TEMPAT MAKAN BEST DI LEPARK PORT SAUJANA UTAMA



Siapa tak suka makan kan? Lagi-lagi, tempat makan yang best-best. Aku pun, kalau part makan-makan ni, memang pantang diajak. Sekali orang jom, aku terus on! Nak dijadikan cerita, weekend baru-baru ni, +Emas Putih (blogger terkenal tanah air) ajak pi makan di port baru, yang belum pernah kitorang pergi. Katanya, ada port best di Saujana Utama, Sungai Buloh. So, kami plan pergi berempat termasuklah +Dik bee dan +Mawardi Yunus Nak tahu ke mana kami pergi? Jeng jeng jeng


LEPARK PORT, SAUJANA UTAMA

Untuk orang-orang sekitar Saujana Utama, Sungai Buloh dan Puncak Alam mesti familiar kan dengan tempat ni? Kalau orang lokal area situ, dorang panggil tempat ni sebagai Lepark Port SU. Lokasi kat mana? Kalau korang mencari tempat makan yang best di area Saujana Utama, boleh try singgah sini. To be exact, lokasi tempat ni betul-betul tepi jalan, sebelah Stesen Minyak Petronas Saujana Utama dan betul-betul depan Restoran Ayamas. Korang waze je, confirm jumpa. Kalau tak jumpa jugak, boleh rujuk alamat kat bawah ni. Bila korang nampak gerai-gerai berderet macam ni, hah betul lah tu.





Untuk memudahkan korang ke sana, nah aku bagi alamat siap-siap. Simpan ni elok-elok, war-warkan pada member-member dan saudara-mara. Apa makanan yang best kat sini? Hah, yang tu boleh scroll down laju-laju kat bawah ye.

Alamat:
Lepark Port SU (Saujana Utama)
Tapak Penjaja Zon B MDKS,
Jln Elmina 1, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
(Berhadapan Ayamas dan bersebelahan Petronas)


Actually ada tweet pasal gambar-gambar makanan time pergi makan kat sana di twitter. Lepas tu, ada yang bertanya lokasi kat mana. So, lepas ni kalau orang tanya "Kat mana tempat makan best di Saujana Utama?". Hah, korang boleh la inform dorang. War-warkan pasal tempat ni ye. 


Untuk Cik Amalinaa, dah pergi try dah ke makan kat sini?
Cuba bagi feedback sikit di bahagian komen kalau awak baca ni ye, hehe


Ok, back to the topic. Malam tu kami dah try 3 gerai kat situ. Kami try macam-macam dan overall memang best! Memang berbaloi-baloi datang dari jauh semata-mata nak try makanan yang best kat sini. 





Ini lah dia, bala tentera yang datang nak serang gerai-gerai di Lepark Port SU ni. Tiga gerai yang kami try malam tu adalah Char Kuey Teow Leleh Faeez Taste, Enak Chicken Chop & Western Grill dan Jus Buah. 


CHAR KUEY TEOW LELEH FAEEZ TASTE

Menu pertama yang kami try adalah Char Kuey Teow leleh, nasi goreng udang dan mee goreng udang di gerai Faeez Taste. Seriously, sangat sedap! Antara 3 menu yang dihidangkan, aku rembat char kuey teow leleh. Perghhhh, mantap! 




Kalau korang nak tahu, char kuey teow dan semua masakan kat gerai ni dimasak dengan menggunakan sos homemade oleh tauke dia sendiri iaitu brader Faeez. Kalau korang nak beli sos Faeez Taste dan nak masak sendiri char kuey teow kat rumah pun boleh. Memang ada kick!




Harga makanan kat sini macam mana? Don't worry Sangat berpatutan dan yang paling penting sedap. Dalam RM5-RM6 korang dah dapat satu hidangan. Kalau yang special tu, mahal la sikit. Nak lagi special? Hah, korang boleh try order char kuey teow lobster. Rare kan? Memang ada kat sini. Cuma, ikut masa dan stok lobster yang ada. Kalau korang pi sana, try la tanya. Mana tahu ada kan, boleh lah order.









ENAK CHICKEN CHOP & WESTERN GRILL

Tak cukup dengan char kuey teow leleh, kami order chicken chop di gerai Enak Chicken Chop & Western Grill pulak. Macam-macam ada kat sini. Korang nak makan chicken chop ke, lamb chop ke, semua ada. Pendek kata, untuk penggemar western food, bolehlah terjah gerai ni. 












Kalau korang datang makan sini, kena order awal-awal. Sebabnya, ramai customer datang order untuk take-away. So, beertabahlah kena tunggu sikit naa. Tapi aku boleh jamin, rasa chicken chop dia memang terbaik. The best chicken chop in town katanya. Kami dah try cheezy BBQ Fried Chicken Chop tu. Memang marvelous! You should try this.


MINUMAN & AIR BUAH



Selain gerai char kuew teow dan masakan panas di gerai Faeez Taste dan western food di gerai Abang Kapten tadi tu, korang juga boleh order jus buah sama ada nak gelas besar atau gelas biasa Kalau nak order minuman lain pun ada, Milo panas  ke, milo ais ke, nescafe ke, teh tarik ke, semua ada.  





Malam tu, ak try orange juice dan tropical punch. Memang kaw kaw punya. Dengar kata, kat sini famous dengan air buah naga. Maybe korang boleh order nanti. Malam tu, kami nak try order, tapi stock buah naga pulak dah habis. Adeh, kempunan. Takpe, kalau pergi lagi next time, memang akan order.


Rasanya, sampai sini je lah kot untuk perkongsian tempat makan best di area Saujana Utama. Kalau korang duk mencari tempat makan best di area Saujana Utama, Sungai Buloh atau Puncak Alam tu, bolehlah consider datang ke sini, Lepark Port SU. Dibuka setiap hari bermula dari waktu petang sampai ke lewat malam. Pendek kata, boleh datang lepak-lepak sambil makan-makan bersama family ataupun kawan-kawan. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. tetiba rasa lapa pulak baca entri ni.

    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete