KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011 : TELUR PENYU TAK NAK MENETAS, KIJANG CUBA AMBIL KESEMPATAN

Kesinambungan dari entri yang lalu iaitu Kedudukan Terkini Liga Super 2011 (klik sini), nampaknya kedudukan terkini sehingga 6 Jun 2011 kian berubah. Persaingan tiga penjuru antara Kelantan, Terengganu dan Selangor kian rancak dalam misi memburu Juara Liga Super 2011.


Masing-masing mempunyai peluang tersendiri untuk merebut gelaran Juara Liga Super 2011 dengan memiliki baki 2 perlawanan lagi. Sebarang kesilapan, semestinya bakal mengundang kekecewaan untuk pasukan masing-masing.

Untuk perlawanan seterusnya pada 14 Jun 2011 nanti, perlawanan akan tertumpu untuk 3 pasukan teratas iaitu:
  • Kelantan VS Perak
  • Terengganu VS T Team
  • Selangor VS Felda United
Untuk perlawana ini, ketiga-tiga pasukan rasanya akan dicabar hebat oleh pasukan lawan masing-masing. Perak pernah mengalahkan Kelantan, T Team pula mungkin mencabar hebat pasukan Terengganu. Cuma, Selangor dilihat punyai kelebihan dalam perlawanan menentang Felda United yang pernah ditewaskan sebelum ini. Tapi, apapun boleh jadi. Aih, debaran kian terasa nampaknya nanti.


Seterusnya, perlawanan penutup tirai untuk Liga Super 2011 bakan dilangsungkan pada 6 Julai 2011. Perlawanan penutup tirai bakal menentukan jatuh bangun 3 pasukan teratas dalam menentukan Juara Liga Super 2011.
  • Kelantan VS Sabah
  • Terengganu VS Felda United
  • Selangor VS Perak
Semoga pertemuan Kelantan dan Sabah dapat memudahkan laluan Kelantan untuk bergelar Juara Liga Super 2011.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER SEHINGGA 6 JUN 2011



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 6 JUN 2011
TERENGGANU 0 : 3 KELANTAN

SELANGOR 7 : 1 PERLIS

JOHOR FC 1 : 1 PERAK

FELDA UNITED 1 : 2 KEDAH

NEGERI SEMBILAN 4 : 0 T TEAM


cepumas : Guano team penyu (T TEAM dan TERENGGANU) tok sir menetas male ni? Agak-agak, antara KELANTAN, TERENGGANU dan SELANGOR, team mana bakal bergelar JUARA LIGA SUPER 2011?



Perlawanan Akhir Piala FA (11 Jun 2011) sudahpun hampir tiba, pasukan manakah menjadi pilihan anda?

KELANTAN atau TERENGGANU

Undian dibuka sekarang untuk peminat setia bola sepak tempatan : KEMPEN PIALA FA (klik sini)



NOTAKAKI : gi tengok bola tanpa spek hari ni. Bukan tengok match, tengok skor je la,lol. Sebab takde spek? (klik sini). Mata- yang blurr, tiba-tiba cerah bila tengok 3-0, hahaha. Cayalah The Red Worriors. Gomo Qlate Gomo! Jom pakat gi ramai-ramai tengok perlawanan akhir Piala FA 11 Jun 2011 nanti.

Kagum tengok KALAMPATAH gi tengok match di Sithick dengan bertongkat tadi. Memang penyokong setia bola sepak ni. Cayalah


:::::Dialog sengal:::::

PENYU : Telur aku tak mau menetas malam ni. Simpan untuk ke Bukit Jalil lah

KIJANG : Kalau macam tu, tak apalah. Biar aku je lah tendang telur-telur ni masuk gol. Tak banyak, 3 bijik je
untuk malam ni.

Kesian penyu, menangis tak berlagu. Sebab tu kot munculnya kisah Air Mata Sang Penyu Meleleh (klik sini). Kijang, jangan leka. 11 Jun 2011 ko mengganas lagi ye.

Post a Comment

10 Comments

  1. sy anak jati yang setia menyokong KELANTAN. haha.. (tetiba, pdhl tak minat bola pun, semangat tu yg penting, kn?)

    ReplyDelete
  2. mintak2 klantan kalah lepas ni..puhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    yeah, itu yang kita mahu
    semangat dan sokongan padu

    ReplyDelete
  4. Hazwan Arif:
    woit, main jampi napok,lol

    ReplyDelete
  5. selangor masih berpeluang, sambil mengharapkan kelantan tewas dengan perak nanti hehee

    ReplyDelete
  6. padin:
    agak la, macam ada harapan jugak Selangor nak naik
    Perak dah kalahkan kelantan 4-0 harituh
    tp kali ni lawan kat KB, boleh menang kot,hehe

    ReplyDelete
  7. trikkk nih tam ko kelate belako...

    ReplyDelete
  8. Dunia Baru:
    harap-harap gitu la
    biar gomo blako Liga Super ko, Piala FA ko,haha

    ReplyDelete
  9. klate kite ..kehkehkeh.. lame x wt en3 ne..

    ReplyDelete
  10. darkbatman:
    yeah, qlate kito
    kena gi tu bro stadium bukit jalil 11hb ni
    ramai-ramai pakat gi sokong
    menang-kalah lain kira

    ReplyDelete