Sedang menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia TM

Siaran Langsung di TV1

Nantikan keputusan separuh akhir pertama



SEPARUH AKHIR PERTAMA TM PIALA MALAYSIA



KELANTAN

VS

KEDAH



Gomo qlate gomo, gomo bola sudoh la, jangan duk pakat gomo ore plop deh

Hangpo pun jangan plak cari pasai noh. Kesian ko orang kampong cheq asyik kena fitnah je dalam media-media masa dan elektronik



Aku sokong kelantan sebab aku anak jati kelantan Walaupun aku tahu team yang aku sokong sentiasa kalah,haha. Tapi malam ni, aku sokong jugak tak kiro menang ko kaloh. Kalu menang memang aku nopat la malam ni. LOL


THE RED WORRIORS!

ALL THE BEST


cepuemas: agak-agak, team mana akan menang malam ni?



UPDATE : 1100PM 20/10/2010

KEPUTUSAN PENUH SEPARUH AKHIR PERTAMA TM PIALA MALAYSIA

KELANTAN 0 | 0 KEDAH

JOHOR FC 1
| 0 NEGERI SEMBILAN


Tahniah kepada semua pemain RED WORRIORS, KELANTAN di atas kesungguhan berterusan mengawal gawang gol dari dibolosi dan kerja keras membuat serangan berterusan ke gawang gol pihak lawan, KENARI, KEDAH!


Tahniah kepada penyokong kedua-dua belah pasukan terutama kepada penyokong RED WORRIORS kerana tiada insiden yang tidak diingini berlaku pada malam ini.
TAHNIAH!
Terima kasih kepada penyokong tuan rumah, KEDAH
Jumpa lagi di KOTA BAHARU pada 30hb nanti


Harap-harap, tak ada lah berita-berita sumbang esok di dada-dada akhbar. Ko guano?


Lagu ni baru jolo ore kito
Gedebe biar bertempat
Biar semua ore selamat
Pemain yang bermain biar ligat
Penyokong yang menyokong biar cermat
Sama-sama kita sepakat
Biar BOLA SEPAK kekal berdaulat
Maruah KELANTAN dimartabat!

-penaberkala-



footnote: lenguh jari-jemari duk berkicau di twitter : http://twitter.com/#!/penaberkala


Jumpa lagi di separuh akhir ke-2 di Stadium Muhammad 1V di Kota Bharu

Pasukan manakah yang akan layak ke Peringkat Akhir Piala Malaysia 2010?

KELANTAN atau KEDAH

JOHOR FC atau NEGERI SEMBILAN