Senario 1
Ce try imagine, nak pergi beli makanan terlupa nak bawa dompet. Nak bayar dengan apa kan? Konpem la kena patah balik, bergegas ambil dompet dan pergi balik. Kalau tak, memang malu beb. Ambil makanan syok-syok, time nak bayar cek dompet takde. Hampagas betul. *bercakap atas pengalaman sendiri,LOL*
Senario 2
Ce try imagine, nak pergi beli makanan tak payah bawak dompet. Bawa smartphone cukup. Nak order makanan, cuma perlu tunjuk tweet/instagram je. Fuuuh, ohsem kan? *imagine kalau ini benar-benar berlaku di alam realiti*
Senario 1 adalah senario normal kita sehari-hari. Senario 2 pula adalah angan-angan mat jenin aku dulu-dulu. Tapi, bila ada hebahan pasal event #NNFoodFest, aku cukup tertarik dengan konsep yang cuba dibawakan oleh pihak penganjur Malaysia's First Ever TW(Eat) Fest iaitu Nuffnang dalam event terbesar mereka untuk tahun 2013 iaitu #NNFoodFest. Apa yang lagi menarik selain tweet untuk makan (eat) *baca TW(EAT)*, bilamana event kali ni cukup berbeza dari event-event sebelumnya. Kali ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira bloggers ataupun tidak asalkan ada akaun twitter. Easy peasy lemon squeezy :)
Bertempat di Sunway Pyramid, Blue Atrium, #NNFoodFest berjaya mengumpulkan berpuluh-puluh vendors industri makanan dan minuman di Malaysia. Tak kira nama besar, nama kecil, nama baru, semua datang berkumpul di bawah satu bumbung, iaitu #NNFoodFest. 5 Oktober 2013, dah jadi detik bersejarah buat Nuffnang selaku penganjur pertama di Malaysia yang menggunakan media social dalam menjayakan event FoodFest. Syabas to the team!
Dari kacamata seorang pengunjung #NNFoodFest, aku rasa antara 10 keseronokan dan keistimewaan event kali ni adalah:
- Pengunjung dapat try sample makanan/minuman dari setiap gerai secara percuma dengan hanya satu tweet. At the same time, pihak vendors dapat mempromosikan produk mereka kepada umum di rangkaian media social. Win-win situation.
- Pengunjung dapat try pelbagai jenis makanan/minuman dari vendors yang ada di lokasi yang sama. Tak perlu ke premis vendors yang rata-ratanya berada di lokasi yang berbeza untuk try especially for the first timer. Jimat masa, jimat tenaga. Kalau sedap dan berminat, boleh berkunjung bersama rakan-rakan di masa akan datang. Best platform for food hunters.
- Platform untuk pengunjung kenal produk-produk dan jenama-jenama terutamanya yang baru di pasaran.
- Label gerai yang Halal dan Non-Halal disediakan oleh pihak penganjur. Satu pujian untuk organizer yang menjaga sensitivi pengunjung yang beragama Islam.
- Program-program lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada pengunjung macam Food Photograpy, Food Blogging bersama Nuffnang bloggers, So You Think You Can Cook oleh pihak penaja utama iaitu Maggi dan juga ada acara Bloggers Cook Off Challenge.
- Kenyang
- Kenyang
- Kenyang
- Kenyang
- Kenyang, keh3. #NNFoodFest dah macam buffet kat open house time raya. LOL
PENDAFTARAN
Aku sampai seawal pukul 3 petang. Tapi, tengok di kaunter pendaftaran, fulamak. Panjang woooo beratur. Nasib baik kaunter pendaftaran ada di 2 lokasi iaitu di G dan LG floor. Kalau tak, mau berjanggut kena beratur. Nak tahu event sukses ke tidak, tengok pada crowd. Bagi aku, event #NNFoodFest kali ni BERJAYA! Cayalah.
Langkah mudah untuk mendaptkan makanan secara PERCUMA:
Scan with #NNFoodFest apps
atau
atau
Post a twitter update with keywords #NNFoodFest and #Brand
atau
atau
Like or share their facebook page
TW(EAT) #NNFOODFEST
TW(EAT) #NNFOODFEST
Taktik nak dapatkan makanan/minuman free dah tau camne, apa tunggu lagi. Terus mulakan kerja sebagai food hunters. Pastikan smartphone di tangan, internet on, twitter/Instagram on dan bateri cukup! Jom, mulakan pengembaraan di #NNFoodFest.
@CrayonBurger
Ini kali pertama try Crayon Burger. One word to say, SEDAP! Roti dia lembut, daging dia agak juicy. Rasa memang umphhhh.
@WaroengPenyet
Biasanya, makan Ayam Penyet Api, kali ni try pekena Ayam Penyet di Waroeng Penyet. Walaupun takde nasi, portion yang diberikan memang mengenyangkan. Ayam seketul, sambal, ulam-ulaman dan minuman. Sambal kat sini memang sedap. Tak terlampau pedas, just nice.
