RIWAYAT HARIKU
semakin hari semakin mencabar
setiap langkah ada halangan
setiap detik ada ujian
setiap halangan ada rintangan
tabah dan cekal aku sematkan
ke penghujung jalan aku sasarkan!
-penaberkala-
Di GERILA PENULISAN KREATIF iaitu salah satu group di FACEBOOK untuk ping entri-entri kita, nampaknya sedang rancak berlangsungnya satu kempen iaitu : "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku". Katanya, setiap hari akan dipaparkan entry mengenai review sebuah blog. Review blog dibuat berdasarkan penilaian tuan blog Riwayat Hariku, iaitu Sop sendiri.
TUJUAN?
Tidak lain tidak bukan untuk saling kenal antara satu sama lain dalam dunia blogging. Orang kata, "Sambil menyelam minum air", jadi sambil ada reviwe tuh, automatik lah traffic ke blog-blog pun makin meningkat dan paling penting lebih ramai kawan-kawan yang kita akan dapat tidak kira di mana jua kita berada. Sesiapa nak tahu apa pandangan Sop tentang blog kita, bolehlah sama-sama memeriahkan lagi kempen ni, "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku"CARA-CARA?
Semudah ABC, tak perlu transfer duit sebagai yuran pendaftaran. Hanya perlu follow je syarat yang dikehendaki seperti di bawah:- Membuat entry mengenai program ini
- Tinggalkan link entry tersebut di ruangan komen di entri program ini
- Memasukkan banner.
BLOG REVIEW : 1 HARI 1 BLOG |
Hah, cam mana, menarik kan? Apa lagi, jom pakat serbu page Riwayat Hariku, klik je banner kat atas tuh untuk ke sana. Jom layan!
Pssst : Paling penting dengar cerita ada cabutan bertuah setiap akhir bulan untuk blog yang tersenarai dalam program ini. Hadiah istimewa menanti kita semua. Mana la tau, kot-kot rezeki murah, boleh menang lagi sekali cabutan bertuah macam tempoh hari: LUCKY DRAW,hak3. Amacam, best bukan? Jom pakat-pakat cuba nasib sambil-sambil kenal dengan Bro Sop kita dan blogger-bloger yang lain.
footnote : aku suka blogging sebab dapat kenal ramai orang, berkongsi kisah hidup dan teladan, berkongsi info dan maklumat. Sebenarnya, aku jenis orang yang tidak suka membaca, tetapi bila mula berblogging minat membaca aku semakin membuak-buak,haha. Blogging tak sama dengan twitter, facebook mahupun laman sosial yang lain. This is my point of view. Apa kata kamu? Masing-masing ada pendirian dan pendapat masing-masing. Jom kongsi pendapat, teruskan berblogging untuk kepuasan diri yok. Yeah
22 Comments
betul!
ReplyDeletedgn blogging, sikap suka membaca boleh dipupuk, even membaca kat blog tak sama dgn membaca bahan kaku di surat khabar atau buku2..tp kalau nak penjelasan yg sgt jelas dan sahih, bahan kaku dlm buku juga yg sy cari..cz lebih diyakini kebenarannya...peace!..:)
ye! saya setuju! Blogging tak sama macam laman² sosial yang lain. Blogging is fun. ;)
ReplyDeletelain orang lain pendirian... bagaimanapun moga entri-entri kita bermanfaat kepada insan lain... ^^
ReplyDeletesokong! tak salah kita sendiri yang menjadi penulis untuk pembaca
ReplyDeleteBintun Sazali:
ReplyDeletetp at least, kita membaca
tahu sedikit-sebanyak pasal isu semasa dan dapat byk ilmu dari perkongsian org lain
klu bab pengalaman/kisah hidup lagi menarik sbb masing2 berbeza
betul tuh, klu ilmu yg mmg perlukan fakta yg tepat, buku jugalah yg menjadi sasaran
Siti:
ReplyDeletetotally agree, blogging is fun
with fun we will get everything
but, need to be more carefull enough on what we write/read
Ibnu Jamaluddin:
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan
tp kat sini, byk gak yang kurang bermanfaat,haha
tp apapun,harap2 ada la manfaat walaupun sedikit
k e r e p e k t e m p e:
ReplyDeletepenulis untuk pembaca
dan pembaca utama adalah penulis sendiri :)
klu ada org baca, satu kelebihan
la ni semua rajin buat mcm2 GA dan contest bagai utk mnarik minat bloggerz...tp ini satu objektif yg mnarik..win-win situation gitu...insyaAllah ada masa terlebih free nnti sis cube join
ReplyDeleteUmmi Hanie:
ReplyDeleteyup, tp ni satu pendekatan yg agak berbeza
blog review : kita boleh tahu apa pandangan org lain terhadap blog kita
saja je join,cari publisisti murahan sambil kenal bloger lain,hak3
jom join sis
Walaupun bukan tidak secara tersurat tapi mesej yang tersirat pasti ada...
ReplyDeleteBukankah manusia berbeza pandangan dan mampu mengandaikan ribuan perkara daripada satu sumber, tidakkah begitu? ^^
mcm menarik. thanks for the info.
ReplyDeletedewasa ini, blog telah byk berkembang.. dari penulisan diari telah berubah menjadi penyampai maklumat utama. selain itu, mewujudkan hubungan, dan sebagainya..
ReplyDeletekini blog buka sekadar blog..
nice entry dan suka dgn puisi di atas :)
Ibnu Jamaluddin:
ReplyDeleteyup, betul tuh..yg penting ada isi
perbezaan lah yg menjadi manusia saling memerlukan antara satu sama lain, utk saling ingat-mengingat
"ribuan pandangan dari satu sumber yg sama" - nice one!
avid gunner:
ReplyDeletewelcome
i want to "remember" (read: remind) you to join this program,hak3
gnesop.com:
ReplyDeletetu dia, tuan punya blog dah datang
thanks bro, dh buat review nnt roger
puisi tu pun kebetulan kena dgn tema blog gmesop.com,haha
gampreng betul stail menganjing kau..hahaha...
ReplyDeleteooo...xpenah pon org review blog ..leh try la kot.blog ni mmg leh wat oeg suka membaca. biasanya lau entri pnjg2 mmg mls nk baca tp dlm blog bole ja baca.rasanya lau depan laptop semua bole kot.haha.
ReplyDeleteavid gunner:
ReplyDeleteLOL,juz kiding bro
chill,haha
ak nk belek kamus sat, cari maksud gampreng
amirah:
ReplyDeletehah, boleh la try cik mirah
bila lg nk tau pasal blog kita di kaca mata org len, jom usha2
betul tuh, sbb mood membaca blog tu lain sikit drpd membaca buku
kasik la genre apa pun, konpem boleh abis punya baca tanpa paksa
try buat buku teks dalam bentuk blog,hahaha
saya pun nak join jugak lah.
ReplyDeleteeiela:
ReplyDeletesila-sila, jgn segan
sama-sama meriahkan program di riwayat hariku
tq singgah sini