MEMORI : HIKAYAT RAJA SEHARI


Sireh Bermadah Pinang Berbelah
Adat Kelmarin Disusun Rapi
Merisik Sudah Bertunang Pun sudah
Majlis Kahwinnya Kini Dinanti

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga


Kad undangan perkahwinan

Maka kalutlah keluarga teruna dan keluarga dara masing-masing membuat persiapan rapi;
Kad undangan dan jemputan dikirim ke sana sini;
Kaum kerabat dan kenalan dijemput bertandang ke mari;
Datang memeriahkan majlis meraikan Raja Sehari!


Al-kisah bermula......


KG CHEKONG, PENDANG, KEDAH
10 MAC 2011

kenapa berinai 3 jari?


Pohan segar bila dibaja 
Segar mewangi kuntumnya bunga
Malam berinai adat sahaja
Berarak bersanding keesokan harinya


MASJID GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
11 MAC 2011

Kata pengantin baru : Saat paling mendebarkan dalam hidup aku adalah "akad nikah". hahaha

Berduyun-duyun kereta berselisih
Berasak-asak di pintu tol
Genap setahun bercinta kasih
Tiba masa diijab kabul

Berborak hingga hari senja
Asyik bersembang bersulam cerita
Berdebak berdebuk hati dirasa
Kerana mengadap pak imam tercinta

Hati gembira bukan kepalang
Akad sekali disahkan saksi
Muka yang gusar kembali tenang
  Riak yang kelat kini semanis laici


Ikatan kasih suci suami isteri
Padi rumbia ditampi-tampi
Isi durian di sebalik duri
Hari bahagia dinanti-nanti
Kini sah jadi suami isteri


jangan gadoh-gadoh, hehe

Selesai berpakat disedia hidangan
Duduk beradap malu berjelingan
Selesai berakad diadakan jamuan
Untuk ditatap tetamu undangan

 

GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
12 MAC 2011

Kasihnya kakak kepada adiknya
Belek membelek lepas tak faham
Kosik mengosik satu talam
Solik menyolik kerja mak andam
Usik mengusik itu disulam

Satu bulan semak menyemaki
Kain cantik siang-siang dibeli
Satu badan mak andam teliti
Solek sana sini sampai menjadi


Meriahnya majlis bersama keluarga dan saudara-mara
Demi mengia madah pujangga
Banyak suara patut diterima
Hari bahagia sudahlah tiba
Sanak saudara turut bersama

 Menyusuri Gerbang perkahwinan
Soksik soksik satulah gejala
Wartawan bekerja dibidang rutin
Usik mengusik itulah mula
Bertunag hingga ke jinjang pelamin



Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Raja sehari
Bila mata bertentang mata
Kasih berpadu cinta terjalin
Bila sudah seiya sekata
Lalu bersanding di atas pelamin

Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.

Di ijab kabul suami isteri
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Sanak-saudara dari Kelantan
Semai temu dihujung petang
Sebagai petua dari Pak Tua
Ramai tetamu berkunjung datang
Rai bersama hari bahagia


Kesian, tersingih sorang-sorang. Partner x datang,LOL


MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN
17 MAC 2011
Pasti bersua pulang raya
Ramah berkias uda dan dara
Hari bahagia menjelang tiba
Rumah dihias bonda dan saudara


Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Majlis menyambut menantu
Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Selamat datang ke Kelantan
Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding


Aishhh, best la plok nampak. Rugi takde di tempat kejadian
Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding


Kek double meaning : Kek perkahwinan dan kek birthday

Senyum sokmo :)
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan


Anak-anak buah : 8/15 yang ada

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
 
Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti


p/s : Entri 20 March 2011, tak sempat nak publish. Dah berkulat di draft dashboard. Lupa plak den. Rasanya belum terlambat, baru sebulan kot berlalu. Apapun, Selamat Pengantin baru buat abangku Faizal Alwie dan kak iparku, Suzana. Semoga kalian akan sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Ni je lah hadiah yang mampu adikmu berikan sempena majlis perkahwinan kalian. Sebulan kot peram. Smpena ulangtahun sebulan perkahwinan kalian, terimalah entri ini sebagai hadiah ulangtahun,hahahaha.


Next, turn tuan punya blog la plak kan? lol . Cari calon sat....


Post a Comment

24 Comments

  1. pergh teruja kot tgok entry org kawen2 nih.haha..

    siapa teruna yg berbaju hitam sebelah pengantin 2?? smart ah.wewit XD

    ReplyDelete
  2. tuan blog bila pulak nak kahwin??hehehe...

    eh pengantin lelaki pakai bedak miami..ngee~

    ReplyDelete
  3. klepak klepung... klepak klepung.. klepak klepung.... pong.. pong.. pong.. klepak klepung.. klepak klepung... ping ping ping...

    ReplyDelete
  4. semoga berkekalan ke anak cucu :)


    **sorry sangat lambat reply jejak ;) peace..

    ReplyDelete
  5. salam Penaberkala,

    lama xnampak ! sis pun lama x ke mari juge...

    igtkan penbaerkala yg nikah tadi... ;p erm chatbox tu malu2 plak dgn sis...susah betul nk keluar

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada abang kamu,
    selamat pengantin baru,
    semoga kekal ke akhir hayat..
    nanti giliran tuan punya blog ni pula..:)

    ReplyDelete
  7. aik.. sapa kawin nie.. abang ka.. huyoo.. best tue..

    ReplyDelete
  8. Hazwan Arif:
    xdey nok ajok mu arituh
    aku pun x kelik time kenduri rumah sbb test mpc,lol
    nanti bekwoh ak la ak ajok deh,haha

    ReplyDelete
  9. amirah:
    haha, teruja ka? tak lama dah tu klu camtu

    baju hitam tu bakal pengantin,kah3
    ambil berkat duk sebelah pengantin

    ReplyDelete
  10. CIK TOM:
    tuan blog lambat lagi kot
    blaja pun tak habis lg, kerja pun blum
    sabor2

    ReplyDelete
  11. SM Banjamin:
    kuat sangat palu kompang bro
    hang bila plak nk naik pelamin
    jgn lupa plak ajak gang2 gerila penulisan nnt

    ReplyDelete
  12. Ain Zulaikha:
    insyaAllah, amin
    doakan kebahagian mereka hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  13. Ummi Hanie:
    wsalam sis, lama tak dengar cite
    sory la, bizi sikit skang nk melawat blog sis
    maklumla dh jadi budak final year

    uish, sy blum kawen lg
    ikut turn,haha

    ReplyDelete
  14. LiFe KaMi:
    amin..
    haha, giliran tuan blog xtau la bila
    orang last, biasa la

    ReplyDelete
  15. Cik Su Life Cycle:
    yup, abang yg kawen bulan lepas
    tp skang baru dpt publish entri
    dek kerna bizi yg melampau

    ReplyDelete
  16. wow... hebat gak berpantun ni

    ReplyDelete
  17. NHAR:
    kena belajar berpantun, tu tempek kat sini,haha

    ReplyDelete
  18. tahniahhh.. byk pantun 2.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  19. orang kedah kahwin weihhhh
    yehaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  20. selamat pengantin baru kepada pengantin hihihi..

    empunye blog bile lg? hihihi

    ReplyDelete
  21. Darkbatman:
    mudah nk rujuk klau bro nak pi meminang nnt,hahaha

    ReplyDelete
  22. Cik Cammy Lia:
    empunya blog lambat lg kot, blaja pun blum abes
    lol

    ReplyDelete