HAPPY ANNIVERSARY 1

/
10 Comments
pejam celik-pejam celik, pejam tak celik-celik hanya kerana tidur,
dah sampai setahun jagung usia blog ini, VISIBLE VOICE oleh PENABERKALA

setiap apa yang tercipta, pasti ada sejarah di sebaliknya.
begitu juga dengan kehadiran blog ini.
untuk keterangan lanjut, sila rujuk BACKGROUND

permulaannya, hanyalah sekadar cuba jaya untuk mempunyai blog sendiri.
Berblogging hanya untuk diri sendiri.
Link pun tidak dipublish di status-status gtalk/ym/fb
tetapi, ada gak org yang terjumpa link blog ini
maka bermulalah riwayat blog ini, dan hidup sehingga sekarang
walaupun kadang-kadang hidup segan mati tak mahu kerana tiada update

meskipun blog ini hanyalah blog picisan
boleh diibaratkan bagai melukut di tepi gantang
namun, adanya cukup bermanfaat kepada diri sendiri
tempat meluah rasa, berkongsi cerita, melepaskan bebanan, berkongsi kegembiraan dan kedukaan dengan sesiapa sahaja yang setia membacanya
tempat untuk mendapat sokongan dan pandangan

kehidupan adalah unik dan berbeza
sesungguhnya pengalaman hiduplah yang mengajar erti hidup yang sebenar
pastinya, setiap insan mempunyai kehidupan yg berbeza
inilah corak kehidupan yg sebenar, sungguh meriah dan menakjubkan
melalui dunia blog, pelbagai kisah telah aku baca
konklusinya, kehidupan bukanlah satu pementasan drama yg plot ceritanya boleh dicanang dan pengakhirannya boleh ditentukan

BLOGGING, tidak asing lagi pada masa kini.
Adanya BLOG, maka adanya PEMBACA
Adanya POST, maka adanya INPUT
Adanya INPUT, maka adanya ILMU
walaupun sedikit, ilmu tetap ilmu
itulah keindahan bila BERBLOGGING
ilmu agama,politik,am mahupun kehidupan dan kendiri

apa yg positif yang diperoleh bila berblog?
kini aku sudah minat membaca walaupun artikel itu panjang lebar,huhu

Di kesempatan ini, sekalung penghargaan kepada semua rakan dan taulan yang mengunjungi blog ini selama ini tidak kira kawan/rakan di alam nyata/maya.
tahniah kepada blogger-blogger hebat di luar sana kerana post anda amatlah bermanfaat
terima kasih tidak terhingga kepada yg sentiasa komen di setiap entri blog ini tanpa jemu-jemu
sesungguhnya,setiap komen anda amatlah berharga yg perlu dihadam dan dicerna oleh minda

terima kasih kepada followers/visitors (budget cam artis la pulop,hak3)

persoalannya, mampukah blog ini akan terus bernyawa untuk tahun ke-2?



p/s: mana hadiah weh sempena birthday blog ni? hak3


sebarang komen tentang blog ini/pengisiannya atau sebarang cadangan mahupun kritikan ganas diterima sempena ulangtahun kewujudannnya

*post ini automatik dipublish kerana kini aku berada di Bukit Merah*


You may also like

10 comments:

  1. happy besday blog!!

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun blog pena berkala

    ReplyDelete
  3. sudah cukup ulang tahunnya ya. banyak perubahan yang berlaku sepanjang berblog. walaupun bukan semuanya baik, tetapi yang buruk tuk kita tinggalkan la.

    ReplyDelete
  4. slamat ari jdi,.
    ihi,.,
    (kpd blog,.).,.

    xdop adiahla,,,.

    ReplyDelete
  5. hari jadi blog ekkk.. harap terus berblog.. ehehehe

    ReplyDelete
  6. tahniah2 blog kamu sudah 'besar' :)

    ReplyDelete
  7. lambat sket respon
    haha

    happy bday blog pena berkala!

    ReplyDelete
  8. tenkiu untuk semua
    fizranier, cik paro, hans, nipi, cikti, amirah, jard and syahmi

    post ke 100 sempena 1 tahun

    slamat berblogging utk semua

    ReplyDelete
  9. tenkiu untuk semua
    fizranier, cik paro, hans, nipi, cikti, amirah, jard and syahmi

    post ke 100 sempena 1 tahun

    slamat berblogging utk semua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...