INFLUENZA A (H1N1) - SELESEMA BABI


11 SEPTEMBER 2009 = 74 KEMATIAN


H1N1 atau nama comelnya SELESEMA BABI semakin menular di negara kita, Malaysia saban hari. Namun, sedarkah kita ke tahap manakah virus ini telah merebak? Mungkin ada di antara kita yang telah mula khuatir dengan isu ini yang semakin hangat diperkatakan di media-media masa mahupun media elektronik. Namun, tidak kurang juga masih ada mereka yang masih butakan mata dan pekakkan telinga tentang isu ini.

Hari ini, aku terpanggil untuk mengupas sedikit-sebanyak isu mengenai pandemik H1N1. Dek kerana kes jangkitan semakin meningkat, institusi tinggi semakin banyak ditutup dan yang paling membimbangkan sekali kes kematian yang semakin bertambah dari hari ke hari.

"Mungkin singa dan harimau perlu mengaum untuk menakutkan manusia, namun babi hanya perlu sekadar bersin sahaja untuk menakutkan manusia sejagat di seluruh dunia"

Itulah antara humor yang popular didengar untuk mengaitkan selesema babi atau Influenza A H1N1. Bunyinya agak lucu dan munasabah, namun perkara seperti ini, memang tidak boleh dipandang enteng lagi.

Persoalannya, tahukah anda statistik terkini jumlah kematian yang disabitkan dengan virus H1N1 a.k.a SELESEMA BABI di Malaysia?

Berikut merupakan kronologi kes kematian di Malaysia yang dikaitkan dengan penularan virus H1N1:

Updated on 1 Ogos 2009

Kes Kematian pertama (22 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.


Kes Kematian ke-dua (26 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad, 26 Julai 2009

Mangsa dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lepas.

"Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah mula mengalami demam serta batuk.

"Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mohd Ismail berkata, kes lelaki itu kemudian dirujuk ke hospital swasta di Subang Jaya pada 19 Julai dan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Beliau berkata ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai dan Institut Penyelidikan Perubatan mengesahkan lelaki itu positif influenza A(H1N1) sehari selepas itu.

"Kes tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35 tengah hari, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut setelah tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi hospital swasta berkenaan," katanya.


Kes Kematian ke-tiga (27 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki berumur 42 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa disahkan menghidap Influenza A pada Khamis lalu,23 Julai 2009.

"Mangsa yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan radang paru-paru serius termasuk kegagalan fungsi beberapa organ selepas 10 hari dirawat," katanya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

"Lelaki itu dimasukkan wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu kerana kritikal dan kemudian hasil diagnosi menunjukkan mangsa menghidap radang paru-paru. Mangsa juga dikesan menghidap Diabetes Mellitus.

"Pada 19 Julai lalu, mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai lalu dan mangsa disahkan positif H1N1 sehari selepas itu," katanya.


Kes Kematian ke-empat (28 July 2009)
Putrajaya

Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita yang berbadan besar itu meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran, dan sampel tekak yang diambil pada hari yang sama mengesahkan beliau dijangkiti Influenza A (H1N1).

"Pesakit telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, dan walaupun gejala demam dan batuk bertambah teruk, beliau hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit semalam di Hospital Melaka di mana x-ray dada menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.


Kes Kematian ke-lima (31 Julai 2009)
Bagan Serai, Perak

Kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Kerian, Perak.

Ujian daripada sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat, yang dilakukan oleh
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur mendapati positif
untuk virus influenza A(H1N1).

Mengikut maklumat yang diperolehi, kanak-kanak ini telah
mula sakit pada 27 Julai 2009 tetapi tidak demam dan tidak mempunyai
sebarang gejala jangkitan pernafasan. Beliau telah mendapatkan
rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta pada hari tersebut.

Pada malam 28 Julai 2009, beliau telah mengadu sesak nafas dan
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pagi
keesokannya iaitu 29 Julai 2009. Pemeriksaan yang dibuat
menunjukkan bahawa keadaan beliau adalah stabil, tidak sesak nafas,
tiada cyanosis dan beliau telah diberikan rawatan pesakit luar dengan
antibiotik dan ubat batuk.

Pada 31 Julai 2009, jam 3.00 pagi, beliau telah mengalami sesak nafas
dan batuk secara tiba-tiba. Pada jam 5.00 pagi semasa pemeriksaan di
Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak, didapati pesakit demam dengan
suhu 39○C, cyanosis dan mengalami kesukaran bernafas. Semasa
pemeriksaan, pesakit secara tiba-tiba tidak sedar diri dan diberikan
bantuan kecemasan serta resusitasi tetapi gagal diselamatkan. Pesakit
disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi di Klinik Kesihatan
Bagan Serai, Perak. Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Alor Star
pada 31 Julai 2009 dan mendapati terdapat tanda-tanda radang paruparu
teruk (severe pneumonic changes).

Updated on 7 Ogos 2009

Kes Kematian ke-enam (2 Ogos 2009)
Johor

Budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan.

Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009.

Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009.

Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.


Kes Kematian ke-tujuh (3 Ogos 2009)
Miri, Sarawak

Wanitaberusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru¬paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009.

Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009.
Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009.

Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi jangkitan yang teruk pada paru¬paru, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.


Kes Kematian ke-lapan (3 Ogos 2009)
Selangor

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor.Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi.
Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.
Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban semalam.


Kes Kematian ke-sembilan (3 Ogos 2009)
Melaka

Kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

Kes Kematian ke-sepuluh (3 Ogos 2009)
Malaka

Kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.


Kematian ke-sebelas (3 Ogos 2009)
Melaka

Kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009. Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2.30 pagi dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.


Kes kematian ke-dua belas (5 Ogos 2009)
Batu Pahat, Johor

Seorang budak lelaki berumur 6 tahun meninggal dunia jam 2.30 pagi di Hospital Batu Pahat, merupakan kematian kedua yang berpunca dari jangkitan H1N1 di Johor.


Kes kematian ke-tiga belas (5 Ogos 2009)
Pahang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Kuantan,Pahang.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari tadi.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai “Tia” berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari tadi selepas mengalami radang paru-paru.

“Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak saya sehinggalah dimaklumkan dia sudah meninggal tengah hari tadi,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini.


Kes kematian ke-empat belas (5 Ogos 2009)
Putrajaya

Kematian ke-14 melibatkan seorang pesara lelaki berumur 57 tahun yang mengidap diabetis dan tekanan darah tinggi, dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Putrajaya, pada 4 Ogos lalu dengan tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas.
Kes itu disahkan jangkitan H1N1 pada 5 Ogos dan lelaki itu meniggal dunia akibat ‘acute pulmonari oedema secondary to H1N1′.


Kes Kematian ke-lima belas (6 Ogos 2009)
Kuala Lumpur

Mangsa, seorang lelaki obes berumur 40 tahun yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2009 kerana mengalami sesak nafas dan telah meninggal dunia pada 5 Ogos 2009 kerana Acute Coronary Syndrome with Cardiogenic Shock. Mangsa mengalami demam dan batuk sejak 28 Julai 2009 dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 31 Julai 2009 dan hospital swasta pada 2 Ogos 2009 sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Mangsa disahkan positif influenza A(H1N1) pada 6 Ogos 2009, sehari selepas kematian.


Kes Kematian ke-enam belas (7 Ogos 2009)
Pahang

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang telah mula mendapat gejala ‘upper respiratory tract infection’ dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 3/8/09. Beliau mengalami sawan pada 4/8/09 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ujian makmal pada 5/8/09 mengesahkan kes mendapat jangkitan influenza A(H1N1). Kes meninggal dunia pada 7/8/09 disebabkan oleh ‘Acute Encephalitis secondary to Influenza A(H1N1)’.


Kes Kematian ke-tujuh belas (7 Ogos 2009)
Johor Bharu,Johor

Seorang kanak-kanak berumur satu tahun empat bulan dan mempunyai sejarah penyakit Hypothyroidism dan sedang dalam rawatan. Beliau mula menghidap gejala demam, batuk dan selsema pada 28/7/09 namun tidak mendapatkan rawatan di klinik. Beliau hanya berjumpa doktor klinik swasta pada 2/8/09 dan terus dirujuk ke hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada hari yang sama kerana muntah, kurang selera makan dan sukar bernafas. Pesakit disahkan positif influenza A(H1N1) pada 4/8/09. Selepas lima hari berada di hospital, pesakit menjadi lebih teruk dengan gejala ‘drowsiness, lethargy dan altered consciousness’ dan dipindahkan ke wad rawatan rapi dengan bantuan pernafasan pada 6/8/09. Walau bagaimanapun keesokkan harinya keadaan pesakit menjadi teruk dan meninggal dunia pada 7/8/09 akibat ‘severe pneumonia with underlying H1N1 infection’.


