[AWOK]2 : TRAVELOG KE AIR TERJUN GEPAI, BIDOR


AIR TERJUN GEPAI

Air terjun Gepai terletak di Bidor, Perak Darul Ridzuan. Tak pernah dengar pun nama tempat "GEPAI". Semalam, sempat googling around pasal Gepai Fall, Bidor, Perak. Terjumpa 1 gambar dan ia cukup mengujakan. Klik sini : Gepai Fall


Pagi-pagi buta dah bangun untuk goreng bihun dan packing barang. Terima kasih kepada semua chef yang bertugas : Mak Ming, Amir, Jahar. Akhirnya, jadi jugak bihun goreng bujang,haha. Sedap tak sedap lain kira, yang penting ada makanan. Ayam untuk bbq pulak perap ikut suka hati pukul 2 pagi,lol.


raddy, nuar, amir, mak ming, jakir, pok jak, kudo, mayak, pok lang, nije, jahar,micro, alip cyclo

Perjalanan bermula pukul 900 pagi. Dengan 3 buah kereta, DAP, DAS dan DW. Rombongan disertai 14 jejaka dari pantai timur atau lebih dikenali [awok]2 di kampus yang rata-rata berasal dari Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Kira-kira pukul 1100 pagi, sampai ke destinasi yang dituju selepas 3 perhentian.


pengembaraan bermula, Gepai here we go!

Memandangkan banyak sangat perkakas dan makanan yang dibawa, perlu la angkut sikit sorang menuju ke tapak perkelahan. Perjalanan mendaki batu-batu sebesar gergasi dan mengharung air mengambil masa kira-kita 20 minit untuk sampai ke lokasi pilihan.


mengharungi laluan ke lokasi bbq

Tema kerjasama, naik batu turun batu barang diagih-agih. Rentas air, barang-barang diagih-agih seperti mangsa banjir. Torbaikkk. Siap beratur ambil giliran passing barang-barang.


kami bukan penyelamat mangsa banjir

Rasanya, laluan ke lokasi yang dituju agak mencabar. Selang-seli panjat batu-batu dan rentas air. Tersalah langkah, terpeleot. Tersilap atur langkah merentas air melalui batu yang licin, tenggelam. Usaha angkut barang, memang tak boleh blah. Masing-masing ada bakat untuk apply skuad bantu mangsa banjir.


air batu = air + batu

Sampai di lokasi, terus siap-siapkan tapak untuk bbq. Buat air pula tanpa ais. Jadi, nak sejukkan air, ada plak yang pergi rendam jug air dalam air. Brilliant idea daripada mayak. Ini best bro! Walaupun nak minum air pun berenang ke tepian sebelah sana,lol


bbq

Menu utama untuk sarapan sebelum berendam adalah bihun goreng. Status bihun sedap ke tak sedap? Memandangkan licin, andaian chef-chef tak bertauliah anggap bihun itu sedap,haha. Seterusnya, sesi membakar ayam, sosej, isi ketam dan bebola ikan.


[awok]2

Kenyang perut, suka hati. Ramai-ramai pakat gi berendam. Macam-macam ragam ada, kalau nak story tak habis 7 hari 7 malam aku rasa. Air sejuk macam air batu. Kualiti air bersih, dijamin selamat insyaAllah.


Lokasi cermin mata lemas dan dibawa arus, aku kebengongan

AMARAN : Orang berkacamata dinasihatkan agar membuka cermin mata sebelum berendam/berenang/bermain air

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung kacamata? Hanyut dibawa arus air terjun.

Tak pasal-pasal aku pergi dengan mata 4, bawa balik 2 mata saja. Cacat sementara la jawabnya sampai ada pengganti yang baru.


masuk angin keluar asap

Spec pun dah hanyut, handphone pulak ada problem. Main hidup mati hidup mati. Aih, dugaan sungguh. Lebih baik tiup asap daripada memikirkan nasib malang hari ini.


Penerjun bebas

Terjunan bebas antara aktiviti yang menarik perhatian. Ni muka-muka wakil daerah acara terjun bebas. Gaya kupu-kupu, gaya dugong, gaya ultraman, gaya goku, gaya dewa, semua ada.


Gaya apakah?

Antara salah satu gaya terjunan bebas adalah seperti di atas. Agak-agak, gaya apakah yang cuba ditonjolkan? haha

Perjalanan pulang ke kampus pukul 330 petang. Singgah di Petronas Tapah untuk solat zohor dan kemudiannya terus pulang ke Tronoh. Dengar kata, DAS dan DW terlajak sampai ke BOTA, pi pekena SATAY BOTA. Torbaik la hari ni.

Apapun, alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. Walaupun kacamata aku je yang lemas di bawa arus, tak apalah. Sama-sama sedekahkan al-fatihah. Semoga rohnya tenang di sana. Melayang lagi la fulus!

Credit : A. Alip

Jejaka di sebalik foto-foto yang terhasil

Info lanjut : Air Terjun Gepai / Gepai Fall

Post a Comment

14 Comments

  1. bidor dekat gak ngan hometown saye :)
    bestnye mandi sungai

    dill.

    ReplyDelete
  2. pergh mandi manda. pastu bbq bakar2 pula.. bestt

    Nak Towel Ini :D

    ReplyDelete
  3. saya asal bidor..orang temptan lebih panggil suka panggil gepai fall tu sbg lubuk degong..

    tempat ni mmg berbahaya..setiap tahun pasti ada kes lemas..yg lemas pulak selalunya org luar..org temptan x pernah lemas dkt situ..xtahu kenapa


    ada juga yg x jumpa smpi hari ni..nasib baik xda kejadian apa2 bila pergi sana ye

    ReplyDelete
  4. seronoknya mandi-manda...pastu makan ayam...

    ReplyDelete
  5. dill:
    owh, duduk dekat dengan area bidor rupanya
    best gak la lama tak mandi air terjun
    sejuk tak terkata

    ReplyDelete
  6. Freaky:
    tu la bro, lepas mandi, konpem lapar
    tu yang best buat bbq kat air terjun,haha

    ReplyDelete
  7. Adib:
    owh, lubuk degong
    gepai pun baru first time dengar

    alhamdulillah, semua selamat kecuali spek mata je,haha
    agak bahaya gak la, tempat kena panjat dah la tinggi dan xde laluan
    batu dalam air plak licin dan ada certain tempat arus deras
    tapi air bersih la

    ramai gak rupanya org bertandang ke situ
    semua ada, melayu, india, cina
    dah jadi air terjun 1 malaysia
    mungkin tempat cantik kot, air terjun pun bersih

    tq bro for the info, next time kena lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  8. KM7:
    seronak pergi ramai-ramai tu la yg lagi best
    bukan selalu dapat outing ramai-ramai camni

    ReplyDelete
  9. Hazwan Arif:
    jangan jeles yau, lepas mu sembuh kita gi jalan-jalan lagi :)

    ReplyDelete
  10. hahahahaha
    yang hang pun satu pena
    pi pakai cermin mata tu buat apa
    adoiii
    dah habis cermin mata jadi tukun dkt dalam tu
    ekekekekek

    Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda

    ReplyDelete
  11. Hans:
    lupa nak buka dulu la bro, adoi
    kalau dah ajalnya,haha
    xpe lah, buat tugu peringatan kat situ
    melayang fulus tak pasal-pasal

    ReplyDelete
  12. boleh tahu tak, berapa lama perjalanan nak naik ke atas air terjun tu?

    ReplyDelete