SELOKA

/
1 Comments
SEMESTER JANUARI 2009
By Penaberkala


1ST WEEK LECTURE (19-24JAN)
laptop rosak rasa cam nak gila;
nak buat kerja pi pinjam merata;
attendance ke lecture masih terpelihara;
zero ponteng misi utama.

2ND WEEK LECTURE (26-31JAN)
lecture hour terponteng jua;
dek kerna roadshow dan ke putrajaya;
berevent sampai tak ingat dunia;
esemen berlambak revision tiada.

3RD WEEK LECTURE (2-7FEB)
quiz numet pembuka bicara;
semester bermula kehangatan terasa;
meeting discussion penuhi masa;
event dan study pastikan terjaga.

4TH WEEK LECTURE (9-14FEB)
sebulan sudah lecture bermula;
terponteng plak kali kedua;
IRC OPEN DAY telah berjaya;
program JAYA bakal kunjung tiba.

5TH WEEK LECTURE (16-21FEB)
overslept penyebab ponteng ketiga;
plant visit tak kurang hebatnya;
test dan quiz siap sedia;
esemen dan lab report jgn dilupa.

6TH WEEK LECTURE (23-28FEB)
quiz ada test pun ada;
setiap hari penuhi masa;
mandarin som pht sepro pon ada;
malam berjaga siang menganga.

7TH WEEK LECTURE (2-7MAC)
time lecture kerap terlena;
kerja banyak esemen terleka;
sebelum submit copy saja ;
terima kasih pada yg berhati mulia.

8TH WEEK LECTURE (9-14MAC)
kertas test semarakkan suasana;
suntik semangat untuk terus berusaha;
test thermo dan pht gemuruhkan jiwa;
program JAYA turut bermula.

9TH WEEK LECTURE (16-21MAC)
test numet dan mandarin kini tiba;
sebelum cuti midsem bermula;
rasa malas membelenggu jiwa;
tak sabar nak balik kampung pun ada.

10TH WEEK - MID-SEMESTER BREAK (23-28MAC)
cuti midsem sungguh gembira;
kenduri sini kenduri sana;
walaupun ada penat terasa;
asalkan hati tetap bahagia.

11TH WEEK LECTURE (30-4APR)
cuti habis pengajian bermula;
kembali dengan semangat waja;
program JAYA telah berjaya;
akan kukenang sampai bila-bila.

12TH WEEK LECTURE (6-11APR)
Test dua sudah bermula;
esemen dan projek pon ada;
kes tragis juga melanda;
harapku tabah tempuhi semua.

13TH WEEK LECTURE (13-18APR)
Test mandarin writing essay pula;
kali ini lebih bersedia;
duit hostel buatku papa kedana;
dalam exam slip mandarin tak ada.

14TH WEEK LECTURE (20-25APR)
Test-test byk cam biasa;
sampai rasa tertekan jiwa;
hujung minggu bersuka ria;
ke jom heboh bersama taulan dan saudara.

15TH WEEK LECTURE (27-2MEI)
syukur aku pada yg maha Esa;
mandarin normal seperti sediakala;
kini genap 20 usia hamba;
tenkiu kat kwn2 yg wish dan meraikannya.

16TH WEEK - STUDY WEEK (4-9MEI)
musim lecture berakhir jua;
kini tiba study week pula;
byk benda perlu dibaca;
harap kutabah menghadapinya.

17TH WEEK - EXAM WEEK (11-16MEI)
kini exam sudah bermula;
paper numet pembuka acara;
disusuli thermo menghangatkan suasana;
harap semuanya ok saja.

18TH WEEK - EXAM WEEK (18-23MEI)
kini exam week minggu kedua;
paper som dan sepro tiba gilirannya;
alhamdulillah smuanya sudah berjaya;
diharapkan keputusannya menggembirakan kita.

19TH WEEK - EXAM WEEK (25-30MEI)

minggu terakhir exam muncul jua;
paper killer cuakkan rasa;
kini pht dan mandarin pula;
selesai kedua-duannya MERDEKA jiwa.

*weekly updated*

penaberkala starting to write

"when voice become visible, muteness become readable"


You may also like

1 comment:

  1. penaberkala starting to write

    "when voice become visible, muteness become readable"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...