Rumah Idaman Smart Home Izara 2 @ Bayu Sutera, Seremban

Baru-baru ni, aku tengok harga rumah di sekitar Negeri Sembilan. Harganya jauh lagi murah berbanding di Kuala Lumpur. Bayangkan, harga kondominium di KL boleh dapat landad house 2 tingkat di Negeri Sembilan. Kebelakangan ni, kalau korang perasan ramai yang kerja di KL, tapi beli rumah di Negeri Sembilan especially di kawasan Nilai, Seremban dan Bandar Sri Sendayan. Faktor utama adalah harga rumah yang jauh lebih murah dan jarak antara KL ke Seremban yang dekat. Jadi, ramai yang sanggup ulang-alik ke KL semata-mata nak dapatkan kediaman yang lebih selesa, tenang dan berbaloi.

 

Untuk korang yang bekerja di KL atau Klang Valley dan masih mencari rumah pertama, aku cadangkan korang try usha projek perumahan di sekitar Seremban. Jom aku kongsikan satu projek yang menawarkan rumah impian bercirikan rumah pintar ataupun smart home di lokasi strategik yang mendamaikan. Nak tahu kat mana? Jom, check it out!

 

Projek perumahan yang aku maksudkan adalah Izara 2 di Bayu Sutera Seremban. Mungkin korang tertanya-tanya, apa keistimewaan tempat ni berbanding tempat lain?

 

Keistimewaan Izara 2  @ Bayu Sutera , Seremban

Menampilkan gaya moden dan versatile di setiap ruang interior rumah dengan bilik tidur dan bilik mandi yang luas, pastinya menjadi idaman setiap orang dalam memilih untuk membeli rumah kediaman. Personally, aku sendiri pun berimpian untuk mempunyai rumah dengan ruang tamu yang selesa, ruang makan dan dapur yang luas dan berkonsep terbuka kerana ia mampu memberikan ketenangan dan pengudaraan yang lebih baik. 

 

Izara 2 @ Bayu Sutera , Seremban merupakan hartanah Pegangan Bebas atau - Freehold landed property  yang menawarkan rumah teres dua tingkat (double storey link house) dengan keluasan lot size 20’ x 70’ (intermediate).

 


Keluasan dalaman sehingga 2,315 sq.ft (intermediate), layout yang versatile dan merupakan kediaman yang dilengkapi dengan ciri-ciri smart home atau rumah pintar. Ia dilengkapi dengan kunci digital  (digital lock). Unit ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Harga untuk unit ini dijual pada harga bermula dari RM553,xxx . 



Dah nama lagi smart home kan, pasti lah penataan modul pencahayaan atau lighting module secara digital , penghawa dingin IR blaster secara maya menggunakan kawalan suara ataupun voice control. Inilah era kediaman berciri futuristic masa kini. 






Konsep masa kini, majoriti lokasi kediaman amat menitikberatkan kemudahan riadah untuk keluarga di sekitar kediaman. Untuk menjadi lokasi rumah idaman, Izara 2 @ Bayu Sutera juga mempunyai taman rekreasi seluas 3 hektar iaitu lake park. Bayangkan, keluar riadah Bersama keluarga dan dapat tengok keindahan tasik. Mesti nyaman dan tenang kan? Jadi, penghuni di sini tak perlu ke mana-mana dah untuk aktiviti riadah seperti jogging, lari keliling tasik pun dah cukup. Selain itu, fasiliti seperti taman permainan, gelanggang badminton, reflexology dan sebagainya turut disediakan. 

 

Untuk aspek keselamatan, sistem keselamatan berpagar dengan anggota sekuriti di pondok pengawal yang sentiasa mengawal pergerakan keluar masuk orang luar atau non-resident dapat dipantau sebaiknya. Aspek keselamatan ini amat penting untuk perlindungan penghuni dan keharmonian setempat. 



Selain itu, di sekitar kediaman Izara @ Bayu Sutera turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas tanpa perlu keluar jauh. Antaranya d’Tempat Country Club yang menawarkan Membership Percuma kepada setiap penghuni dengan kemudahan kolam renang, gymnasium, snooker, bilik tontonan dan pelbagai lagi. 



 

Lokasi ini berdekatan dengan X Park Sendayan, pusat hiburan utama di Negeri Sembilan di mana menawarkan aktiviti riadah seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, archery, gelanggang futsal, badminton dan sebagainya. Pendek kata, bila menetap di lokasi kediaman yang cukup lengkap macam ni, tak perlu risau dah soal macam mana nak habiskan masa hujung minggu atau public holiday. Macam-macam aktiviti menarik di sekitar tempat kediaman ada untuk diterokai dan dinikmati.



Dari aspek Pendidikan pula, jangan risau. Kat sini juga adaMatrix Global Schools yang merupakan sebuah kawasan hub pendidikan dengan bangunan bertemakan Classic British Colonial merangkumi keluasan 20 ekar di mana terletaknya  Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School. 



Tak cukup dengan kemudahan dan fasiliti yang ada, pemaju juga menyediakan pusat komersil iaitu deretan Sendayan Merchant Square yang merangkumi 163 unit kedai dan pejabat di  Carnelian Park dan stesen minyak. Untuk plan masa depan, lokasi ini juga bakal dilengkapi dengan pembinaan sebuah pusat membeli-belah seluas 6.4 hektar. 

 

Sempena hari raya yang bakal kunjung tiba, pihak pemaju ingin berkongsi khabar gembira dengan semua di mana sekarang sedang berlangsungnya tawaran ‘Gempak Raya Bonanza’ . Promosi berlangsung mulai 23 Mac sehingga 12 May 2024. Pelanggan yang membuat pembelian rumah dalam tempoh kempen ini berjalan layak untuk mendapat Rebate Tambahan berjumlah RM10,000 dan penjimatan sehingga RM74,000.

 
 

Jadi, kalau korang merancang mencari rumah kediaman di Seremban atau ada kenalan/ saudara-mara yang merancang untuk membeli rumah, apa kata korang kongsikan info ini kepada semua. Untuk korang yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, korang boleh rujuk website izara2.bayusutera.com ataupun hubungi Matrix Concepts di talian 

1 800 88 2688

 

Korang juga boleh follow mereka di laman media sosial untuk info lanjut dan promosi terkini!


Instagram: 

@matrix_concepts

 

Facebook

matrix concepts homes

Post a Comment

0 Comments