Apa?
Nak kahwin juga?
Kalau ada calon, cepat-capatlah. Benda yang baik, tak elok ditangguh-tangguh.
Baru nak cari calon?
Bagus la, dah ada perancangan untuk masa depan
Terkejut sebab kita masih belajar?
Nak buat macam mana, seru mereka dah sampai. Esok lusa, giliran kau, kau, kau, kau, kau dan aku..
Eh, lambat lagi tuh giliran aku,lol
Sebenarnya,
Bila member dah mula kahwin, kita pun.........
Ucaplah selamat pengantin baru, semoga merEka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Sama-sama doakan kesejahteraan dan kebahagian mereka. Kalau kelapangan tuh, bawak-bawaklah datang ke majlis kenduri perkahwinan mereka.
Dulu lain, sekarang lain.
Dulu, sekadar baca kad undangan majlis kahwin, akak-akak, abang-abang, sepupu-sepapat, saudara-mara yang kahwin.
Sekarang? Dah tiba masanya kawan-kawan sendiri pula yang kahwin.
Maksudnya?
Tak lama lagi, kita la plak kan. Itulah, bila usia semakin meningkat dewasa, benda-benda ni la plak perlu kita fikir dan fahami.
Berbalik kepada motif asal entri ini, luang-lingkup ini adalah istimewa buat member-member yang baru saja melangsungkan perkahwinan dalam bulan Jun 2011 ni. Bak kata Azizul Abllah aka Gjoe:
Jawapan dari kawe : Sudah mesti, demo pun akan ada di sini |
Translation : Try translate guna google translater,wakaka
Mungkin beliau sudahpun membaca entri yang aku tulis sempena majlis perkahwinan Shuhada Omar tempoh hari di sini : Selamat Pengantin Baru Shuhada Omar.
Dengan status di atas, tak salah rasanya jika aku hebahkan lagi perkahwinan member-member lama di blog ini untuk tatapan rakan-rakan yang tak berkesempatan pulang ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Next time, mungkin giliran orang lain plak. Kalau gambar ada dan ditag ke fb aku, insyaAllah aku buat terutama Azizul Abllah dan isteri,hahaha
SELAMAT PENGANTIN BARU RAJA FITRIYANI
3 JUN 2011
Dari kiri : Puan Shuhada, Raja, Biena, Atin, Gjah, Aishah bersama pengantin baru Raja Fitriyani dan suami |
Tu dia, bila Raja Fitriyani menjadi raja sehari. Sungguh berseri-seri. Bersama suami di sisi, Encik Amirul empunya diri. Kuning sungguh raja sehari, ampun tuanku!
Apapun, maaf tak dapat hadirkan diri untuk majlis walaupun kad jemputan ada sampai di rumah. Nampak gayanya, boleh start simpan kad undangan majlis kawan-kawan la lepas ni untuk kenangan.
Di kesempatan ini, selamat pengantin baru diucapkan. Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Ucapan isitimewa dair kejauhan buat Raja dan suami dari rakanmu. Eh lupa, Puan Raja Fitriyani. Muda-muda dah jadi puan ye? hahaha.
SELAMAT PENGANTIN BARU AIN AQILAH
2 JUN 2011
Pengantin baru, Ain Aqilah bersama Syazni |
Mungkin ramai yang tidak tahu, seorang lagi member kita yang sudahpun berkahwin adalah Ain Aqilah. Majlis perkahwinan beliau diadakan pada 2 Jun 2011 menurut tetamu yang dijemput hadir, iaitu Syazni. Kepada sesiapa yang tak dijemput tuh, takyah nak berkecil hati. Mungkin tak sempat nak jemput semua member-member. Aku pun baru je tahu hari ini. Apapun, tumpang gembira untuk mereka yang telah bergelar raja sehari.
Apapun, kita doakan kebahagiaan Puan Ain Aqilah dan suami. Semoga bahtera yang mereka bina dapat melayari lautan kehidupan dengan aman dan harmoni, amin.
nota kosong: InsyaAllah, kalau masih bernyawa, dikurniakan kelapangan dan blog ini masih hidup, perkahwinan member-member akan disiarkan di sini sebagai kenangan kita bersama. Biar masing-masing cepat-cepat nak langsungkan majlis sendiri,haha. Lepas ni agak-agak sape pulak? Azwan Kifli dan Tuan Nur Azniera bila plak? Nuril Aslina dan Halimi Halim dah ada orang nak sponsor akok satu par sorang. Tunggu apa lagi? Azizul Abllah jangan bimbang, majlis demo kalau takde aral melintang, kawe sendiri nak gi buat liputan. Jemput awal-awal sikit tuh.
Musim cuti sekolah ni, memang banyak sungguh majlis kahwin-kahwin ni. Sampai member buat lawak di facebook kata dah bertunang pun aku percaya. Tapi kalau betul pun, apa salahnya kan? Cepat sikit boleh makan nasi minyak.
Korang semua yang baca ni, dah plan nak kahwin ke? Agak-agak bila tuh? Aku nak apply jadi pengapit, boleh ambil-ambil berkat kan?
21 Comments
ikut hati aku nak kahwin esok
ReplyDeletehahahaha
Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda
nak tuju lagu bleh? hehe..lek nua..samo2 kita berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi suami dan ayah yang baik di masa hadapan..InsyAllah dipermudahkan.
ReplyDeletekalau ikut hati dh lama kawin tp tuhan x mengizinkan je..hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletecantik2 nyer pengantin..
best kawin..sy pn dah kawin..hihii
klu nak tengok pelamin leh la calling2 saya ek di 0197592312,sy ada buka bridal cover area putrajaya,kl dan selangor..
maaf promosi ckit..k slmt bblog..
hye2 long time ni see.
ReplyDeleteplan nak kawen dah banyak kali terpikir sejak kecik2 lagi dah dok main kawin2.haha
Hans:
ReplyDeleteuih, esok terus?
ikut hati mati, ikut rasa binasa,haha
ikut la bila-bila bro, nanti jemput gua sama
Alif Pauzi:
ReplyDeletetuju lagu sapo tu? buleh2, silakan
tu pasal, siap-siaga dulu diri sendri,
baru boleh mencari
kurangkan mencari, banyakkan menjadi
~AmyLiana8886~:
ReplyDeletetakpe, tak mengizinkan lagi la tuh
mungkin tak lama lagi,hehe
currentlife2u:
ReplyDeletewsalama
tu lah, berseri-seri muka pengantin
hari bahagia katakan
orite, tenkiu for the info
takpe, promote2, silakan
amirah:
ReplyDeleteuish, baru nampak bayang cik mirah
long time no see maa
haipp! kawen-kawen tu lain, kawen ni lain
tunggu kad jemputan cikgu mirah,haha
musim cuti sekolah memang ramai org kawen.. takpe, hidup, mati, jodoh setiap org ada..
ReplyDeleteTHE LEKAT LEKIT STORY"
ReplyDeletesetuju, cuti skolah dan kenduri kawen mmg tak dapat dipisahkan
mudah nk kumpul ramai2 anak-beranak
yeah
cuma masa je yg membezakan kita :)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete