STAYCATION DI V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH, KL

Bila jadual harian terlampau ketat. Dari 9 pagi hingga 6 petang, pergi kerja balik kerja. Bila rutin harian terlampau padat. Ulang-alik buat benda yang sama. Nak apply cuti pun tak sempat untuk vacation/ travel. Sampai satu tahap, kita akan rasa 'stress' dan bosan menghadap benda-benda yang sama. Jadi, dah tiba masanya kita perlukan staycation. Idea untuk weekend getaway dengan menginap dan tenangkan fikiran di mana-mana lokasi adalah langkah yang bijak. 


Baru-baru ini, aku ada terbaca tentang infografik berkaitan 5 sebab kenapa kita perlukan staycation. Memandangkan sekarang kita duk bercerita tentang staycation, apa salahnya aku share dengan korang semua. Mesti ada yang nak tahu kan? At least, dapat bagi korang idea untuk memecahkan kebuntuan dari terperangkap dalam kesibukan rutin harian. Jom, cekidout!


5 Sebab kenapa kita perlukan staycation?


1. Keluar dari rutin harian

Bila hari-hari menghadap rutin harian dan buat benda yang sama, kita akan stress dan bosan. Jadi, jalan terbaik untuk keluar dari rutin harian adalah dengan staycation. Pergi je ke mana-mana destinasi. Tak semestinya jauh, dekat pun boleh asalkan dapat alami dan rasai surrounding yang berbeza. Barulah idea bernas boleh datang. Macam kami team Projek Travel, baru-baru ini kami menginap di V E Hotel & Residence yang terletak di Bangsar South, KL.




2. Belanja tak besar

Apa beza vacation dan staycation? Kalau vacation, kita kena beli tiket flight, fikir pasal transportation, book accommodation dan fikir aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat menarik di sekitar destina yang kita pergi. Sebaliknya,  staycation tak perlu semua itu. Kita pergi dan menginap. Mostly, fokus untuk aktiviti indoor je. Macam di V E Hotel & Residence, kami diberi dua pilihan sama nak pilih apartment dengan One bedroom Executive (RM392+ per night) atau apartment dengan Two bedroom Executive (RM488+ per night). Boleh duduk seramai mana yang kita nak, takde limit dan bergantung kepada keselesaan masing-masing. Yang penting, cukup lengkap. Siap ada kitchen untuk memasak.





3. Just packing sikit-sikit

Staycation ni tak perlu pening-pening dan serabut fikir nak bawa apa. Tak perli risau takut-takut tertinggal barang-barang penting. Sebabnya, kebiasaan destinasi staycation adalah tak jauh sangat. So, kalau tertinggal barang tu, buat-buat pejam mata je. Kalau lokasi tu sangat dekat, pendek kata boleh patah balik ambil semula. Macam kami di V E Hotel & Residence, memang dekat sangat lah dengan rumah. Dari Cheras ke Bansar South, hanya ambil masa lebih kurang 30 minit je. 


Apa yang perlu bawa? Bawa je barang keperluan seperti pakaian tidur, swimming suite (in case plan nak swimming), kasut sukat (in case nak pergi gym), makanan (in case nak masak dan makan-makan), laptop (wajib sebab boleh online dengan adanya free wi-fi) dan paling penting bawa diri, hahahaha! The rest, just enjoy the staycation.





4. Tak perlu bersesak

Staycation membolehkan kita spend banyak masa indoor dan buat aktiviti-aktiviti macam lepak santai, makan-makan, swimming dan sebagainya. Jadi, dah tentu tak akan alami sebarang kesesakan lalu-lintas ataupun kena bersesak-sesak dengan orang ramai atau pelancong lain. Jadi, kita boleh chill and relax je sepanjang masa. Boleh tenangkan fikiran dan buat apa yang kita suka. Refresh!





5. Latihan pengembaraan

Orang kata, staycation ni seolah-olah persediaan kepada vacation yang sebenar. Jadi, sebelum kita mula merancang perjalanan/ travel yang lebih jauh, kita biasakan diri dengan travel dekat-dekat. Especially, staycation dengan kawan-kawan. Time ni la korang nak kenal lebih dekat kawan-kawan korang sama ada sesuai ke tak nak pergi travel sama-sama nanti. Kalau dah staycation dekat-dekat pun dah buat banyak onar, banyak cekadak, takde maknanya nak jadikan travel partners untuk pergi jauh-jauh. Betul tak? So, nak pergi travel/ vacation, pilihlah travelmates yang satu kepala, sama-sama boleh toleransi dan sporting. Baru bermakna trip yang korang pergi.





Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang pengalaman kami untuk Staycation di V E Hotel & Residence Bangsar South, Kuala Lumpur. Walaupun hanya menginap selama 2 hari 1 malam, macam-macam aktiviti kami buat termasuklah aku sendiri kena prank birthday dengan budak-budak ni. Hampeh betul! Ok, jom kita tengok apa yang best di V E Hotel & Residence Bangsar South.


Prank Birthday


Patutlah masing-masing beria ajak pergi staycation di V E Hotel & Residence. Rupa-rupanya dorang dah plan nak buat prank birthday. Adoyai! Apapun terima kasih semua yang susah-susah sediakan pavlova dan brownies. So guys, kalau korang plan nak prank birthday sape-sape atau nak celebrate anniversary ke apa, hah boleh la buat surprise macam ni.




Staycation Projek Travel


Sebenarnya, dah lama kami tak buat weekend getaway dan staycation bersama. Kalau dulu, merata kami pergi. Sampai ke Melaka, ke Perak dan lain-lain kami pergi. Akhirnya, di V E Hotel & Residence juga kami bertemu balik. Actually, time staycation lah kami bincang idea-idea fresh untuk Projek Travel. Sambil duk santai-santai, sambil-sambil tu juga kami brainstorm. 




Kitchen Cukup Lengkap


Tak lengkap staycation di sebuah apartment tanpa fully equipped kitchen. Hah, kat sini pun mudah nak masak-masak. Dilengkapi dengan dapur memasak, oven, peti ais dan kettle. Oh selain kitchen, washing machine juga disediakan. So, tak payah nak hantar baju ke laundy. Boleh basuh sendiri di apartment yang disewa. Mudah!




Tempat Lepak Santai


Nak sembang-sembang, nak borak-borak, boleh datang ke cafe yang terletak berhampiran dengan swimming pool. So, boleh la lepak santi di sini. 




Swimming Pool


Jangan lupa, kalau datang staycation bawa sekali pakain mandi (swimming suite). Hah, macam kami kat sini, sempatlah juga singgah swimming sekejap. Nice view from the top! Nampak bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. 




The Straits Estate


Kalau menginap di sini, korang akan dapat makan pagi (brekafast) percuma. Semasa kami stay tempoh hari, dapatlah merasa hidangan brekafast buffet di The Straits Estate. Seriously, menu sarapan kat sini memang banyak pilihan. Tip top!








Gimnasium 24 Jam


Untuk orang yang pentingkan fitness dan kaki gym, jangan risau. Kalau datang menginap di sini, rutin harian korang untuk pergi gym tak akan tergendala. Gimnasium di sini dibuka 24 jam dan dilengkapi dengan pelbagai alat. Aku pun sempat pergi berlari atas thread mile dan angkat dumbell. Acah-acah je, sambil meninjau sendiri kemudahan gym yang disediakan. 






2-Bedrooms Apartment


Apartment yang kami stay adalah 2-Bedrooms yang dapat memuatkan sehingga 5-6 orang. Apa yang best tentang apartment ini adalah setiap bilik dilengkapi dengan TV LCD. Di ruang tamu pula dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak-santai. Overall, penginapan di sini sangat best. Tilam, bantal dan comforter memang buatkan kita macam malas nak bangun, hahaha. Selesa!








Apapun,  terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa. Dan sebelum terlupa, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat Ulangtahu yang pertama buat V E Hotel & Residence. Semoga, untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang, lebih maju dan lebih sukses!


Untuk pengetahuan korang semua, V E Hotel & Residence merupakan bangunan kediaman dan hotel. Mempunyai 337 bilik hotel dan 95 buah kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antara senarai kemudahan yang ada di V E Hotel & Residence untuk kegunaan pelanggan yang menginap adalah seperti berikut:

  • 24 Jam gimnasium, sauna & bilik persalinan
  • Concierge 24-jam
  • Sarapan pagi percuma di The Straits Estate
  • Akses WiFi percuma
  • Tempat letak kereta percuma
  • Gymnasium kolam renang infiniti & kolam renang untuk kanak-kanak
  • Santapan di dalam bilik
  • Kemudahan mesyuarat dan acara menampung sehingga 2,000 tetamu
  • Bar tepi kolam
  • Anju Spa
  • Servis ulang-alik dalam kawasan Bangsar South

Rate

One bedroom Executive: 
RM392+ per night

Two bedroom Executive: 
RM488+ per night


Video Staycation V E Hotel & Residence Bangsar South, Kuala Lumpur




Untuk korang yang mencari destinasi staycation di Kuala Lumpur, salah satu cadangan yang korang boleh pertimbangkan adalah di V E Hotel & Residence. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk laman media sosial seperti instagram dan facebook ataupun hubungi nombor dan emel yang tertera.


Alamat:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon:
+603 2246 2888

Laman Web:

E-mel:
info@vehotel.com

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

0 Comments