RENUNGAN #3 : SAHABAT

/
14 Comments

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari

-Saidina Ali-



Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri
Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Itu kata Andak Rabitah

Apa kata aku?

Nukilan buat sahabat

Apa pulak kata anda?

Renungan #3
Orang yang selalu beri kita semangat, orang yang selalu hulurkan bantuan ketika kita dalam kesusahan, orang yang sentiasa ada di sisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang, orang yang berani memberi teguran dan nasihat, orang yang boleh melawak sedangkan kita dalam kemurungan dan kemarahan, orang yang mampu buat kita ketawa dalam tangisan, merekalah yang layak diberi gelaran sahabat. Ingatlah, walaupun rakan kita bukan daripada "rahim" yang sama, tetapi kita semua di bawah "ar-Rahim" yang sama. 

Rakan mahupun sahabat, adalah saudara kita.


Carilah rakan dan sahabat walau seribu kerana seribu itu sedikit. 
Hindarilah musuh walau seorang kerana seorang itu ramai.

Entri terdahulu 


You may also like

14 comments:

  1. aduh....tersentuh hatiku ini..tq rumet :)

    ReplyDelete
  2. cayalah sahabat!!! semoga perkenalan kit adi dunia cyber ni, membungakan persahabatan sejati hendaknya... amin...

    ReplyDelete
  3. "Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri.Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan"..

    sy x rasa sy sahabat yg baik utk diri sendiri kerana ada masanya sy silap percaturan..~ (--")

    ReplyDelete
  4. sudikah penaberkala bersahabat dengan saya?

    ReplyDelete
  5. tanpa insan bernama sahabat siapalah diriku ini.. hadirnya sahabat membuka lembaran baru dalam hidupku.. sahabat ada di kala aku kesepian, di kala aku kesedihan dan di kala aku hilang semangat..

    ya Allah, hanya padaMU aku memohon berkatilah persahabatan kami di dunia dan akhirat.. aminn..

    ReplyDelete
  6. tiru amirah juga lah
    Sudikah penaberkala bersahabat dengan saya?

    ReplyDelete
  7. ELf:
    adeiii, rajalawak mari komen doh,haha

    ReplyDelete
  8. Sam Banjamin:
    insyaAllah bro
    klu jumpa2 kat luar nanti, tegur-tegur la eh
    semoga kenalan di dunia maya akan jadi kawan di dunia nyata

    ReplyDelete
  9. ~SaL IjOu~:
    betul tuh, rasanya setiap orang akn rasa yang sama
    apapun, kita belajar dari kesilapan
    baik dijadikan teladan, buruk dijadikan sempadan :)

    ReplyDelete
  10. amirah:
    boleh je, no problem
    len kali, pi penang buleh la jumpa,haha

    ReplyDelete
  11. HaiDa HiDa:
    semoga sahabat yg kita sayang berada di bawah lindunganNya
    hanya doa mampu diutus utk sahabat2 yg kini berada jauh di mata

    ReplyDelete
  12. Hans:
    komen pun nak kopipes ke bro? adeii
    boleh bro, no problem
    nnt ak melawat kedah, ko kena bawa ak jalan-jalan,haha

    ReplyDelete
  13. wokeh no problem.roger2 la beta ya XD

    ReplyDelete
  14. amirah:
    beyehhh
    ready hidangan yg best-best eh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...