TERIMA KASIH

/
7 Comments

********************************************************************************

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bica
ra
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “CIKGU” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

********************************************************************************

Sempena sambutan HARI GURU/ TEACHER'S DAY 16 May 2009

Nukilan Usman Awang ini ditujukan kepada semua guru-guru yang banyak berkorban mengajar dan mendidik diri ini hingga pandai tulis dan baca

Tanpamu siapalah aku! Kau umpama cahaya yang menerangi kegelapan

SELAMAT HARI GURU/HAPPY TEACHER'S DAY buat semua guru-guruku tak kira dimana jua berada

TADIKA SERI INTAN, KUBANG TIN (1994-1995)

SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR (1996-2001)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR (JAN 2002-MAC 2002)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI (MAC 2002- NOV 2006)

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (2007-NOW)

"JASAMU DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT"

Tak lupa juga ucapan ini didedikasikan kepada semua insan mulia yang bergelar seorang guru dan teman-teman seperjuangan yang bakal menjadi guru (jadilah cikgu yg baik2)

TERIMA KASIH CIKGU!




You may also like

7 comments:

  1. ingatkan mu yg buat sajak tu..hak2

    ReplyDelete
  2. Pahni, buleh la bg link blog ni ke cikgu.. biar dia baca trus.. ko guano?

    ReplyDelete
  3. beliau:xmampu lg nk wak sajok hok sedap2 gitu,next year penaberkala buat sjk sdr utk hari guru

    beliamuda:erm,pkai wish kot fs jah..nice idea..blh gak tu

    ReplyDelete
  4. nukilah sasterawan negara usman awang tu...aku sangat suka.. so sweet...

    ko dah wish hepi lecturer day blum?... harini la..heheh

    ReplyDelete
  5. terry bogart: epy lecturer day xwish pon..herm,skali la tuh ngan teacher's day..wak jamak terus

    atinmarzuki: welkom..jd cikgu yg terbaik!

    ReplyDelete
  6. penaberkala starting to write

    "when voice become visible, muteness become readable"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...