Apa tu TUTTI FRUTTI?
Ngada-ngada je nama. Euwwwwwwwwww.Owh, sejenis makanan rupanya. Jom la kita study sikit pasal TUTTI FRUTTI kasik terbelit lidah sikit alang-alang dengar kata ada diskaun 50%. Apa lagi, jom la serang. Sebenarnya, Tutti Frutti tu adalah sejenis yogurt, yang dikenali sebagai ‘Tutti Frutti Frozen Yogurt’. Aku ingat ais krim,haha. Aih, jakun sungguh. Kat mana?
Dengar kata kat Gopeng. So, orang-orang Perak, moh pi serang ramai-ramai ke outlet kedua Tutti Frutti di Medan Gopeng. Bila lagi mau try, time promosi ni la. Baru jimat sikit. Amacam?Bila?
Outlet kedua di Medan Gopeng baru je buka pada 17 Jun 2011 (Jumaat). Promosi ini berlanjutan sehingga 18 Jun 2011 (Sabtu). 50% diskaun untuk pelanggan yang datang. Aih, ni rasa nak pergi nih. Nak try gak camne rasa benda alah ni.- Sempena hari pembukaannnya, pihak pengurusan menawarkan diskaun 50% selama dua hari iaitu pada hari Jumaat (17Jun2011) dan Sabtu (18Jun2011).
- Diskaun 10% pula selama seminggu bermula 19 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.
Berapa harga?
Gua pun tak pernah lagi try benda ni. Nama pun masih sangkut-sangkut lagi nak sebut. Tapi, kalau dapat try best jugak nih. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu semurah RM0.53 untuk 10gram dan harganya akan meningkat mengikut jumlah yang diambil oleh pelanggan.Kalau perut macam tong, sah-sah la 1kg baru cukup kan? lol. Murah lagi tuh, 1kg = 1000g. Baru RM53. Potongan pulak 50%, baru RM26.50. Jimat habis tuh. Asal dapat menikmati Tutti Frutti dengan penuh kepuasan, hohoho.Ada khasiat ke?
Ada kot. Aku baca-baca tadi, dia cakap Tutti Frutti ni sejenis makanan yang bagus untuk kesihatan kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan.Antaranya, ia kaya dengan sumber protein, riboflavin, kalsium, dan vitamin B12.Dipercayai, ia mampu untuk mencegah kanser usus, merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol, meningkatkan sistem imun badan, rendah lemak, rendah kalori dan meningkatkan penyerapan mineral. Eh Yeke? Tak tau la takut ni agenda untuk promosi kan? Try cuba la sekali camne rasa. Kalau lawas tu, betul la tuh,hahaha.Atuk dan nenek boleh makan ke?
Boleh-boleh. Jangan tinggal mereka kat rumah pulak, bawak depa sekali. Tutti frutti ni sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah ‘topping’ istimewa seperti sos coklat, sos strawberry, bijiran dan buah-buahan segar. TOPPING BUAH |
TOPPING SNACK & COKLAT |
Makan yogurt pun ada peluang dapat Blackberry?
Pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 dalam satu resit berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa dua telefon pintar Blackberry (klik sini).SUMBER : Tutti Frutti lancarkan cawangan kedua di Medan Gopeng (klik sini)
Alang-alang weekend ni, apa lagi. Jom la kita serang Medan Gopeng,hoho. Lokasi? Try google sendiri eh. Sape nak gi? Roger-roger la sini, mau ikut sama.
10 Comments
mmmm...yami! yami ni!
ReplyDeletenasib baik jauh beribu batuuuuu!
sedapnye!
ReplyDeleteen pena, blanje dill :)
dill.
loh
ReplyDeleteyogurt ke?
aku ingat pun macam ko aiskrim
kalau yogurt tak selera lah aku
Maharaja Lawak Minggu 12
blog-tips-kurus:
ReplyDeleteklu dekat konpem pergi la ni? haha
seb baik kat gopeng, boleh jugak nak pi try
dill:
ReplyDeletepernah makan ke cik dill?
ceh, macam dekat je kan nk suruh belanja
Hans:
ReplyDeleteyup, yogurt
alang-alang ada promosi ni,nak pi try hari nih samaada sedap ke tak
kat medan gopeng pun ada ke. nak trylh jugak. asyik mkn kt dataran ipoh jer try yg ni plak
ReplyDeleteshameel Iskandar:
ReplyDeletekat medan gopeng, baru bukak boh
ada promosi 50% loni
tepi burger king medan gopeng
minggu ni,mulai 19hb jun ada diskaun 10%
besstttnyeeeee... nak p!!!
ReplyDeletemohammad khazaidi bin kamaruddin:
ReplyDeletepergi laa, dekat ngan mcd dan BK medan gopeng
tapi arini, less 10% je lah