Sekarang ni, bila dah berkerjaya, banyak benda yang kena consider dan ambik tahu. Selain daripada memperkasakan diri pasal hal ehwal kewangan, antara subjek yang perlu tahu adalah pasal property terutama sekali soal beli rumah. Orang sekarang, bukan hanya beli rumah untuk dijadikan kediaman atau tempat tinggal semata-mata, ada jugak yang beli rumah untuk tujuan pelaburan. Apapun tujuannya, faktor utama yang perlu diambil kira adalah lokasi dan harga.
Terima kasih pihak Mah Sing Group dan Nuffnang untuk jemputan ke Majlis Pelancaran Southville City. At least, berpeluang untuk jenguk-jenguk tapak projek dan tahu sedikit-sebanyak pasal projek terbaru ni dan berkongsi dengan member-member yang pasang hajat nak beli rumah di area Bangi.
Southville City @ KL South
Pada 30 November 2013, majlis pelancaran Southville City @ KL South, Bangi sudahpun dilancarkan oleh pihak Mah Sing Group. Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Yaacob Bin Mat Zain, Chairman Mah Sing Group dan VIP-VIP seperti Tan Sri Leong Hoy Kum, Group Managing Director Mah Sing Group, Mr James Bruyns, Chief Operating Officer, Township dan ramai lagi.
Keluasan keseluruhan pembinaan meliputi lebih kurang 428 ekar dan berstatus freehold.Konsep yang diketengahkan oleh pihak Mah Sing Group adalah Urban Lifestyle, Country Living. Maknanya, lokasi yang dipilih dan proses pembinaan projek ini mengambil berat soal alam sekitar.
Projek
Southville City @ KL South
Lokasi
Bangi
Poperty
Mixed development (Residential & commercial)
Developer
Tristar Acres Sdn Bhd
Status
Freehold
Keluasan
428 ekar
Kemudahan istimewa
Riverside walk
Natural's Trail
Urban Park
13km pedestrian footpath-cum-bicycle track
Lokasi yang strategik adalah faktor utama untuk Southville City menjadi pilihan para pembeli. Berada di tier 2 dari pusat bandar Kuala Lumpur, berdekatan dengan pengangkutan awam seperti KTM Bangi,dan berhampiran dengan hub-hub pendidikan menjadikan Southville City bakal menjadi aset penting di masa hadapan.
Hub Pendidikan berdekatan Southville City
Universiti Multimedia
Lim Kok Wing University
UPM
UNITEN
UKM
Universiti Sains Islam Malaysia
Untuk sesiapa yang bekerja atau tinggal di Bangi, Kajang, Belakong, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, bolehlah consider untuk miliki kediaman di Southville City.
Dari KL ke Bangi
25km / 15 minutes drive
Shah Alam/PJ ke Bangi
35km
Subang Jaya/Puchong ke Bangi
25km
Kajang/Cheras ke Bangi
12km
Cyberjaya/Putrajaya ke Bangi
15km
Nilai/Seremban ke Bangi
15km/30km
Savanna, Southville City
Untuk fasa pertama pembinaan, pihak Mah Sing Group sudahpun membuka pendaftaran untuk jualan Savanna Executive Suites. Kalau nak tahu, Savanna ni adalah kediaman jenis kondominium 3 bilik yang di bawahnya ada lot-lot kedai. Nak tengok rupanya macam mana, boleh tengok gambar di bawah.
Savanna ni memang sesuai untuk first time homebuyers / upgraders / natural lovers dan juga mampu milik untuk young executive / fresh gaduate with income RM 4000 and above. Jadi, sesiapa yang bercadang nak ada aset di Bangi, bolehlah usha-usha di galeri Southville City, Bangi.
Selain ada lot-lot kedai di bahagian bawah kediaman, 2 blok kediaman dihubungkan dengan jambatan dan berkongsi kemudahan asas di tingkat 5.
Kemudahan (Recreational Podium, Level 5)
Swimming Pool
Jacuzzi
Aqua Gym
Sun Deck
Water Play Area
Maze Garden
Reflexology Path
Yoga Deck
Herb Garden
BBQ Area
Changing Room
Dining Pavillion
Gymnasium
Multipurpose Hall
Nursery
Playground
Link bridge
Terbaik jugak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bila combine 2 blok dan share kemudahan, jadi banyak lah sikit kemudahan yang ada. Menurut pihak Mah Sing Group, maintenance fee yang dikenakan adalah 25 sen per square feet.
