Aih, dah masuk bulan Disember kan. Lagi sebulan nak masuk tahun baru, 2010.Kini, hujan makin rancak membasahi bumi Kelantan dan Terengganu. Air depan rumah pun dah mula pandai melintas jalan,tak tengok kiri, kanan dan kiri pun. Bangun pagi tadi, tengok-tengok depan rumah jadi cam Sungai Kelantan dah (ayat hiperbola, jangan percaya. Air kat paras betis je)


Musim ni lah ramai yang nak buat kenduri kahwin, bertunang dan seangkatan dengannya. Ye lah, time cuti sekolah, mudah nak kumpul anak-beranak-pinak. Tapi, kalau kat Kelantan, paham-paham je lah musim nih. Hujan dan banjir pasti meriahkan lagi suasana. Orang kata, kalau time kahwin hujan,tu sebab banyak makan budu. Tu dialog lawak-lawak je, jangan percaya plak. Takut lps ni ramai yang takut nak makan budu dan lebih parah lagi takut ada yang salah faham kata org Kelantan ni khurafat. Aku pun suka makan budu, tapi harap-harap tak hujan la ye nanti.


Nasib baik 1 Disember tak hujan sangat. Cuaca yang mendung, gelap-gumpita dan hujan renyai-renyai manja mengizinkanku keluar ke KB untuk ketemu dengan rakan dan taulan lama. Sempat gak berbolim 2 game dan membaham prosperity burger bersama.


1 Disember 2009


Almaklumlah, kes lama tak jumpa, macam-macam topik dibualkan. Dari topik kehidupan masing-masing di kampus yang berbeza, sejarah masa lampau, hints ****, sehinggalah topik pasangan hidup. Umur dah 20, masing-masing dah sibuk nak cari pasangan ye,ish3. Blaja pun tak abis lagi. Ak bagi can kat korang dulu la, ak perlu menstabilkan ekonomi diri dulu dan blaja apa yang patut untuk kemaslahatan hidup di masa akan datang,haha


Teman dan taulan


Alang-alang dah bincang topik ni, tiba-tiba teringat kat satu isu pasal cincin dan jari manis. So, di kesempitan dan kesempatan yang ada nih, molek benar lah kita bincang sal isu nih. Kepada sape yang dah tau, buat-buat tak tau. Kepada sape-sape yang belum tau, sila ambil tahu. Bagi kaum adam yang nak propose pasangan hidup tuh,jangan plak korang sarung cincin kat ibu jari atau jari-jari yang tak sepatutnya dek kerna gelabah.


Hari ni, nak share sedikit sebanyak info pasal cincin dan jari manis. Tahukah anda, mengapa orang pakaikan cincin kat pasangan (kekasih/tunang/suami/isteri) kat jari manis? Jom merungkai rasional di sebalik trend ini!


Pastikan anda mempunyai 1o jari


Untuk meneruskan aktiviti kita hari ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Tunjukkan telapak tangan anda dan tekukkan jari tengah (jari hantu) ke dalam. Sila rujuk gambar yang dilampirkan untuk gambaran yang lebih jelas
  • Empat (4) jari yang lain dipertemukan jodoh antara satu sama lain dan hujung jari bersentuhan dengan pasangannya seperti gambar tersebut
  • Permainan dimulakan untuk memisahkan jari-jari yang bersentuhan tadi kecuali jari tengah sebab dia hantu. Hantu kat kubur, so biarkan dia senyap kat tengah-tengah tu tanpa sebarang gangguan (abaikan carutan ini)
  • Mula-mula cuba pisahkan ibu jari untuk kenal pasti sama ada boleh dipisahkan atau tidak. Selepas itu, kembalikan kepada bentuk asal seperti dalam gambar.
  • Seterusnya, cuba pisahkan jari telunjuk. Sape2 yang tak tahu mana satu jari telunjuk tuh, sila tanya orang berdekatan. Ulangi langkah yang sama
  • Kemudian, cuba pisahkan jari kelingking (jari yang paling pendek bagi mereka yang tidak tahu)
  • Akhir sekali, cuba pisahkan jari manis. Jari manis tuh jari yang selain daripada 4 jari yang disebutkan tadi. Cuba rasa, manis tak?
Selesai sudah aktiviti regangan tangan setelah seharian menekan-nekan keyboard. Tapi, aktiviti ini ada rasionalnya tersendiri, Jom, kita buat postmortem dan kaji sedikit-sebanyak rasional di sebaliknya


Jari ibu mewakili ibu bapa kita
Jari ibu boleh dipisahkan. Rasionalnya, apabila kita besar dan dewasa, kita akan berpisah dengan kedua ibu bapa kita dan membawa haluan masing-masing. Tambahan lagi, apabila kita masing-masing berumahtangga dan berkeluarga, kita akan tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Ajal dan maut sudah pasti di tangan tuhan, maka sudah pasti mereka akan kembali menghadap Illahi suatu hari nanti. Cepat atau lambat, mereka pasti akan pergi. Begitu juga dengan kita!


Jari telunjuk mewakili adik-beradik kita
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Memang betul tuh, hubungan kita adik-beradik memang tidak dapat dipisahkan. Di mana jua kita berada, setinggi mana pun kedudukan kita, sehebat mana pun kita, sekaya mana pun harta-benda kita, darah yang mengalir di dalam badan kita adalah darah yang sama. Air yang dicincang tak akan putus. Namun, apabila masing-masing dah berumahtangga, tanggungjawab untuk menjaga keluarga sendiri lebih utama. Oleh itu, kita dan adik-beradik akan masing-masing perlu berdikari untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, jari telunjuk boleh dipisahkan bukan. Rasionalnya, adik-beradik pun tidak akan berada di sisi kita setiap masa dan ketika. Masing-masing akan membawa haluan sendiri.


Jari kelingking mewakili anak- anak kita
Setiap pasangan yang mendirikan masjid sudah pasti akan dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga dan penyeri kehidupan dengan izin Allah. Lambat atau cepat, mereka akan membesar dan menjadi dewasa. Akhirnya, mereka jua akan membawa diri ke destinasi masing-masing. Seperti kisah ibu jari, kisah kelingking juga sama. Perbezaannya cuma watak yang dipegang oleh kita. Kalau kisah ibu jari kita menjadi anak, untuk kisah kelingking ini plak, kita menjadi ibubapa. Rasional jari kelingking juga boleh dipisahkan kerana sebab-sebab yang dinyatakan tadi. Apabila anak-anak mempunyai kehidupan masing-masng, sudah pasti mereka tidak akan berada di sisi kita sepanjang masa.


Jari manis mewakili kita dan pasangan kita
Akhir sekali, tiba plak giliran si jari manis tanpa gula. Inilah kisah yang agak berbeza. Walaupun kita cuba untuk pisahkan kedua-dua jari manis ini, ia susah bukan. Boleh tu boleh, tapi susah la. Kalau boleh pun, sikit je kan. Salah langkah, terkentut nak pisahkan mereka ni ataupun terpeleot jari-jemari lain. Rasionalnya? Mudah je, jari manis ni mewakili kita dan pasangan kita. Susah nak pisahkan tu bermaksud, kalau diizinkan tuhan, akan kekal berdua sampai akhir hayat la.

Lumrah kehidupan, setiap insan akan hidup berpasang-pasangan. Siapapun mereka, terimalah dengan seadanya. Pasangan hiduplah yang akan setia berada di sisi dalam susah, senang, suka, duka, kecewa, sengsara, lapar, dahaga dan bermacam ragam lagi. Siapa yang mahu dia dan pasangan hidup bersama sementara je dan berpisah di tengah jalan? kalau boleh, mesti tak nak kan. Oleh itu, cincin perkahwinan/pertunangan dan seerti dengannya ditarukkan ke jari manis pasangan hidup. Semoga, jalinan yang tercipta akan berkekalan hingga akhir hayat dengan izin Allah. Itulah rasional kenapa jari manis dipilih untuk sebentuk cincin yang penuh makna!

::kisah pb::
  • First time mengetahui tentang info ini, time cuti raya Aidilfitri. Tiba-tiba terbukak TV9 dekat di hati,haha. Klu tak silap rancangan Semanis Kurma ke hape, lupa. Ketinggalan zaman btul aku, konpem orang lain dah tahu lama dah pasal ni.
  • Kebanyakan orang tak tahu pun rasional cincin dipakai di jari manis. Mak dan kakak aku yang dah kahwin pun tak tahu. Mereka sengih je bila aku explain,hehe