Found at: FilesTube

Jangan lupa klik butang PLAY. Jom nyanyi sama-sama.Layannnn....

Pelangi Petang

Original Artist: Sudirman

New Artist : Def-Gab-C

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Pergi jua...
Pergi jua...


SUMBER PHOTO : GOOGLE






footnote: terusik jiwaku seketika, uish. Sebenarnya dah lama tak post lirik-lirik lagu di sini! Selamat berkaroeke. Jaga pitching jangan ke laut, jaga suara jangan kasik serak.


INFO
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Untuk pelajar sekolah/ sesiapa yang tak ingat warna pelangi, kaedah mudah untuk mengingati warna-warna pelangi adalah: Micheal Jackson Keluar Hutan Bawa Ikan U

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

SUMBER : Wikipedia


Soalan cepumas : Adakah betul tunjuk pelangi di langit dengan menggunakan jari telunjuk mendatangkan kesan? Adakah ia fakta atau auta? Rasanya macam mitos je. Kalau ada yang tahu, boleh la dikongsikan bersama :)