TAHUKAH ANDA? : DI SEBALIK ANGKA 11 11 11





#1 Tahukah anda?
Nombor 1 berjoget bermaksud deretan nombor 1 dalam pola tertentu. Contoh : 111 atau 11 11 11! Bukan nombor je berjoget, kita pun terkedek-kedek bila nampak tarikh yang cun-melecun macam ni kan? Bukan apa, susah nak jumpa. Sekali seumur hidup!

#2 Tahukah anda?
Tahun 2011 merupakan tahun yang mempunyai 4 tarikh menarik berkaitan nombor 1
  • 1 1 11
  • 11 1 11
  • 1 11 11
  • 11 11 11


#3 Tahukah anda?
Hari ini merupakan hari terakhir boleh tengok nombor 1 berjoget dengan riangnya. Lepas ni takde dah. Ada 4 show semuanya
  • 1 11am 11 11 11
  • 11 11am 11 11 11
  • 1 11pm 11 11 11
  • 11 11pm 11 11 11

#4 Tahukah anda?
Hari ini juga merupakan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V

Patik merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011!
Daulat tuanku!  
Allahuakbar!



#5 Tahukah anda?
Tema sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad ke V tahun ini ialah “ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG” dan Cogan Kata bagi perayaan pula “ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.
Selamat bercuti kepada semua warga Kelantan Darul Naim!


#6 Tahukah anda?
Bayi yang dilahirkan pada 11 11 11 di Terengganu merupakan bayi nombor siri 11111111. Ini bermakna, nombor 1 merupakan nombor dominan dalam mykid dan mykad mereka. Perghhhhhhh, UNIK!

#7 Tahukah anda?
Sedang asyik kita berkira-kira tentang tarikh cantik dan menarik, pasti ada yang berduka. Tragedi 3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang. Selain itu, seorang guru turut maut dalam nahas terbabit. Takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah buat arwah.

#8 Tahukah anda?
Pastinya hari ini merupakan detik bersejarah kepada semua insan yang bakal bergelar pengantin baru, ibu mahupun ayah kepada bayi yang baru dilahirkan mahupun kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran mahupun perkahwinan.
  • Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
  • Selamat menimang cahaya mata!
  • Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-XX! Semoga panjang umur murah rezeki hendaknya.
  • Tidak dilupakan, kepada semua yang menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini!

#9 Tahukah anda?
Tiada apa yang istimewa pada 11 11 11. Apa yang istimewanya adalah hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari, "sayyidul aiyam". Maka perlunya kita mengingati akan 5 perkara sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:
  1. Allah ciptakan Adam , 
  2. Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
  3. Allah mematikan Nabi Adam, 
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)

#10 Tahukah anda?
Bak kata Ustaz Azhar Idrus "tanpa iktikad apa-apa kelebihan pada tarikh tersebut tidak dosa tapi bodoh!"


 Konklusi, untuk tarikh 11 11 11 adalah seperti di bawah!




 Enough said!


notakaki: Ada apa-apa nak tambah pasal 11 11 11? Silakan.. Mana tau, baru kawen ke, bertunang ke, bersalin ke..Atau, baru clash, zzzzz

Post a Comment

14 Comments

  1. Tahukah anda? baru ku tahu berkenaan 6 angka 1 ni.. hehee.. terima kasih..

    mesti kat kelate skank di penuhi cahaya lampu yang berkerlipan.. igt lagi masa kecik2.. "ble kito nk g tengok api??".. hehee..

    komen Ust Azhar mmg paling femes dan bermakna buat renungan semua.. :)

    ReplyDelete
  2. banyaknye nombor. dah berpinar2

    dill.

    ReplyDelete
  3. Tahukah Anda.
    11.11.11 Masihi sama dengan 15.12.32 Hijrah.
    Bulan mengambang pada mlm ni (^_^)

    ReplyDelete
  4. tahukah anda, saya baru tahu hari ni 11 11 11.terima kasih pd facebooker dan blogger.keh keh keh

    ReplyDelete
  5. Dan pada tarikh 11.11.11 juga seorg sahabat saya meninggal kemalangan.

    http://www.bicaradariaku.com/2011/11/al-fatihah-buat-sahabatku-kamarulzaman.html

    ReplyDelete
  6. Huhu..tahun 2011..harap segalanya akan menjadi realiti Kiz..

    ReplyDelete
  7. HaiDa HiDa:
    zaman budak-budak gitu jugak dulu
    time 30-31 mac gak, ajak mok ayoh gi KB nok tengok pintu gerbang ado lampu
    memang meriah la time tu
    loni, jadi kenangan dah la

    ReplyDelete
  8. dill:
    baru satu nombor yang sama
    belum darab bahagi lagi ni dill :)

    ReplyDelete
  9. Nasrullah Jaafar:
    TAHUKAH1 ANDA? 15 hb setiap bulan, bulan purnama
    Snap la photo bro

    ReplyDelete
  10. amirah:
    tu pasal, meriah sakan pasal nombor ni di fb dan twitter.. Blog pun sama

    ReplyDelete
  11. pro:
    khurafat tu bila ada kepercayaan karut-marut

    ReplyDelete
  12. shameel Iskandar:
    takziah
    al-fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  13. KizZua:
    2011 dah nak melabuhkan tirai
    bila kizz nak ajak makan nasi minyak ni,haha

    ReplyDelete