Southville City @ KL South, Bangi

Sekarang ni, bila dah berkerjaya, banyak benda yang kena consider dan ambik tahu. Selain daripada memperkasakan diri pasal hal ehwal kewangan, antara subjek yang perlu tahu adalah pasal property terutama sekali soal beli rumah. Orang sekarang, bukan hanya beli rumah untuk dijadikan kediaman atau tempat tinggal semata-mata, ada jugak yang beli rumah untuk tujuan pelaburan. Apapun tujuannya, faktor utama yang perlu diambil kira adalah lokasi dan harga.



Terima kasih pihak Mah Sing Group dan Nuffnang untuk jemputan ke Majlis Pelancaran Southville City. At least, berpeluang untuk jenguk-jenguk tapak projek dan tahu sedikit-sebanyak pasal projek terbaru ni dan berkongsi dengan member-member yang pasang hajat nak beli rumah di area Bangi.


Southville City @ KL South

Pada 30 November 2013, majlis pelancaran Southville City @ KL South, Bangi sudahpun dilancarkan oleh pihak Mah Sing Group. Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Yaacob Bin Mat Zain, Chairman Mah Sing Group dan VIP-VIP seperti Tan Sri Leong Hoy Kum, Group Managing Director Mah Sing Group, Mr James Bruyns, Chief Operating Officer, Township dan ramai lagi.



Keluasan keseluruhan pembinaan meliputi lebih kurang 428 ekar dan berstatus freehold.Konsep yang diketengahkan oleh pihak Mah Sing Group adalah Urban Lifestyle, Country Living. Maknanya, lokasi yang dipilih  dan proses pembinaan projek ini mengambil berat soal alam sekitar. 



Projek
Southville City @ KL South

Lokasi
Bangi

Poperty
Mixed development (Residential & commercial)

Developer
Tristar Acres Sdn Bhd

Status
Freehold

Keluasan
428 ekar

Kemudahan istimewa
Riverside walk
Natural's Trail
Urban Park
13km pedestrian footpath-cum-bicycle track



Lokasi yang strategik adalah faktor utama untuk Southville City menjadi pilihan para pembeli. Berada di tier 2 dari pusat bandar Kuala Lumpur, berdekatan dengan pengangkutan awam seperti KTM Bangi,dan berhampiran dengan hub-hub pendidikan menjadikan Southville City bakal menjadi aset penting di masa hadapan. 


 Hub Pendidikan berdekatan Southville City
Universiti Multimedia
Lim Kok Wing University
UPM
UNITEN
UKM
Universiti Sains Islam Malaysia



Untuk sesiapa yang bekerja atau tinggal di Bangi, Kajang, Belakong, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, bolehlah consider untuk miliki kediaman di Southville City.

Dari KL ke Bangi
25km / 15 minutes drive

Shah Alam/PJ ke Bangi
35km

Subang Jaya/Puchong ke Bangi
25km

Kajang/Cheras ke Bangi
12km

Cyberjaya/Putrajaya ke Bangi
15km

Nilai/Seremban ke Bangi
15km/30km


Savanna, Southville City

Untuk fasa pertama pembinaan, pihak Mah Sing Group sudahpun membuka pendaftaran untuk jualan Savanna Executive Suites. Kalau nak tahu, Savanna ni adalah kediaman jenis kondominium 3 bilik yang di bawahnya ada lot-lot kedai. Nak tengok rupanya macam mana, boleh tengok gambar di bawah.




Savanna ni memang sesuai untuk first time homebuyers / upgraders / natural lovers dan juga mampu milik untuk young executive / fresh gaduate with income RM 4000 and above. Jadi, sesiapa yang bercadang nak ada aset di Bangi, bolehlah usha-usha di galeri Southville City, Bangi.


Selain ada lot-lot kedai di bahagian bawah kediaman, 2 blok kediaman dihubungkan dengan jambatan dan berkongsi kemudahan asas di tingkat 5.

