#DapurPB : Rendang Ayam

/
10 Comments
Mulai sekarang, dah boleh mula share resepi-resepi cuba jaya di dapur untuk tatapan umum. Bukan apa, lain kali kalau lupa cara nak masak, boleh buka semula blogpost dan rujuk. Nampak sangat tak pro, keh3. Bukan tu je, mana tau ada member-member yang baru nak belajar masak rendang ke kan? Boleh la cuba kaedah hentam keromo ni. Pastinya, kaedah paling simple dan express untuk orang-orang bujang.


Bahan-bahan untuk masak Rendang


  1. Bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, kunyit - dikisar
  2. Lada kering - dikisar
  3. Serai - dititik
  4. Asam keping
  5. Daun limau purut
  6. Daun kunyit
  7. Serbuk ketumbar
  8. Kerisik
  9. Santan
  10. Gula
  11. Garam
  12. Minyak masak
  13. Ayam/Daging



Cara-cara untuk masak Rendang


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, dan kunyit yang telah dikisar. Biarkan sekejap sampai naik bau 
  2. Masukkan lada kering yang dikisar dan biarkan sedikit garing/masak
  3. Masukkan sesudu serbuk ketumbar dan sesudu kerisik
  4. Masukkan isi ayam yang dipotong dadu dan biarkan sampai empuk
  5. Masukkan 2-3 batang serai yang telahpun dititik dan seketul asam keping
  6. Masukkan daun limau purut bagi menambahkan aroma
  7. Masukkan daun kunyit yang dihiris untuk memikat selera
  8. Agak-agak dah sebati semua, masukkan santan. Kacau sampai sebati warnanya. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  9. Biarkan rendang yang dimasak betul-betul pekat/kering mengikut citarasa

Rendang Ayam siap-sedia untuk dihidangkan


Inilah hasilnya, rendang ayam versi hentam keromo. Boleh dimasak kuah lebih, atau nak lagi sedap kasik sedikit kering. Kalau nak cicah dengan roti, pulut, nasi impit atau ketupat, better buah kuah lebih sikit. Baru syiook nak cicah-mencicah sampai menjilat jari. Amacam? Ada bran nak cuba masak? Lain orang, mungkin lain caranya. Apapun, selamat mencuba :)


notakaki: Satu perkara aku belajar pasal memasak. Takde teknik yang khusus, takde peraturan yang tetap. Masak, ikut style masing-masing. Asalkan, cukup bahan, cukup rasa,  dan cukup rencah, inshaAllah menjadi. Cook with your own style :) Dapur itu dunia yang luas untuk diteroka. Jom ke dapur kasik berasap!


You may also like

10 comments:

  1. rajin dia masak ek....bole laa jd adik ipar ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin bermusim je nih,haha
      kim salam kat adik ye, Eh!

      Delete
  2. resepi ni ko amek kat mana?
    senang je kan sebenarnya.. try la rendang tok perak plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi olah sendiri.. bahan-bahan tanya akak.. pernah tengok dia masak time raya dulu, ingat la sikit-sikit caranya

      Delete
  3. Huwaa ini mengiurkan sedap ai cicah2 roti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat cicah dengan pulut lagi best
      Omnomnom

      Delete
  4. Replies
    1. sekali-sekala je konah...
      bukan selalu.. isi masa lapang

      Delete
  5. hentam2 pun nampak menarik.. TQ sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal dapat masuk tekak, ok la tu kan? hehe
      most welcome.. selamat mencuba

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...