2001
"Kalau dapat 5A, abang bagi RM50", cabar Abang Lan, abang sulong.
"Kalau dapat 1A ayah nak bagi RM10 untuk setiap 1A", cabar ayah.
"Kalau dapat 1A RM50", cabar mak.
"Kalau dapat 5A, kak Ya bawa pergi makan KFC!", cabar kak Zura
Hoh, aku dalam tekanan! Semua orang rancak duk kasik cabaran. Aku orang last dalam keluarga, mungkin aku adalah harapan mereka. Selaku yang dicabar, pasti aku rasa tercabar. Mungkin, cabaran ini aku perlu manfaatkan sebaiknya. Untung-untung dapatlah habuan yang dijanjikan. Ke kira rasuah? haha. Apapun, aku terima cabaran itu seadanya. Walaupun sedikit ragu-ragu, aku cuba bulatkan tekad. Walaupun langsung tiada keyakinan, aku cuba buat-buat yakin. Sampai semua tempat, pensil box, kamus, buku, aku conteng "UPSR PASTI 5A". Agak poyo di situ, tapi itulah kata-kata semangat yang aku duk asyik tenung hari-hari dari buka mata sehinggalah tutup mata.
Subjek membunuh masa tu adalah tak lain tak bukan English. Mungkin overdose budu kot, sampai liat sangat dengan subjek English. Tak pernah dapat A. Sekalipun tak pernah. Tapi fail pernah, time darjah 4. Mana taknya, tudung periuk aku pi bubuh jawapan "pot scarf". Tak ke bangang. Aku ingat sampai mati. Subjek lain, Bahasa Melayu (penulisan dan pemahaman) ok sebab cikgu Junadah best. Walaupun asyik kena kutil kecik kat bahu, tapi itulah ubat. Sains ok sebab cikgu Zaini sedikit bengis. Matematik lagi ok sebab cikgu Busra memang garang macam harimau tapi cara ajar tip top. Buku latihan sampai 10 biji untuk 1 buku latihan, ada 3 buku latihan jadi total 15 buku. Mau patah bahu pikul beg pergi sekolah. 4 subjek agak-agak boleh makan, 1 subjek lagi buat aku tertekan! Owh, dictionary jadi awek. Rasa nak berkepit 24jam. Kelas tambahan petang dan malam setiap hari, itu rutin. Rumah jadi macam hotel. Balik untuk tidur saja, hujung minggu pun ada kelas tambahan di sekolah.
English? Masuk tuisyen Mr Ong gara-gara nak improve. Dapat cikgu best masa darjah 6, Sir Nazri.Cara ajar memang berkesan. Aku memang betul-betul hao liao pulun subjek English gara-gara nak skor. Mau biru mata hitamku. Sir Nazri ajar sudah bagus, tapi kerjanya bertimbun. Setiap minggu ada latihan dan essay kena buat. Selaku insan lemah, aku memang lemah bab-bab mengarang essay English. I is very stupid. Why all my friends is hebat? Kalau tak siap, kerja aku copy paste dari kawan meja sebelah, Hana. Sampai satu tahap, terdesak sangat, aku pernah pergi copy essay Zulhazwar kat tandas sebab tak siap. Masih ingat Zul? Hoh, bila ingat balik, bangang sangat aku nih. Setiap perbuatan jahat, pasti ada balasannya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sampailah satu hari, aku tak sempat nak siapkan essay. Sir Nazri panggil siapa yang tak hantar tampil ke hadapan. Hulurkan tangan, "prakkkkkkkkkkkkkk" satu das tembakan tepat ke atas tapak tangan si pemalas. Pembaris kayu panjang yang warna coklat tu lah aku kena. Adeeeeeiiii, kang dah dapat. Malu dapat, sakit dapat.
Tapi apa yang berlaku, aku rahsiakan. Takde sape pun yang tahu. Takde lah sampai pergi report polis, masuk TV3 ke apa. Senyap-senyap sudey, berani buat berani tanggung. Sebab tu la aku mula insaf. Bersusah payah buat essay, belek kamus sampai hancur. Buat latihan, tapi ujian bulanan masih lagi tak dapat A. Paling hebat. B je yang mampu. Ada ke harapan nak dapat 5A? Hermmmm, cuba buat-buat yakin. Tenung balik semua yang tertulis di depan mata, pensil box, kamus dan buku-buku. Yes, I believe I can!
