Bola itu bulat,
tapi bukan selama-lamanya akan kekal bulat
Bola itu bulat,
tapi bukan hanya untuk disepak
FALSAFAH BOLA SEPAK
Oleh : penaberkala
Kehidupan yang kita ada ibarat 90 minit di atas padang bola sepak. Menang, kalah mahupun seri hanya dapat ditentukan setelah wisel ditiup
Serangan bertubi-tubi dan penguasaan bola di padang tidak bermakna tanpa penyudah dengan jaringan. Umpama usaha keras dan berpenat-lelah tanpa hasil
Setiap kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan, kadang-kadang terlepas dari pandangan. Namun, adanya pengadil pastinya balasan setimpal bakal kita peroleh. Tidak kad kuning, kad merah bakal dilayangkan selaku hukuman
Orang yang hadir dalam hidup kita jangan dianggap seperti bola sepak. Nak kita kejar, tak nak kita tendang laju-laju.
Sebolehnya, jadilah seperti goalkeeper. Sentiasa berusaha mengawal gawang gol dari dibolosi dalam apa jua keadaan sekalipun
Keputusan yang kita buat, kadang-kadang dipengaruhi dan dibantu oleh orang sekeliling kita seperti patuhnya pengadil perlawanan kepada penjaga garisan kiri dan kanan
Orang sekeliling hanya penyokong. Bersorak di waktu kemenangan,mencela di waktu kekalahan.Selaku pemain,kita perlu bermain sepenuh hati kita tidak kira kalah, menang mahupun seri.
Penyokong yang setia adalah penyokong yang menerima setiap keputusan perlawanan sama ada menang, seri mahupun kalah seperti seorang sahabat yang setia kepada sahabatnya tika susah mahupun senang
Tiada apa yang mustahil dalam hidup selagi ada kesempatan dan peluang. Ibarat kemenangan yang diperoleh dalam perlawanan walaupun sudah ketinggalan 0-2 mahupun 0-3 pada awalnya
Peluang yang kita peroleh dalam hidup seperti sepakan penalti. Sama ada kita manfaatkan dengan sebiji jaringan atau mensiakannya dengan sebuah kekecewaan.
NORMA KEHIDUPAN
Hidup penuh dengan warna-warni, hanya kita yang mampu mencorakkannya dengan warna pilihan dan kesukaan kita sendiri
Kita ada apa yang orang lain tiada, dan sebaliknya. Itulah uniknya manusia, kita sama tapi kita berbeza-beza
Ada apa-apa nak tambah? Silakan, kecil tapak tangan, stadium Bukit Jalil saya tadahkan.
Yezza, dah dapat green-light untuk ke Bukit Jalil untuk Final FA 2011 11 June nanti. Semangat-semangat! Jom sama-sama sokong bola sepak tempatan. Gomo qlate gomo, peteh ganu peteh. Mana satu pilihan anda?
15 Comments
tudia
ReplyDeletesemangat tu
gomo kelate gomo
wahhh
jgn bawa mercun noh
Review Filem KL Gangster
penyokong itu umpama org sekeliling kita...sukar nk meneruskan kehidupan tanpa sokongan mereka...
ReplyDeletePETEH GANU PETEH!!!
Untuk Bacaan Lelaki Yang Dah Bersunat Sahaja
Hans:
ReplyDeletesemangat tu mesti la bro
mercun jgn sebut, bakor kang,haha
gua tak men mercun2 ni
Hazwan Arif:
ReplyDeleteyeah, setiap individu adalah pemain di gelanggang sendiri
jatuh bangunnya bergantung kepada penyokong/org sekeliling
naling kakloh nak tgk bola ganu-qlate ni
masing2 ada potensi
Terbang balik mesia sat melawat tuan blog ni >_<
ReplyDeletehuwa...semangatttt!
chaiyok2 (konon mcm dia y main kan..haha) ^_-
suka ayat ni 'Orang yang hadir dalam hidup kita jangan dianggap seperti bola sepak. Nak kita kejar, tak nak kita tendang laju-laju.'
sedetik alpa, selamanya merana. uwaaaaaaaa!!! :(
ReplyDeleteMyraLove =) :
ReplyDeletetu dia, orang seberang laut dah datang singgah
jupe lg ye jalan msia? haha
sudah terlepas piala FA dalam genggaman, tp TRW tetap di hati, cewah
blog-tips-kurus:
ReplyDelete"sedetik alpa, selamanya merana"
yup, setuju
sememangnya sudah terbukti dalam perlawanan akhir piala FA
Kelantan vs Terengganu
pengajaran yg patut dipelajari
dalam hidup pun macam tu jugak
rotu.usm:
ReplyDeletemintak izin ke dah promote ni? lol
ceit
ReplyDeletetu ari tu
pasal mercun la stop permainan
adoiyai
:-)
Juvana Episod 8
Hans:
ReplyDeletetu pasal, ada yg pendek akal
agak terkilan dengan penonton sendiri
apepun, moga TRW mampu bangkit utk teruskan perjuangan menghabiskan Liga Super dengan penuh bergaya
menarik sekali falsafah bola ni boh. apapun gomo kelate gomo
ReplyDeletesemua duk demam bola..mgu depan liga super lak. kehkehkeh
ReplyDeleteshameel Iskandar:
ReplyDeleteterima kasih
sekadar analogi, sementara pasal bola sedang hangat diperkatakan
yeah, gomo qlate gomo
FA sudah terlepas, LIGA SUPER harap tak melepas
darkbatman:
ReplyDeletetu pasal, 2 match lg habis la liga super
sokongan padu buat TRW tuh