Interior Design, Savanna
Untuk Savanna, ada tiga jenis semuanya iaitu Type A, Type B dan Type C. Maklumat lanjut untuk setiap jenis adalah seperti berikut:
Type A
956 sf
Type B
1017 sf
with Balkoni
Type C
960 sf
Savanna Executive Suites
Harga bermula RM 318,000
Rumah Contoh : Savanna, Southville City
Alang-alang dah ada di galeri, tak lengkap rasanya kalau tak tinjau sendiri ke rumah contoh. Kat bawah ni ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama tertutama kepada bakal pembeli. Dari pintu masuk, ada dapur dan dining table, dan ruang tamu. Selain itu, ada 3 bilik tidur, 2 tandas dan balkoni. Ini salah satu rumah contoh untuk Savanna Type B.
Maklumat lanjut dan info menarik mengenai Southville City, boleh rujuk di sini
Facebook
Website
25 Comments
mewah rumah ni.harga pun mesti mewah kan?hehehe
ReplyDeleteKondominium, starting price at RM318,000.
DeleteOklah klu tengok pada lokasi, agak strategik
aish, dah boleh pasang angan-angan ni
tengok ke rumah memang cantik, tapi part rege tu yg xtahan.. tak mampu..hehee
ReplyDeletetakpe, perlahan-lahan kumpul duit
Deletesemoga satu hari nanti,mimpi jadi kenyataan :)
teringin nak beli kondo sebagai hadiah bakal bini #eh
ReplyDeletepeghhh, untung ler bakal bini khai
Deletenak beli rumah macam ni memang tak termampu rasanya
ReplyDeletelagi-lagi, harga makin naik saban tahun
DeleteSeronoknya kalau dapat rumah dah fully furnished macam ni. Heheheh Kalau dapat la.... uhuhuhuhuh
ReplyDeletetu lah, masuk tengok aritu rasa terus nak landing atas katil,haha
DeleteKiranya harga rumah memang dah standard kan.... tapi napa takde gambar awek aritu.... hahahaha
ReplyDeletesusah dah bro nak cari rumah bawah RM300K tambah-tambah area dekat KL
Deleteopps, kawe tak sempat nk ambek gambar awek
lensa tak panjang macam abang man,hehe
hurmmm.. starting RM 318,000.00
ReplyDeleteAgak berat untuk orang yg baru berkerja mcm saya nie.. well mmg rumah yg cantik :D
setuju, untuk yang baru start keje mcam saya jugak, agak problem
Deletekena kumpul duit lu kasik stable cash flow
takpe, bro dah merata dunia berjalan
sat lagi, kumpul duit beli rumah plak ye
Hhuurmm.. kene kumpul duit dgn lebih serius tanpa menumpulkan perancangan " travel " insyallah :D
Deletetakpe klu dah rezeki tak kan ke mana
DeleteinshaAllah
semoga segala urusan dipermudahkan
travel pun sronok, dapat kenal tempat-tempat orang
wahhh nnti mesti harganya akan mahal
ReplyDeleteSavanna ni Fasa 1..
Deletekemungkinan fasa-fasa berikutnya lagi mahal sebab dekat dengan highway
singgah dan tinggalkan jejak kat sini
ReplyDeleteterima kasih
Deletesalam kenal
Tempat tu sebahagiannya dari ladang sawit yg selalu ditenggelami air, skrg dah maju dan meriah (mlm2 ada fun fair).
ReplyDeleteowh, ye ke... harap-harap pembinaan kat situ ambil berat pasal safety dan struktur tanah
Deletefunfair tu dengar kata ada selama 2 bulan sempena pelancaran Southville City
Sbenarnye, development kat atas bukit ler, mana le ade banjir kat ne?
DeleteSalam. Merancang nak beli umah kt bangi ke gu. Bagus tu, harga rumah semakin hari semakin naik.
ReplyDeleteWsalam... Tak plan lagi.. sekadar tengok-tengok dulu, survey market price
Deletebetul tuh, makin lama makin tinggi harga
untung klu dapat beli awal-awal