Percubaan UPSR pun muncul, 4A 1B. Apa yang B? Tak payah teka-teka lah, dah terang lagi bersuluh dengan sportlight. English! Huh, apa mau buat. UPSR dah dekat. Patah semangat? Ada la sikit-sikit. Tapi, bila ingat balik cabaran-cabaran orang kat atas tadi tuh, huh membara habis. All out!
UPSR pun tiba. Dub dab dub dab debarannya. Buat-buat cool! BM sudah, SAINS sudah, MATEMATIK sudah, ENGLISH pun sudah. Selesai 5 subjek. MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Merdeka hanya di dewan peperiksaan, tapi dalam jiwa belum merdeka selagi keputusan belum diumumkan.
November 2001
Semua orang tahu result UPSR akan diumumkan pada 5 November 2001. Makin kencang degupan jantung. Apalah nasib aku, apalah hasil usaha aku selama ini. Mampu ke tidak? Sampai mimpi-mimpi tak dapat 5A, mimpi BM dapat D, memang buat aku gila. Tapi pendam sendiri. Arghhh, cuak.
Malam sebelum result keluar, dah tak senang duduk. Mundar-mandir. Kecut perut. Tiba-tiba.........
kring...kring....kring....kring....kring....
Telefon rumah berdering. Ayah angkat, cakap ada kawan nak cakap
"Assalamualaikum Khairul. Tahniah, awak dapat 5A"
"Waalaikumussalam. Eh, betul ke ni? Bukan ke result keluar esok?"
"Cikgu Besar dah pergi ambil tadi, umi saya bagitahu"
"Betul ke ni? Takut silap tengok kot. Mana tahu nama orang lain yang kat bawah ke, kat atas ke?"
"Betul, esok tengok keputusan."
Aku cuba menafikan dalam usaha untuk meyakinkan diri sendiri. Panggilan telefon itu dari sahabat karib, Farhan anak Ustazah Filzah. Aku terima berita itu dengan penuh rasa syukur dan gembira. Mau bergenang air mata, sambil aku terkinja-kinja melompat kegirangan bagitau seisi rumah yang ada. Dah pastilah, mak dan ayah senyum lebar ke telinga masa tuh. Alhamdulilllah! Huh, lega. Betul-betul, penantian itu satu penyeksaan. Tak perlu tunggu result keluar esok, malam tuh dah dapat bersenang-lenang. Syukur!
5 November 2001, keputusan diumumkan dengan rasminya di sekolah. Pagi-pagi lagi ramai bergomol di papan kenyataan nak tengok keputusan masing-masing. Walaupun dah tau keputusan, tapi semangat nak tau dengan mata kepala sendiri tu tetap memuncak. Mana taknya, first time nak tengok result exam. Zoom in, zoom out dengan mata yang tak berapa nak luas ni, akhirnya jumpa la nama dengan angka giliran, DA 072 1027. A A A A A ! Huh, ni baru lega. Konfirm! Tiba-tiba jadi mata duitan $$$$$$ bila teringat balik janji-janji orang kat atas tuh,hahaha. Oyeahhhhhh
Kebetulan, 5 November 2001 ada dua berita menarik. Pertama result UPSR, ke-dua dapat anak buah pertama, Salsha anak kepada si pencabar KFC! Balik sekolah, terus pergi HUSM nak tengok baby comel. Excited sikit nak tengok anak buah pertama, perasaan orang yang tak pernah rasa kasih sayang seorang adik la katakan. Tup-tup, dapat anak buah. Muda-muda, dah jadi pakcik. Kesian!!!
Lepas dapat result, berduyun-duyun la $$$$$ datang. OKB, orang kaya baru in the house. Paling best, RM50 1A tu lah, 5A dah dapat RM250. Perasaan masa zaman tu, dapat RM250 dah rasa macam dapat RM1000, LOL. Dan, kerana 5A jugak, kak Ya bawa pergi KB naik bus semata-mata nak bawa pergi makan KFC. Dulu, boleh bilang dengan jari berapa kali je makan ayam KFC. Tu pun, kalau ada kakak-kakak/abang-abang bawa balik. Boleh juga merasa. Budak-budak sekarang, hari-hari makan KFC pun tak kecoh. Aku dulu, first time masuk KFC, duduk makan ayam KFC, masa meraikan 5A tu lah. Masa tu, rasa aku la paling bertuah. Dapat juga pergi KFC. Tapi, hari ini, bila fikir balik, jakun jugak aku, 12 tahun baru nak jumpa KFC,haha. Anak-anak buah sekarang, puuuuuuh keluar dari perut ibu, kecik-kecik dah kenal KFC segala bagai. KFC pertama yang aku jejak dalam hidup adalah KFC sebelah Pantai Timur, Kota Bharu. Duduk tingkat atas. Makan 2 ketul pun tak habis, memang tak berbaloi,haha.