Kes Kematian ke-lapan belas (6 Ogos 2009)
Selayang,Selangor

Seorang lelaki berumur 63 tahun (pengidap Asma dan sejarah penyakit Tibi), dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 2/8/09 kerana sesak nafas teruk. Beliau disahkan positif H1N1 dan Tibi pada 4/8/09. Beliau meninggal dunia pada 6/08/09 disebabkan oleh ‘Severe Pneumonia with positif influenza A(H1N1) with underlying pulmonary TB’. Si-mati mula mendapat demam, batuk dan selsema sejak 29/7/09 dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 31/7/09 sebelum dirujuk ke Hospital Selayang.

Updated on 9 Ogos 2009

Lagi lapan kematian dicatatkan menjadi korban kesuluruhan akibat Influenza A H1N1 melonjak kepada 26 kes kematian. Nampaknya statistik kematian semakin meningkat dan wabak ini semakin ganas membaham mangsanya.

Kes Kematian Ke-19 hingga ke-26 (3 Ogos - 8 Ogos 2009)

Untuk makluman, 8 kematian yang dimaksudkan hanya satu(1) kematian yang berlaku pada 8 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 Ogos 2009 dan dilaporkan pada 8 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kesemua 8 kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko.

Tarikh kematian sebenar 8 kes tersebut adalah seperti berikut:
  • 3 Ogos - (1)
  • 5 Ogos - (2)
  • 6 Ogos - (4)
  • 8 Ogos - (1)
Updated on 10 Ogos 2009

Nampak gaya sudah tidak cukup jari kaki dan tangan untuk mengira jumlah kematian sehingga kini. Lagi enam kematian dicatatkan menjadi korban kesuluruhan akibat Influenza A H1N1 melonjak kepada 32 kes kematian.

Kes Kematian Ke-27 hingga ke-32 (5 Ogos - 9 Ogos 2009)

Untuk makluman, 6 kematian yang dimaksudkan hanya satu (1) kematian yang berlaku pada 9 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos 2009, dilaporkan pada 9 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko.

Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut:
  • 5 Ogos - (2)
  • 8 Ogos - (3)
  • 9 Ogos - (1)
Updated on 11 Ogos 2009

32 kepada 38 kematian. Ini bermakna 6 lagi mangsa telah menjadi korban. Kalau dulu, setiap kematian pasti diketahui di mana lokasinya dan siapakah mangsanya. Namun hari ini, hanya jumlah kematian yang mampu diberikan. Hanya angka kematian yang menunjukkan betapa hebatnya virus ini kian merebak.

Kes Kematian Ke-33 hingga ke-38 (4 Ogos - 7 Ogos 2009)

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut:
  • 4 Ogos - (1)
  • 6 Ogos - (2)
  • 7 Ogos - (3)
Updated on 13 Ogos 2009

Kesibukan menyebabkan tiada upadate utk 12 Ogos. Last update is on 11 Ogos mencatatkan 38 kematian. Namun, hari ini bersamaan 13 Ogos, kematian kian melonjak terus kepada 51 kematian dan kematian yang disahkan untuk 13 Ogos adalah 7 orang. Ini bermakna 6 kematian dicatatkan sehingga/pada 12 Ogos 2009

Kes Kematian Ke-39 hingga ke-44 (6 Ogos - 9 Ogos 2009)


Dua bayi antara enam korban terbaru H1N1

PUTRAJAYA: Dua bayi, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan seorang bayi lelaki berumur setahun adalah antara enam korban terbaru selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini, semalam menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 44 orang.

Empat mangsa lain yang meninggal dunia ialah seorang suri rumah berusia 18 tahun yang mengandung 26 minggu serta tiga lelaki masing-masing berusia 24, 60 dan 62 tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata empat daripada enam kematian terbaru itu membabitkan mereka yang berisiko, termasuk penghidap diabetes, darah tinggi, obesiti, pesakit jantung dan wanita hamil.

