FINAL EXAM JULY 2009

/
14 Comments
FINAL EXAMINATION
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
SEMESTER JULY 2009

Bahang pilihanraya kampus (PRK) masih terasa. Namun bahang untuk menghadapi FINAL EXAM baru bermula. Masih berbaki 10 hari untuk menghadapi peperiksaan akhir. Dalam masa 10 hari inilah, aku perlu menyiapkan segala persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjemput tidak lama lagi. Kupercaya, dalam 10 hari ini, segala kemungkinan akan berlaku. Hanya kupohon yang terbaik buatku dan teman seperjuangan agar dikurniakan kesihatan yang baik dan semangat yang kental.

Kurasakan semester ini merupakan semester yang paling mencabar. Semester yang paling unik sepanjang aku menuntut di Universiti Teknologi PETRONAS. Semester yang adanya cuti istimewa 1 minggu iaitu cuti H1N1. Semester yang adanya cuti kebanyakannya hari ISNIN. Semester yang mana tiadanya STUDY WEEK untuk student dan yang paling mencabar adalah JADUAL PEPERIKSAAN yang paling padat dan berturutan. Selain itu, semester ini juga aku berjumpa dengan lebih ramai sahabat, kawan dan kenalan, mendapat pengalaman yang tidak boleh dibeli dari mana-mana shopping complex, menimba ilmu yang tidak dapat dirtimba di dalam kelas dan semester ini jugalah berlakunya satu FANOMENA baru di kampus iaitu PRK.

Di sini, disertakan lampiran jadual peperiksaan untuk semester ini bagi pelajar CHEMICAL ENGINEERING, Tahun 2, Semester 1. Di mana, semester ini merupakan semesta yang agak penting kerana keputusan peperiksaan kali ini akan dinilai untuk permohonan INTERNSHIP pada JULY 2010. Maka, aku rasakan cabaran semester ini cukup berat. Tambahan lagi, semester ini juga telah diperkenalkan satu sistem baru dalam peperiksaan iaitu WAJIB menjawab 5 soalan daripada 5 soalan yang diberi tanpa pilihan. Jika dibandingkan dengan semester yang sudah-sudah, PEPERIKSAAN AKHIR yang mempunyai STUDY WEEK selama seminggu dan SOALAN PILIHAN iaitu perlu menjawab 5 daripada 6 soalan yang diberikan adalah lebih selesa kepada pelajar-pelajar . Namun hakikatnya, segalanya telah berubah dan diubah untuk semester kali ini. Justeru, walaupun pahit untuk ditelan, namun segalanya perlu diteruskan kerana kehidupan hanya sekali dan tiada kehidupan yang tiada kesusahan. Kupercaya, kesusahan dan cabaran yang berlaku merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah kedewasaan dan kematangan.

Semoga kerumitan yang dialami kali ini dapat kutempuhi dengan hati yang terbuka dan diambil sebagai satu cabaran, InsyaAllah



WEEK 1 (11,13,15 NOV)

WEEK 2 (16 NOV)

WEEK 3 (25 NOV)

Antara subjek yang diambil untuk semester kali ini seperti berikut:
  • PROBABILITY AND STATISTICS EAB 2113
  • PROCESS SAFETY AND LOSS PREVENTION CAB 2093
  • REACTION ENGINEERING CAB 2074
  • SEPARATION PROCESS CAB 2064
  • PROCESS INSTRUMENTATION CAB 2082
Semoga peperiksaan kali ini dapat ditempuhi dengan penuh keyakinan dan persediaan.
Akhir kata, GOOD LUCK kepada semua rakan-rakan seperjuangan terutama kepada MEREKA.
Semoga usaha kita diberkati hendaknya,amin

Special dedication to all my beloved friends:
  • CHEME JAN'07
  • BATCH JAN'07 INTAKE
  • ALL FIRC
  • all my friends

Doakan kejayaan kami di sini!

GOOD LUCK

ALL THE BEST



You may also like

14 comments:

  1. hmmm ak lagi yg 1st..haha.. :P (xde rival nih)

    betoi2...cam karangan la plak cikgu wat..haha

    em org kata masalah mematangkan kita dalam kehidupan. So hadapilah cabaran ini. persoalannya, gimana anda mengharungi semua ini? haha..

    nway, gudlapt dalam xm ni. semoga aku duduk di sebelah ko masa xm..haha

    ReplyDelete
  2. aish.. 10 hari lagi jah ko? huhu.. dekat benar nih.. jadual exam tu kira dah valid ke?

    ReplyDelete
  3. Life never seems to be
    the way we want it......
    but we live it in the
    best way we can....
    There is no perfect life but...
    we can fill it with perfect moments...
    Best wishes for your exam....=]

    ReplyDelete
  4. make sure skor utk paper prob n stat tu..
    jgn kecewakan mB..
    he3..
    gud luck..

    ReplyDelete
  5. Elf:
    pak kepung kepung pak kepak kepak (bunyi kompang sambut mu komen sini,haha)
    karangan tidak berformat ni

    gimana hadapi cabaran?
    erm,berusahalah sedaya upaya dan sentiasa fikir positif

    good luck jugak..klu blh pilih tmpt duduk time exm,ak ok je!

    ALL THE BEST!

    ReplyDelete
  6. nifi a.k.a beliamuda:
    timetable ni baru 2nd draft
    memandangkan exam dh hampir tiba,
    so kita stick to this one
    klu ada perubahan pun terima je lah
    perubahan yg lbh selesa takpe, bimbang2 perubahan ke arah yg lebik MISERABLE

    ReplyDelete
  7. yana:
    thanx for the wish
    btw,nice quote

    mata berkaca:
    PROBSTAT first paper tuh,dush
    bereh2,insyaAllah wak molek
    tq for the wish

    abu huzaifah:
    tenkiu abu..ko pun good luck gak.

    ReplyDelete
  8. may all the stars belongs to you.

    .G.O.O.D. L.U.C.K.!.

    im kinda interested with the exam schedule. mostly pagi except one, huh?
    hehe. semoga semangat pagi itu memberi intuisi yang segar buat anda untuk menjawab peperiksaan. serah dan yakin betul-betul pada Allah. never regret, okies!

    ReplyDelete
  9. norashikin rahmat:
    insyaAllah,hope so
    thanx for the wish!

    but,no gap bet 2 core subjects on 15 n 16
    apepun,take it as a challenge
    hopefully everything will be fine

    ReplyDelete
  10. gud lak (^____^)v

    lmbat komen sbb menjalani terapi 'offline' kat bilik zalikha untuk 2hr :)

    strive for the best

    p/s: best je utk komen diz time hehe...

    ReplyDelete
  11. anem:
    tq so much
    terapi offline..seriyes je bunyik

    btw,thanx cz ajar buat pop-corn ni,hak3

    ReplyDelete
  12. welkem :)

    mmg siyes, zalikha lak mmg baik gler.
    s hnya dok diam2 je smbil tngok cte spnjg mlm spnjg kt situ n xbuat pape (except mndi n mkn) smpaikan brekfast n mkn pon zalikha buat. siap bncuh tea special lg... :D

    ReplyDelete
  13. anem:
    ish3,kes dera nih smp tea pun zalikha yg buat,hak3
    apepun,hargailah sahabat anda
    kim slm kat die klu jumpa!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...