Kemudahan (Recreational Podium, Level 5)
Swimming Pool
Jacuzzi
Aqua Gym
Sun Deck
Water Play Area
Maze Garden
Reflexology Path
Yoga Deck
Herb Garden
BBQ Area
Changing Room
Dining Pavillion
Gymnasium
Multipurpose Hall
Nursery
Playground
Link bridge


Terbaik jugak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bila combine 2 blok dan share kemudahan, jadi banyak lah sikit kemudahan yang ada. Menurut pihak Mah Sing Group, maintenance fee yang dikenakan adalah 25 sen per square feet.


Interior Design, Savanna

Untuk Savanna, ada tiga jenis semuanya iaitu Type A, Type B dan Type C. Maklumat lanjut untuk setiap jenis adalah seperti berikut:

Type A
956 sf

Type B
1017 sf 
with Balkoni

Type C
960 sf



Savanna Executive Suites
Harga bermula RM 318,000



Rumah Contoh : Savanna, Southville City

Alang-alang dah ada di galeri, tak lengkap rasanya kalau tak tinjau sendiri ke rumah contoh. Kat bawah ni ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama tertutama kepada bakal pembeli. Dari pintu masuk, ada dapur dan dining table, dan ruang tamu. Selain itu, ada 3 bilik tidur, 2 tandas dan balkoni. Ini salah satu rumah contoh untuk Savanna Type B.
 


Maklumat lanjut dan info menarik mengenai Southville City, boleh rujuk di sini
 
Facebook

Website

Post a Comment

25 Comments

  1. mewah rumah ni.harga pun mesti mewah kan?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kondominium, starting price at RM318,000.
      Oklah klu tengok pada lokasi, agak strategik
      aish, dah boleh pasang angan-angan ni

      Delete
  2. tengok ke rumah memang cantik, tapi part rege tu yg xtahan.. tak mampu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, perlahan-lahan kumpul duit
      semoga satu hari nanti,mimpi jadi kenyataan :)

      Delete
  3. teringin nak beli kondo sebagai hadiah bakal bini #eh

    ReplyDelete
  4. nak beli rumah macam ni memang tak termampu rasanya

    ReplyDelete
  5. Seronoknya kalau dapat rumah dah fully furnished macam ni. Heheheh Kalau dapat la.... uhuhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, masuk tengok aritu rasa terus nak landing atas katil,haha

      Delete
  6. Kiranya harga rumah memang dah standard kan.... tapi napa takde gambar awek aritu.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah dah bro nak cari rumah bawah RM300K tambah-tambah area dekat KL

      opps, kawe tak sempat nk ambek gambar awek
      lensa tak panjang macam abang man,hehe

      Delete
  7. hurmmm.. starting RM 318,000.00
    Agak berat untuk orang yg baru berkerja mcm saya nie.. well mmg rumah yg cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, untuk yang baru start keje mcam saya jugak, agak problem
      kena kumpul duit lu kasik stable cash flow
      takpe, bro dah merata dunia berjalan
      sat lagi, kumpul duit beli rumah plak ye

      Delete
    2. Hhuurmm.. kene kumpul duit dgn lebih serius tanpa menumpulkan perancangan " travel " insyallah :D

      Delete
    3. takpe klu dah rezeki tak kan ke mana
      inshaAllah
      semoga segala urusan dipermudahkan
      travel pun sronok, dapat kenal tempat-tempat orang

      Delete
  8. Replies
    1. Savanna ni Fasa 1..
      kemungkinan fasa-fasa berikutnya lagi mahal sebab dekat dengan highway

      Delete
  9. singgah dan tinggalkan jejak kat sini

    ReplyDelete
  10. Tempat tu sebahagiannya dari ladang sawit yg selalu ditenggelami air, skrg dah maju dan meriah (mlm2 ada fun fair).

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, ye ke... harap-harap pembinaan kat situ ambil berat pasal safety dan struktur tanah
      funfair tu dengar kata ada selama 2 bulan sempena pelancaran Southville City

      Delete
    2. Sbenarnye, development kat atas bukit ler, mana le ade banjir kat ne?

      Delete
  11. Salam. Merancang nak beli umah kt bangi ke gu. Bagus tu, harga rumah semakin hari semakin naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Tak plan lagi.. sekadar tengok-tengok dulu, survey market price
      betul tuh, makin lama makin tinggi harga
      untung klu dapat beli awal-awal

      Delete