@NandosMY
Dah banyak kali makan, tapi lapar mata bila tengok. Too hot to handle bhai, keh3. Satu pujian untuk Nandos sebab bagi seketul ayam Nandos yang agak besar untuk kami semua merasa. Dah bukan merasa lagi namanya, memang melantak terus. Kenyang jadinya lepas tu.
#MaggiHotCup
Boleh dikatakan booth yang paling meriah time #NNFoodFest adalah booth Maggi. Memang sempoi, memang gempak. Tweet je, dapat maggi hot cup seketul. Nak makan pun boleh, nak join games pun ada. Untung-untung, dapat maggi berpaket-paket. Boleh buat stok kat rumah, lol. Maggi terbaik... Cepat dimasak, sedap dimakan.
Time duk kusyuk tweet/instagram dan makan-makan, phone pulak berkokok
|||||1% Bateri Low|||||
Mujur lah Nuffnang baik hati ada bagi power bank seketul untuk orang yang terawal bateri phone kurang 10% dan tweet #UTOOS2powerbank . Dapatlah seketul free bawak balik. Puas hati sebab power bank UTOOS2 ni agak nipis dan ringan untuk dibawa. Dah la free, torbaik pulak tuh. Memandangkan bateri dah KO, gi solat dan rehat jap dalam Sunway Pyramid sebelum meneruskan misi food hunters.
#NZNThisIsJoy
Sesi ke-2, jom try dessert pulak. First sekali try ais krim New Zealand Natural. Ini first time try, kalau Baskin Robbin tu pernah la makan. Ramai member cakap ais krim ni sedap, alang-alang tuh, try la terus. Herm, not bad. Try perisa pudina.
#NBrew
Lepas tu, try ais krim lagi. Tapi, kali ni dari NBrew. Ais krim ni agak canggih, boleh tengok depan mata camne dorang proses buat ais krim menggunakan Nitrogen liquid. Huish, berasap-asap tu. Rasanya sedap, teksturnya pun lembut. Cone waffle dia memang terbaik, manis dan rangup. Next time, boleh pi beli di Mid Valley.
@ChatimeMy
Makan dah banyak, ais krim pun sudah, tekak pun dah rasa haus. Singgah jap di booth Chatime. Pekena lemon ais segelas. Fuh, nikmat wooo. Lepas sedut chatime, sedut Yakult pulak. Yang ni, memang baik untuk penghadaman, lol.
Overall, memang enjoy datang #NNFoodFest. Bukan sekadar seronok makan-makan, tapi seronok jumpa rakan bloggers lain yang turut serta. Petang makan-makan, sebelah malam pulak masak-masak. Aku stay sampai malam sebab join Blogger Cook Off anjuran Maggi. Nak tahu masak apa? Tunggu story next time.
Lain-lain cerita, boleh intai-intai ke sana.
Cekidout:
Cekidout:
Ya, Malaysia memang famous dengan pelbagai aneka juadah makanan yang enak-enak. Pesta makan-makan memang menjadi kegilaan tak kira bangsa dan peringkat umur. Jadi, di kesempatan ni, apa kata kita suggest kat Nuffnang supaya next time jadi organizer untuk sports day pulak. Ye lah, lepas makan mesti kena bersukan dan beriadah kan? Hah, nampak tak kesinambungan kat situ. Mesti syok kalau semua rakyat Malaysia pakat turun padang ramai-ramai bersukan dan beramah-mesra antara satu sama lain. Lagi syok kalau buat macam rumah sukan macam rumah Biru, Merah, Hijau, dan Kuning. Mesti semua pakat mengimbau kenangan zaman muda-mudi dolu-dolu di sekolah. Mesti syok kan? Semoga hasrat ini akan menjadi kenyataan di suatu hari nanti. Sports day untuk komuniti bloggers dan pengguna media social. Make it happen first in Malaysia, 2014 maybe. Cool :)
8 Comments
amboi baca review pun macam meriah sangat dah... tweet & makan. dah tu dapat lagi powerbank. memang rezeki terpijak sungguh
ReplyDeletehahaha, memang meriah sangat..
Deletebersesak-sesak dengan handphone masing-masing untuk redeem foods
Alhamdulillah, power bank boleh guna utk pergi event-event next time
uish org terawal dpt powerbank ker? rugi tak dtg awal...
ReplyDeleteLepas dorang announce power bank boleh claim di counter registration, trus gi terjah.. limited stock punya pasal
Deletelupa nak ucap tahniah!! hahahaha
ReplyDeleteKenapakah? Hahaha
DeleteTerima kasih
Yang penting dapat STOK MAGGI yang banyak kan.... mahal jugak hamper tu kan
ReplyDeleteAah, alhamdulillah... Hamper dapat, experience pun dapat
Delete