Beliau berkata, semua enam kematian berkenaan adalah kes yang berlaku sebelum ini dan hanya disahkan jangkitan H1N1 antara 6 hingga 9 Ogos lalu serta dilaporkan secara rasmi kelmarin sebagai kes kematian yang ada kaitan dengan H1N1.


Kes Kematian Ke-45 hingga ke-51 (7 Ogos - 11 Ogos 2009)

Untuk makluman, 7 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu di antara 7 – 11 Ogos 2009. Kesemua mereka didapati mempunyai faktor risiko samada diabetes, hipertensi, penyakit jantung, imuniti yang rendah atau penyakit kongenital. Tujuh (7) kematian tersebut berlaku pada tarikh berikut;

  • 7 Ogos (1 kematian),
  • 10 Ogos (2 kematian)
  • 11 Ogos (4 kematian)

Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:-

  1. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 bulan mempunyai tahap imuniti yang rendah dimasukkan ke hospital pada 8/8/09 kerana demam, batuk, susah bernafas, muntah dan cirit birit selama 2 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 9/8/09. Beliau telah meninggal dunia pada 10/8/09 dan kematian disebabkan oleh severe pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 11/8/09.

  2. Seorang wanita berumur 37 tahun, mempunyai sejarah diabetis, dimasukkan ke hospital pada 6/8/09 kerana demam dan batuk selama 3 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi 9/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 akibat daripada severe pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 11/8/09.

  3. Seorang wanita berumur 69 tahun dan mempunyai hipertensi. Mula mendapat simptom batuk dan susah bernafas pada 2/8/09. Beliau dimasukkan ke CCU 3/8/09 kerana sesak nafas. Sampel swab tekak telah diambil pada 10/8/09 dan disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada hari yang sama (10/8/09). Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 kerana “acute myocarditis” akibat jangkitan influenza A(H1N1).

  4. Seorang wanita berumur 26 tahun, dan mempunyai penyakit kongenital. Mula mendapat simptom demam dan batuk pada 6/8/09. Beliau mendapatkan rawatan di hospital pada 8/8/09 dan dimasukkan ke wad serta diberi antiviral pada hari yang sama. Swab tekak telah diambil pada 8/8/09 dan sahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada hari yang sama. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10/8/09 kerana mengalami “severe bronchopneumonia”.

  5. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan mengalami penyakit kongenital. Mendapat rawatan di klinik pada 2/8/09 batuk, sakit tekak dan selsema selama satu hari. Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital akibat sesak nafas pada 6/8/09. Swab tekak diambil dan rawatan antiviral telah dimulakan pada awal 7/8/09 jam 00:30 pagi. Disahkan meninggal dunia dan mendapat jangkitan influenza pada 7/8/09 jam 04:58 akibat pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 9/8/09.

  6. Seorang wanita berumur 92 tahun merupakan pengidap asthma. Mengalami demam dan susah bernafas sejak 6/8/09 dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. Swab tekak diambil dan antiviral diberikan pada 9/8/09. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 10/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 kerana mengalami “severe pneumonia”.

  7. Seorang lelaki berumur 43 tahun merupakan pengidap diabetes, hipertensi dan penyakit injap jantung. Beliau dimasukkan ke wad pada 6/8/09 kerana demam, batuk dan sakit tekak selama 4 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 6/8/09. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 8/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 akibat severe pneumonia.
Updated on 14 Ogos 2009

Lagi 5 kematian dicatatkan untuk hari ini. Semakin ramai yang telah disyaki dijangkiti virus ini dan semakin ramai yang telah diberi arahan isolasi atau kuarentin. Semoga langkah pencegahan dapat diambil dari semasa ke semasa.

Kes Kematian Ke-52 hingga ke-56 (8 Ogos - 12 Ogos 2009)

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Kematian yang disahkan adalah seperti berikut:

  • 8 Ogos - (1)
  • 11 Ogos - (2)
  • 12 Ogos - (2)
Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:
  1. Seorang bayi lelaki berumur 2 bulan merupakan seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3/8/09 kerana demam, batuk, selsema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan telah diventilasi. Swab tekak telah diambil dan rawatan antiviral telah diberikan pada 6/8/2009. Bayi meninggal dunia pada 12/8/2009 dan ujian Influenza A(H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia.

