GAMBAR TUTT.......


Aih, jangan menggelabah
Saja malas nak taip penuh tajuk je
Amboih, bunyi TUTT... terus klik
Apa nak jadi?


GAMBAR TUTTI FRUTTI

Sempena majlis pembukaan cawangan ke-2 Tutti Frutti di Medan Gopeng, berdekatan dengan Mc Donalds dan Burger King. kami telah berkesempatan untuk memenuhi undangan/jemputan pihak Tutti Frutti.



Dengar kata, ni duta terbaru Tutti Frutti cawangan ke-2. Eh yeke?


Alang-alang memenuhi jemputan, kami tak lepaskan peluang untuk merasa produk-produk yang ada. Frozen Yogurt keluaran Tutti Frutti, sungguhlah enak dimakan begitu saja.


510g je paling banyak (segan la plak orang lain ambil sikit). Cuba kira, RM0.53 X 510g berapa. Oh, mahal supo bedil mugo goni weh. RM27 kot. Tapi atas dasar jemputan/undangan khas tu, jimat la sikit. Kasik potong 50%, cuma perlu bayar RM13.50. Berbalaoi-baloi, mau menggigil telan benda nih.



Time makan, kena makan sungguh-sungguh. Tu dia,timbul urat merih tuh. Sejuk punya pasal. Aih, @beliamuda senyum sampai ke telinga kot boleh lepas hajat try Tutti Frutti.



Ni antara wakil media yang turut hadir bersama : @beliamuda , @muzek1056 dan @farismuhandisu . Memang sesuai jadi promoter kalau bab-bab makan nih.




Tanda penghargaan memenuhi jemputan ni, kami diberi "token of appreciation" iaitu sehelai tisu bercop Tutti Frutti. Bawak balik ni je lah sebagai kenangan. Lepas ni, tak tau bila la plak boleh sampai ke sini. Keluar kedai dengan senyuman dan bawa perut yang sejuk ke destinasi seterusnya. Ada promosi, kami datang lagi,lol


p/s: Entri suka-suka sebelum menghadap journal-journal untuk Final Year Project yang sedap macam Tutti Frutti


Koleksi gambar : Flickr beliamuda (klik sini)


Undangan yang dimaksudkan, boleh refer Jemputan Khas (klik sini)


Kalau bab-bab makan ni, aku takleh tolak. Lagi-lagi, kalau ada diskaun habis-habisan. Kalau tak, mapoih nak pergi makan tempat-tempat mahal macam tu. Makan nasi ngan budu je lah jawabnya. Setakat ni, dah 3 cabaran sudahpun disahut.



Cabaran 3 : TUTTI FRUTTI


Sape yang pergi time promosi 50% selama 2 hari ni? Aku nampak cam penuh dengan budak UTP je. Macam ada REUNION plak kat situ,haha. Minggu ni ada lagi promosi selama seminggu, tapi potongan 10% je lah. Kalau takde promosi, sah tak sampai lagi aku kat situ. Terima kasih Tutti Frutti, sedap sungguh yogurt demo. Gulp!



Post a Comment

24 Comments

  1. Akak paling suka ayat : "mahal supo bedil" suami akak selalu guna ayat ini,kalau gi shopping dgn dia.

    ReplyDelete
  2. sedap ko mugo goni?xajim plop make.maaf la darat sket.:)

    ReplyDelete
  3. Zinedine Zaiddin:
    uish, aset penting tuh,haha

    ReplyDelete
  4. Tengku Nizam:
    boleh tahan la, not bad

    ReplyDelete
  5. zmah:
    laa, akak zmah ngan abe mat oghe qlate jugak rupanya
    patut pun faham ayat "mahal supo bedil" tuh,haha

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. saya_arief:
    tu pasal, sedap jugak rupanya benda ni

    ReplyDelete
  7. tieykah:
    sedak jugok la
    aiskrim tapi raso yogurt
    ambo pun darat jugok, baru first time gi try,haha

    ReplyDelete
  8. Zaiddin: silap2 perut tu la yg menawan hati sang perawan =)

    ReplyDelete
  9. layan gler rase ni...
    kat mane ade tutti frutti??

    ReplyDelete
  10. wah bestnya
    aku nak makan juga
    xadil
    xadil
    hahahaha

    Syaitan Memang Durjana

    ReplyDelete
  11. Faris Al-Muhandisu:
    tu dia, jawapan dari tuan empunya badan
    superb,haha

    ReplyDelete
  12. KRL kaprileader:
    klu kat perak, ada di medan gopeng
    outlet ke-2 yg baru bukak

    ReplyDelete
  13. Hans:
    kat shah alam tak kan takde bro?
    pi la try sekali
    skali staun boleh la makan,haha

    ReplyDelete
  14. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    meh sini la, baru boleh share
    kat negeri kita mana ada benda ni kan? haha

    ReplyDelete
  15. Pembunuh Tanpa Bayang:
    yezza, tepat sekali
    rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

    ReplyDelete
  16. uish...sedapnya..terliuq check tengok..jeles2 ^_-

    ReplyDelete
  17. MyraLove =):
    terliuq mai la balik makan kat malaysia
    kat sana konpem makan sushi je kan? haha

    ReplyDelete
  18. cik zatil:
    pernah dengar jugak ko ni? haha

    ReplyDelete