PIALA MALAYSIA 2010 AKHIR : KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Tanggal 30 Oktober 2010, menyaksikan Kelantan berentap melawan Negeri Sembilan untuk merebut Piala Malaysia 2010. Perlawanan ke-dua di peringkat akhir yang menemukan kedua-dua pasukan untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Persolannya, siapakah yang bakal merangkul juara sekali gus merebut Piala Malaysia 2010? Adakah Negeri Sembilan akan mengekalkan takhtanya untuk meraih piala berprestij itu ataupun Kelantan yang mampu untuk menebus kekalahan pada musim lalu?

Apa jua persoalan, segalanya pasti akan terjawab pada malam ini. Sama-sama nantikan Keputusan Penuh, Akhir Piala Malaysia 2010 yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.


KELANTAN
VS
NEGERI SEMBILAN






Tahun lepas, tengok siaran langsung akhir Piala Malaysia 2009. Malangnya Kelantan tumpas di tangan Negeri Sembilan. Frust sikit, tapi lebih frust bila penyokong fanatik Kelantan bertindak liar membaling mercun, membakar kerusi stadium dan kejadian pukul-mumukul berlaku.

Setahun sudah berlalu, diharap agar kejadian buruk di stadium tidak berulang lagi pada tahun ini. Pengharapan untuk pasukan Kelantan, semoga dapat menebus kekecewaan tahun lepas. Aku harap menang, tapi harapan tidak diberikan terlalu tinggi sebab aku dah letih nak frust,hahaha. Apapun, sokongan padu akan aku berikan di seat VIP malam ni, free tiket menyaksikan Piala Malysia 2010. Nantikan laporan lanjut di twitter penaberkala.

footnote: Tiket VIP bukan di stadium, tapi di depan kaca televisyen di rumah. Harap maklong!


Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda malam ini?


LAPORAN LINTAS LANGSUNG PIALA MALAYSIA 2010
coming soon

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2010
coming soon


Rentitan perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dan keputusan penuh Kelantan VS Negeri Sembilan hanya di VISIBLE VOICE (klik untuk keputusan penuh perlawanan)

Post a Comment

18 Comments

  1. so,, akhirnya sape yg menang?...saya tengok sekerat je..heheh :)

    ReplyDelete
  2. SZ:
    gomo kelate gomo!
    jangan lupa sokong dari jauh

    ReplyDelete
  3. F33Z~Hafizah~cucuatokaji:
    hah, yg tu la yg tak tau
    malam ni baru boleh tau
    jgn lupa tgk

    ReplyDelete
  4. sukan bila dah dijadikan pertandingan maka tercetuslah semangat... Semangat untuk melihat pasukan yang disokong menang... Namun, bila sudah keterlaluan emosi. ditambah dengan elemen-elemen lain seperti sentimen kenegerian, dikalangan penyokong pula ada yg bertaruh, ego yang tinggi maka tercetuslah tindakan yang menyalahi kehendak semangat kesukanan itu sendiri... menang kalah adat pertandingan ye... jangan gaduh-gaduh... rugi je...

    ReplyDelete
  5. hobin jang hobin atau gomo klate gomo ??

    ReplyDelete
  6. Wan Pai:
    bereh, sokong sedap
    gi stadium ko dop?

    ReplyDelete
  7. Akma:
    kamon2, sokong qlate biar menang :)
    jgn lupa tengok tv 1

    ReplyDelete
  8. Zulkifli Bin Sa'don:
    lihatlah sokongan padu dari kedua-dua pasukan
    penuh stadium, harap2 tiada insiden buruk akan berlaku

    menang kalah adat pertandingan
    yg penting kualiti perlawanan malam ni terbaik
    hidup lagi rupanya suasana piala malaysia walaupun dulu sunyi seketika

    ReplyDelete
  9. hans:
    arghhh, subkidin jadi referre
    bagi n9 penalti td, 1-0 dah utk first half
    mampukah utk kelantan terus bangkit?

    ReplyDelete
  10. F33Z~Hafizah~cucuatokaji:
    frust2, separuh masa pertama dah abis
    hobin jang hobing 1 : gomo kelate gomo 0

    ReplyDelete
  11. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    owh, sokongan dari jauh ke ni
    kamon2, moga kelantan tidak putus asa utk kejar kedudukan sekarang
    45 minit bakal menentukan segalanya

    ReplyDelete
  12. terbaeeeekkkkkkkkkkkkk!

    nah ANUGERAH TWITTER TERHENSEM malam ini. ha3

    2-1, GOMO KELATE GOMO!!

    ReplyDelete
  13. farhanimradziah:
    bangga dgn semangat juang yg tinggi pemain kelantan, sejibik N9 bagi, dia balas 2 jibk terus
    torbaekkkkkk

    esok kelantan cuti peristiwa
    slamat bercuti buat semua

    ReplyDelete