  2. Seorang lagi bayi berumur 2 bulan dimasukkan ke hospital pada 7/8/2009 setelah didapati berada dalam keadaan tidak memberikan tindakbalas serta pucat. Sebelum dari itu, bayi tersebut telah mula meragam dan kurang minum susu semenjak 5/8/2009 tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi adalah kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi. Keputusan ujian Influenza A(H1N1) didapati positif pada 8/8/2009, walaubagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada hari yang sama. Sebab Myocarditis, hepatitis and renal impairment related to H1N1.

  3. Seorang wanita berumur 49 tahun, selain dari obes, beliau mempunyai diabetes dan dikesan juga mempunyai tuberkulosis. Beliau mula mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan bulan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29/7/2009 setelah tidak pulih walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia telah di benarkan pulang pada 3/8/2009, walaubagaimanapun dimasukkan semula ke wad pada 7/8/2009 untuk rawatan tuberculosis setelah dikesan mempunyai penyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dah telah diberi antiviral pada 8/8/2009. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009. Sebab kematian adalah pneumonia teruk. Walaubagaimanapun, keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1) yang diterima pada 11/8/2009 didapati positif.

  4. Seorang lelaki berumur 57 tahun dan mempunyai diabetes. Mula mendapat simptom batuk dan selesema pada 2/7/2009 tetapi tidak sembuh setelah mendapatkan rawatan. Pada 3/8/2009, sekali lagi pesakit pergi mendapatkan rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dirujuk dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama di mana beliau telah diberikan rawatan anti-viral. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5/8/2009 dan beliau telah meninggal dunia pada 12/8/2009 akibat sepsis disebabkan pneumonia.

  5. Seorang lelaki berumur 19 tahun, dimasukkan ke wad pada 7/8/2009 setelah demam dan batuk selama dua (2) hari dan telah diberikan rawatan antiviral. Ujian bagi Influenza A(H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau telah mendapat sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009 akibat pneumonia.
Updated on 15 Ogos 2009

3 kematian bertambah hari ini.Sedang enak kita melalui hari-hari yang indah, masih ada yang sedang bertarung nyawa di hospital-hospital. Masih ada yang mula disyaki dijangkiti wabak ini. Semakin banyak sekolah-sekolah ditutup dan semakin ramai yang sedang dikuarantin tak kira tempat temasuklah di blok Duyung, UTP. Kepada kawan-kawan yang dikuarantin, semoga cepat sembuh!

Kes Kematian Ke-53 hingga ke-59 (8 Ogos - 12 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Semua kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes (1) dan valvular heart disease (1) dan asma (1).
  • 9 Ogos - (1)
  • 12 Ogos - (1)
  • 13 Ogos - (1)
Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:-
  1. Seorang lelaki berumur 22 tahun, obes, dimasukkan ke hospital pada 9.8.09 kerana simptom infuenza. Swab tekak diambil dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 10.08.09. Beliau meninggal pada 12.08.09 kerana Viral pneumonia. Disahkan positif Influenza A(H1N1) setelah meninggal dunia pada 12.08.09.

  2. Seorang lelaki berumur 29 tahun, mempunyai faktor risiko penyakit jantung (valvular heart disease) dimasukkan ke hospital pada 10.8.2009 kerana simptom influenza yang teruk selama 2 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 10.08.09. Meninggal dunia pada 12.08.09. Penyebab kematian adalah severe bronchopneumonia. Disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 14.08.09

  3. Seorang wanita berumur 44 tahun dengan sejarah asma. Dimasukan ke hospital pada 08.08.09 kerana simptom influenza selama 5 hari. Diberi rawatan antiviral pada 09.08.09 dan disahkan didapati positif influenza A(H1N1) pada 10.08.09. Meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh pneumonia.

updated on 21 Ogos 2009

last update is on 15 Ogos dengan 59 kematian.dek kerna kesihatan tidak mengizinkan utk update, so di kesempatatan ini melaporlkan lagi 9 kematian dicatatkan menjadikan angka korban wabak selesema babi ini di negara kita menjangkau 68 orang.Maklumat kematian adalah seprti berikut:

Kes Kematian Ke-60 hingga ke-62 (13 Ogos - 14 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan.
  • 13 Ogos - (2)
  • 14 Ogos - (1)

  1. Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.
  2. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.
  3. Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.

