bulan untuk blog yang tersenarai dalam program ini. Hadiah istimewa menanti kita semua. Mana la tau, kot-kot rezeki murah, boleh menang lagi sekali cabutan bertuah macam tempoh hari: LUCKY DRAW,hak3. Amacam, best bukan? Jom pakat-pakat cuba nasib sambil-sambil kenal dengan Bro Sop kita dan blogger-bloger yang lain.



footnote : aku suka blogging sebab dapat kenal ramai orang, berkongsi kisah hidup dan teladan, berkongsi info dan maklumat. Sebenarnya, aku jenis orang yang tidak suka membaca, tetapi bila mula berblogging minat membaca aku semakin membuak-buak,haha. Blogging tak sama dengan twitter, facebook mahupun laman sosial yang lain. This is my point of view. Apa kata kamu? Masing-masing ada pendirian dan pendapat masing-masing. Jom kongsi pendapat, teruskan berblogging untuk kepuasan diri yok. Yeah