SEGMEN TEKA MENU

Arahan:
1. Lihat gambar
2. Pilih jawapan yang paling tepat
3. Tuliskan jawapan anda
4. Semak jawapan anda
5. Baca tips seterusnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
6. Buat rumusan dan konklusi


1. Lihat gambar


2. Pilih jawapan yang paling tepat

  • PUYUH GORENG
  • ITIK GORENG
  • BURUNG GORENG
  • AYAM GORENG
  • SOTONG GORENG
  • KETAM GORENG
  • MEE GORENG
  • LAIN-LAIN : Sila nyatakan
3. Tuliskan jawapan anda

Anda diberi masa 5 minit untuk memilih jawapan paling tepat. Jika tiada jawapan yang tepat berdasarkan jawapan yang telah diberi, sila nyatakan jawapan anda sendiri. Tuliskan jawapan anda untuk semakan.


4. Semak jawapan anda

Hanya anda yang dapat menentukan sama ada pilihan jawapan anda tadi betul ataupun tidak. Jom sama-sama semak jawapan yang sebenar.


Hidangan yang siap sedia untuk disantap oleh penggemarnya


Menu hari ini yang menjadi tanda tanya dan persoalan untuk kita semua
Apakah sebenarnya ia?

Proses menggoreng sehingga rangup


Proses memerap perencah dan perasa secukup rasa


Proses pemotongan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diperap dan digoreng


Hakikatnya, persoalan anda terjawab di sini

Proses pengeringan dan pembakaran bulu-bulu halus


Align CenterInilah rupa sebenar bahan mentah untuk menu yang menjadi tanda tanya kalian semua


macam mana, ada yang betul tak cuba meneka?
Kalau betul tahniah, kalau salah takziah
Kalau orang tengok picture teka salah tak apa
Tapi cuba bayangkan orang yang sudah makan, agak-agak apa gamaknya?
Nauzubillah


5. Baca tips seterusnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, disertakan tips-tips untuk membezakan yang mana ayam dan yang mana tikus. Semoga tips yang diberi dapat membantu untuk mengenalpasti menu yang dihidang sebelum disantap tanpa rasa ragu-ragu.

  • Daging - Walaupun dagingnya/isinya hampir sama dan serupa bewarna putih, lemak yang terdapat pada daging tikus lebih banyak berbanding daging ayam (lebih berminyak)
  • Kulit - Liang-liang roma pada kulit ayam goreng lebih besar berbanding liang-liang roma pada kulit tikus. Ini bergantung kepada jenis bulu.
  • Tulang - Tulang ayam lebih banyak dan besar berbanding tikus terutama di bahagian paha, dada dan punggung
  • Harga - Pastinya harga untuk ayam sebenar lagi mahal berbanding tikus goreng. Sekiranya harga murah, kemungkinan besar menu yang dipesan adalah tikus goreng merangkap ayam goreng tiruan
  • Kepak - cuba minta bahagian kepak, kalau tiada sudah tentu perusahaan itu menggunakan tikus sebagai bahan mentah untuk menggantikan ayam


6. Buat rumusan dan konklusi

Makanan di restoran-restoran ataupun gerai-gerai makanan yang tidak diketahui statusnya (HALAL/HARAM) sudah pasti mempunyai seribu kemungkinan dari segi bahan mentah yang digunakan, cara pembuatan ataupun orang yang bertanggungjawab untuk memasaknya.

Konklusi, perlu berhati-hati memilih gerai/restoran untuk menjamu selera tidak kira di mana jua kita berada sama ada di Malaysia ataupun di luar negara.


RUJUKAN UTAMA : http://ketaketik.com
Isu tikus goreng ini popular di Indonesia dan China. Berhati-hati kepada sesiapa yang berhasrat untuk melancong ke sana. Beringat sebelum kena, dah terkena tak boleh nak buat apa.


Jangan tiru aksi ini. Sungguh meloyakan!



Cara memasak tikus secara langsung di depan mata kita. Sekadar mengambil tahu, jangan pula cuba untuk tiru,hahaha



SEGMEN FAKTA BUKAN AUTA : TIKUS

  • Selain TIKUS GORENG versi AYAM GORENG, terdapat juga SUP TIKUS. Ikuti kisah SUP TIKUS di http://ruanghati.com
  • Di PULAU PINANG, gempar apabila surat khabar tempatan menyiarkan artikel tentang 2 juta tikus di GEORGETOWN yang jelasnya melebihi bilangan penduduk. Untuk berita lanjut, sila layari : KOSMO
  • Tikus digelar RAT ataupun MOUSE dalam bahasa inggeris. Nama yang berbeza tatapi membawa maksud yang sama. Spesies yang sama iaitu tikus tetapi jenis/saiz yang berbeza
  • Kanak-kanak di dunia lebih suka menatap wajah tikus di kaca televisyen sejak kecil lagi iaitu:
Mickey mouse dan minniey mouse

  • Orang dewasa, tua dan muda tidak kira status sosio dan budaya mahupun jantina suka berdampingan dengan tikus-tikus (tetikus) dalam rutin keharian mereka. Sangat bermanfaat untuk golongan yang sedang menuntut dan dalam bidang professional.

Pelbagai jenis tetikus (mouse) yang berada di pasaran

  • Ore kampong ambo di qlate panggil mugo gonih CIK TI. CIK TI ni suko bena make kain baju dalam ghobok kain. Kalu dey ko puok dio gak, abis la scopeng. Tok kiro doh hok baru ko, hok lamo ko, hok muroh ko. Hok mahal pun gomo kakah goni. Bui geleran sohor dan manjo pun kekoh lagi kain baju ore. Rutin harian puok-puok dio kalih. CIK TI oh CIK TI
  • Di Pulau Pinang, terdapat sebuah tempat yang dikenali PULAU TIKUS. Masih belum berkesempatan untuk merayap ke sana, mungkin next time sebelum berakhirnya saki-baki 3 bulan lagi di bumi pulau mutiara ini.

Sekian kisah CIK TI
Nak makan, ingat kena sentiasa HATI-HATI