Kes Kematian Ke-63 hingga ke-64 (12 Ogos - 15 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan.
  • 12 Ogos - (1)
  • 15 Ogos - (1)

  1. Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.
  2. Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan oleh severe pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09.

Kes Kematian Ke-65 hingga ke-67 (12 Ogos - 14 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan.
  • 12 Ogos - (1)
  • 13 Ogos - (1)
  • 14 Ogos - (1)


  1. Seorang wanita berumur 33 tahun telah dirujuk ke ICU hospital pada 7/8/09 di mana radang paru-paru yang dihadapinya bertambah teruk setelah 4 hari mendapat rawatan di hospital swasta. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 31/7/09 (dirawat di klinik swasta selama 2 hari dan dirujuk ke hospital swasta kerana radang paru-paru pada 3/8/2009). Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12/8/09 disebabkan oleh severe bronchopneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 12/08/09.
  2. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dimasukkan ke Hospital pada 27/7/09 dan telah didiagnosa sebagai Systemic Lupus Erythematous. Kemudian pada 5/8/2009 beliau dipindahkan ke ICU dengan gejala susah bernafas, sakit dada dan sakit perut. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 13/8/09 disebabkan oleh Systemic Lupus Erythematous with severe pnuemonia with renal impairment. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/8/2009.
  3. Seorang wargaemas berumur 71 pula adalah merupakan pengidap Chronic Obstrutive Airway (COAD), Hypertension, Ischaemic Heart Disease and Type II Diabetes Mellitus mengalami demam, batuk dan susah nafas selama 2 hari dimasukkan ke hospital pada 12/8/09. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 12/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 14/8/09 oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pnuemonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15/8/2009.

Kes Kematian Ke-68 (13 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 1 kematian telah dilaporkan.
  • 13 Ogos - (1)

  1. Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini, iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang sedang hamil 34 minggu.Kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 setelah mengalami demam dan batuk selama satu hari. Walau bagaimanapun lima hari kemudian (12 Ogos 2009) pesakit dirujuk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana mengalami sesak nafas dan rawatan Tamiflu terus dimulakan. Walau bagaimanapun kes meninggal dunia keesokan harinya (13 Ogos 2009) kerana severe pneumonia dan respiratory failure. Kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 14 Ogos 2009.

updated on 24 Ogos 2009

kematian ke-69 dicatatkan di Malaysia. Tidak jauh lagi angka kematian ini dengan angka 100. semakin hari,semakin ramai yang terkorban. semoga kematian akibat wabak ini semakin terkawal dan tiada lagi peningkatan yang drastik seperti sebelum ini yang mencatatkan sehingga 6 kematian dalam satu hari,insyaAllah

Kes Kematian Ke-69 (19 Ogos 2009)

Untuk makluman sebanyak 1 lagi kematian telah dilaporkan.
  • 19 Ogos - (1)

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos 2009 bagi gejala demam dan batuk selama 2 hari, ujian rapid test mendapati positif influenza A rawatan simptomatik telah diberikan tetapi tamiflu tidak diberi. Lima (5) hari kemudian pada 18 Ogos 2009 pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana secara tiba-tiba mengalami sukar bernafas dan cyanosis. Beliau terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi HKL. Swab tekak telah diambil pada 18 Ogos 2009 dan rawatan tamiflu dimulakan. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2009 dengan sebab kematian adalah pneumonia with ARDS. Keputusan swab tekak mengesahkan positif bagi influenza A(H1N1) pada 20 Ogos 2009.

********************

Semoga ahli keluarga dan sanak-saudara kita bebas daripada wabak ini, InsyaAllah.
Sama-samalah kita menjaga kebersihan melindungi diri dan mengambil langkah yang sewajarnya membendung wabak ini dari terus merebak

********************
TIPS: Banyakkan minum air masak, air kelapa atau 100 plus untuk neutralize acid in our body and increase our immunity!
InsyaAllah

********************
"Mencegah lebih baik dari merawat"

Post a Comment

1 Comments