POLIGAMI

/
17 Comments

Kisah permohonan untuk berpoligami oleh seorang suami kepada isterinya. Kisah bermula dengan si suami menulis surat secara rasmi menyatakan hasratnya.

Suami bin Lelaki 17,

Jalan Angkasa , 24300,

Kemaman Terengganu

_______________________________________________

Isteri binti Perempuan 17,

Jalan Angkasa , 24300,

Kemaman Terengganu .


31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”


Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki



SUMBER : Google Group Cheme Jan07


Permohonan di atas akan dipertimbangkan oleh si isteri dengan kata dua sama ada ya atau tidak. Permohonan diterima atau ditolak. Diberi kebenaran atau serangan. Jika segala syarat-syarat untuk berpoligami dipenuhi, cukup stabil dalam kewangan dan boleh berlaku adil tidak mustahil permohonan akan diterima.


Sebaliknya, sekiranya si suami masih lagi tidak memenuhi syarat-syarat tadi, kemungkinan besar permohonannya tidak diterima dan hasratnya perlu dilupakan.


Tidak cukup dengan surat, puisi dideklamasikan kepada si isteri agar memahami hasrat murninya. Tapi cuba tengok, apa isteri akan jawab.



*** Puisi daripada sang suami***

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...




*** Balasan Puisi daripada sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!


SUMBER: kahkahkah


Begitulah kisah di sebalik poligami. Sekadar berlawak, tetapi itulah hakikatnya. Sebelum membuat permohonan, kepada semua lelaki yang memasang hasrat, pastikan diri serba lengkap dan siap-siaga dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Kepada bakal isteri, sila siap-sedia untuk menjawab seperti puisi di atas.


Poligami hanya dibolehkan pada yang mampu sahaja. Sebab-sebab isteri tidak setuju untuk dipoligami adalah atas dasar kepercayaan si isteri terhadap kemampuan suami itu sendiri tidak kira dari aspek kewangan mahupun kebolehan sikap berlaku adil. Kadang-kadang, ada juga si isteri yang tidak rela dimadukan kerana tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain.


Mesej yang ingin disampaikan adalah poligami itu bukan satu permainan tetapi satu tanggungjawab. Poligami bukan satu trend, tetapi satu amanah kepada mereka yang bergelar suami. Kalau tidak mampu membahagiakan seorang isteri, mana mungkin dapat berpoligami.

___________________________

Dulu,sewaktu sekolah rendah....

BUDAK 1: Kau pandai buat benda tuh? Lipat-lipat kertas dan buat bentuk-bentuk yang macam-macam?

BUDAK 2: Buat apa?

BUDAK 1: Apatuh orang panggil, aku lupa. Hah, POLIGAMI.

BUDAK 2: Hahahahaahahah..Eh? POLIGAMI?

BUDAK 1: Kenapa kau gelak?

BUDAK 2: Sebab bukan poligami la weh, tapi ORIGAMI. Hahahaaha

BUDAK 1: ......

BUDAK 2: POLIGAMI tuh maksudnya kahwin banyak.

BUDAK 1: Hahahaaha, tertukar plak dah (sambil tersipu-sipu malu)



Sekarang, meningkat dewasa.....

Budak itu sudah tahu apa itu definisi POLIGAMI yang sebenar
Harap-harap, orang lebih dewasa lebih pakar dan lebih arif soal ini
___________________________
Kat bahagian atas tuh melawak, santai-santai. Untuk mengupas isu ini dengan lebih serius dan mendalam, sila rujuk artikel yang menarik untuk menjawab segala persoalan:
entri auto-published


You may also like

17 comments:

  1. menarik jgk cte poligami ni? hahaha adoi.. lawak btol puisi isteri dia tu/...

    ReplyDelete
  2. klako btol surat rasmi tuh...mcm poyo pun ade

    ReplyDelete
  3. hahahaha...poligami...emmm...
    cerita menarik buat sang lelaki

    ReplyDelete
  4. NICK IRFAN:
    yg puisi tu memang lucu
    first time baca dulu, tergelak gak
    jelas menunjukkan isteri dia bijak dan pintar sains,haha

    ReplyDelete
  5. Ummi Hanie:
    surat tu dpt dari emel pg semalam, kalaka habes
    biasa la sis, nk dpt kelulusan kena tulis elok-elok

    ReplyDelete
  6. amirah:
    cerita menarik gak utk perempuan
    kena jaga hati bakal pasangan agar setia,haha

    ReplyDelete
  7. hahaha...lawak sungguh geli ibu jari den mmbacanya.. nk jd mcm matahari kena ler iman yg kuat stakat nafsu jer jd lilin yg mudah padam ler.. bdak2 sekolah mmg klakar..hehe

    ReplyDelete
  8. hans:
    apapun, pesanan utk lelaki jangan jadi lilin berkuasa 5 watt sahaja,haha
    jadilah matahari yg setia menerangi buminya

    ReplyDelete
  9. LiFe KaMi:
    betul tuh, bukan semua org mampu jadi matahari
    kena kenalpasti dulu diri samada matahari, lilin ataupun mancis

    ReplyDelete
  10. haha!

    adei. ade memasang cita2 ke nuar? haha

    ReplyDelete
  11. farhan ali:
    tak pernah la plak bercita-cita
    sorang pun susah nk ketemu :)

    ReplyDelete
  12. ops. btemu senang.
    pilih yg susah. (:

    anem

    ReplyDelete
  13. ops. btemu senang.
    pilih yg susah. (:

    anem

    ReplyDelete
  14. Anonymous:
    oppps, pilih mmg susah
    lepas pilih nk diterima lagi susah

    ReplyDelete
  15. hahaha..itu puisi best!!
    sejengkal lilin berukuran 5 watt tu..hahahha..

    entahlah,poligami ni..walaupun isteri xizin,tp kalo nak kawen..sah je kan..cuma undg2 ngr je y tetapkan kena dptkan tndatangan isteri..

    pape pun..biarlah masa y menentukan :)

    ReplyDelete
  16. MyraLove =):
    puisi tu mmg kena kat batang idung org yg nk poligami tapi tak cukup syarat dan keperluan

    betul tuh, yg penting tgk pada keadaan, situasi dan permasalahan
    kalau nk poligami sekadar trend dan hiburkan diri baik tak payah
    kerana pastinya tanggungjawab yg terpikul nyata lebih besar berlipat kali ganda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...