Rupanya, hari ini baru aku sedar. 5A yang aku dapat dulu bukan semata-mata untuk aku dapatkan RM yang disogok mahupun KFC yang ditawarkan. Malah, lebih dari itu. Cabaran mereka dulu, untuk bantu hidup aku hari ini. Cabaran mereka juga menjadikan mangkin untuk aku berusaha gigih. Menjadi daya tujah untuk aku tingkatkan momentum usaha. Seterusnya,pecut menuju segala apa yang aku perlu capai iaitu kecemerlangan. Paling penting, dapat menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Untuk teruskan langkahan untuk ke tahap seterusnya, PMR dan SPM. Tapi kan, lepas tu terus takde orang nak cabar-cabar time PMR dan SPM. Rasa terpinggir,haha
Terima kasih semua!
Mungkin mereka yang aku ceritakan di sini lupa kisah ini, tapi aku takkan pernah lupa jasa mereka
Kerana mereka, aku di sini
Takkan pernah aku melupakannya hingga ke akhir nanti!
InsyaAllah
2011
17 November 2011, Keputusan UPSR diumumkan. Tiba-tiba buat aku termenung sekejap tentang kenangan 10 tahun yang lepas. Lama ke, sekejap ke, kenangan ini akan terus tersemadi di sini. Dan paling penting, masih segar di ingatan : UPSR dalam kenangan!
Tahniah kepada semua adik-adik yang sudahpun mendapat keputusan UPSR. Tak kira 1A, 2A, 3A, 4A ataupun 5A, lepas ni semua sama je akan berada di tingkatan 1. Cuma mungkin kelas dan sekolah yang berbeza. 5A sekalipun, belum tentu akan dapat capai 8A dalam PMR. 1A sekalipun, tak mustahil mereka akan mampu untuk menjadi cemerlang dalam PMR kelak. Apapun boleh jadi. Apa yang penting adalah usaha dan keyakinan diri. Apapun boleh, asal ada keinginan dan kesungguhan.
Kepada ibu/bapa/kakak/abang, jangan marah kalau anak/adik tidak cemerlang kali ini. Mungkin belum tiba masanya lagi. Jangan ranapkan impian mereka dengan cemuhan/kutukan. sebaliknya bimbing mereka, beri galakan/semangat yang berterusan untuk mereka terus berusaha. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya! Berjaya hari ini, belum tentu berjaya esok hari.
CHALLENGE
You never know what you can do until you try
11 Comments
Untunglah 5A >_<
ReplyDeleteHaha..seingat aku la..
ReplyDeleteaku xde pun sgt org nk cabar2 ni..
kecewa tul..haha
Lagi satu..bila dah perform upsr...
pmr org xmau cabar dah
haha... =p
sekecil-kecil exam upsr laaa yg telah membawa kita seperti adanya sekarang...
ReplyDeleteHazwan Arif:
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki time UPSR
tu la kenangan zaman kanak-kanak ribena paling manis,haha
Nasrullah Jaafar:
ReplyDeleteak orang cabar time UPSR je
PMR dan SPM, semua orang tak kisah
sendiri cabar diri sendiri,haha
tu pasal, kalau ada org cabar semangat tu umphhh sikit
cimOt:
ReplyDeletesetuju cimot
sebab tu tak relevan kalau nak mansuhkan UPSR
walaupun exam kecil, tapi titik tolak untuk segalanya
cabaran tu kdg2 menaikkan semangat.bkn kdg2,selalu
ReplyDeletetp mak aku xmenjanjikan apa2
dulu takder pun cabar2 macam ni.. tapi lepas dapat result, abang bagi jam tangan jenama citizen.. gne jam tu smpai form 3 rosak, pastu dapat result pmr abang bgi adiah jam lain plak.. hehee..
ReplyDeleteskank abang suka cabar anak2 sedara.. UPSR 1A = RM10, PMR 1A = 20 dan SPM 1A = RM30..
tieykah:
ReplyDeletesetuju
cabaran itu sebenarnya semangat!
lepas UPSR dulu, memang takde dah la cabaran apa2
semua atas kehendak sendiri
HaiDa HiDa:
ReplyDeletetu dia, setiap kali exam dapat jam
ok la tuh, berguna jugak :)
betul tuh, skang buat kat anak-anak buah pulak
zaman kita dah habis, zaman mereka la plak
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete