PIALA FA 2011 : KELANTAN MARA KE SEPARUH AKHIR

Tahniah skuad THE RED WORRIORS atas kejayaan mengalahkan skuad KL FELDA UNITED dengan agregat 5-2. Keputusan seri 2-2 pada suku akhir pertama tidak menghalang kemaraan dan semangat kental THE RED WORRIORS untuk terus berjuang sekaligus menang besar 3-0, membenam terus skuad KL FELDA UNITED di depan puluhana ribu penonton sendiri pada suku akhir ke-2 semalam.





Yeah, first time masuk stadium tengok bola. Noob gila dowh,haha. Okla, at least sekali pun jadi lah. Tiket RM12 jadi RM25. Ulat punya pasal. Tapi tak sure, ulat bulu ke, ulat beluncas ke, ulat gonggok. Memang cekik darah kaw-kaw punya. Tiket RM35 pun ramai gak yang beli semata-mata nak tengok bola. Inilah orang kata, ambil kesempatan di atas kesempitan. Semangat peminat untuk bagi sokongan kepada skuad negeri, ulat yang kaya-raya.


Di sebalik isu ulat yang memanipulasikan keadaan, pelbagai perkara dapat diteliti di sekitar perkarangan stadium serta gelagat penyokong fanatik THE RED WORRIORS dalam stadium. Apapun, kagum dengan peminat bola sepak KELANTAN yang memenuhi stadium dengan gelombang merah seolah-olah perlawanan yang ditonton adalah perlawanan peringkat akhir. Semangat penyokong yang harus diberi pujian. Tapi kalau takde balingan botol dan mercun, perghhh PERFECT!


Semoga pasukan THE RED WORRIORS terus mara ke peringkat akhir untuk PIALA FA 2011 dan dapat menewaskan pasukan SELANGOR di peringkat separuh akhir nanti. All the best dan GOMO KELATE GOMO!


endnote : tak tau la bilo plok buleh gi stadium tengok bola. Tu pun buleh gi kebetulan balik cuti hujung minggu dan ado oghe sponsor tiket,haha. Tokleh kelik make gulai bekwoh ghumoh pun xpo la, asal buleh tengok bola, LOL. Mintak-mintak separuh akhir nanti ada live kat TV1

Post a Comment

12 Comments

  1. haha..sedak molek tengok stadium penuh sokmo.
    :D
    gomo kelate gomo.

    ReplyDelete
  2. huhu..tringn nk tgk bola live jgk!
    nk rase suasane pnyokong kel yg terbaekkk dlm dunia! aha

    ReplyDelete
  3. ganung pon berjaya jugak..yeh yeh yeh!!!!... jom lawan kat final hakhakhak

    ReplyDelete
  4. sonok la pena kelantan mara ke separuh akhir .. hehe..

    ReplyDelete
  5. saya_arief:
    sebab stadium penuh sokmo la ulat-ulat pun cekik darah kaw-kaw punye
    memang ambik kesempatan la
    tiket RM12 jual RM35
    tiket RM25 jual RM80

    ReplyDelete
  6. S.U.F.E.E.N.A.N:
    GOMO QLATE GOMO
    kito tunggu separuh akhir menentang SELANGOR pulok

    ReplyDelete
  7. Semarak Api:
    try la pi skali
    ni pun, first time pergi
    macam-macam buleh tengok, ada OK ada yang KO
    tp smangat penyokong memang dikagumi la dengan sorakan yg tak henti-henti

    ReplyDelete
  8. Cik Cammy Lia:
    jom
    mitok-mitok la qlate lawe ganu final nanti
    baru sedap kelih,haha

    ReplyDelete
  9. Cik Su Life Cycle:
    mesti laaa
    kalau mara ke peringkat akhir lagi sronok
    klu menang pulak piala lagi lagi la sronok,haha

    ReplyDelete
  10. hehehe...jom2.doa yerp..leh jerit kuat2 lwn sesama kite hikhik

    ReplyDelete
  11. Cik Cammy Lia:
    beyehhh
    tapi sparuh akhir ni, sokong qlate dulu la gitu gak,haha
    apepun, moga2 kelatan menang lawan selangaor nanti

    ReplyDelete