Tuntas, moralnya di sini jangan kita pernah jemu untuk mengucapkan perkataan TERIMA KASIH ataupun THANK YOU kepada orang sekeliling kita. Paling penting jangan sesekali riak dan takabur dengan apa yang kita dapat (excited sikit-sikit tak salah kan? hehe). Walaupun pemberian seseorang itu cumalah sebijik gula-gula KOPIKO, ucaplah perkataan TERIMA KASIH ataupun THANK YOU. Nak maju sikit, XIE XIE pun boleh.
Terdengar irama lagu ulik mayang dari rumah sebelah,layan-layan....
Ok, pertama sekali ucapan TERIMA KASIH kepada NUFFANG. Siapa yang tak tahu kan NUFFNANG itu apa? Kalau blogger, dari A-Z boleh explain apa itu NUFFNANG dan apa itu fungsinya. Kenapa perlu ucap TERIMA KASIH?
Aku suka NUFFNANG kerana:
- Cek jumlah visitor
- Lokasi visitors berada
- Referers
- Keyword search : Part ni memang best, boleh tengok apa yang orang ramai tercari-cari kat search engine seperti GOOGLE ataupun YAHOO
- Cek income : Siapa kata blogging itu membazir masa?Masuk duit maaa, seposen pun jadi la. Cukup 30 sen boleh masuk toilet awam
- Kontest : Murah rezeki dapat pelbagai hadiah dan tiket wayang free
- Macam-macam lagi seperti yang ada di sini : http://www.nuffnang.com.my/
TERIMA KASIH NUFFNANG!
NUFFNANG |
Kalau bukan kerana NUFFNANG, kemeriahan blogging tidak seperti kini. Suasananya agak muram dan tidak menyeronokkan. Kerana NUFFNANG, ramai blogger-blogger tidak kira baru atau lama, otai atau tidak, semuanya sama-sama memeriahkan dunia maya yang tanpa sempadan ini. Masing-masing berkongsi cerita dan berita masing-masing untuk manfaat bersama.
Lebih-lebih lagi, NUFFNANG banyak mengadakan contest untuk disertai. Pernah gak sekali mencuba nasib untuk filem TAKERS, dapat la jugak. Tapi sayang, tayangan jatuh hari Isnin, maka terpaksalah batalkan hasrat tersebut. Paling penting, NUFFNANG juga menyediakan PART TIME JOB kepada blogers. Dengan menulis entri di blog, advertiser akan tempek-tempek iklan mereka di sudut-sudut yang ditetapkan dan sekaligus sen-sen akan didebitkan kepada akaun kita.Walaupun amoun tidak banyak, tetapi oklah daripada tiada.
Paling gembira bila advertisers tempek iklan mereka sebagai BUFFERED EARNING di blog kita. Masa tuh, betapa gembirannya tuan punya blog. Terkial-kial melonjak kegembiraan, kalau boleh nak heboh satu kampung. Siapa tak suka kan dapat duit free? Aku pun suka gak, memang tak dapat nak nafikan. Tak hairan kalau hari ini penuh orang bercerita pasal BUFFERED EARNING.
TERIMA KASIH kepada sponsor pertama iaitu NESTLE. Dari minggu lepas lagi setia bertempek di blog nih. Paling bermakna, NESTLE adalah advertiser PERTAMA yang bagi iklan BUFFERED EARNING kat aku. Masa ni baru aku rasa bertuahnya menjadi KOMUNITI NUFFNANG.
NESTLE |
Cek punya cek earning untuk hari ini, masyuk lagi 2 BUFFERED EARNING di blog. Perghh, tergamam dan terkata. Nak hantuk kepala kat keyboard pun tak jadi,haha.
TERIMA KASIH jugak kepada CITIBANK yang turut setia sponsor tulisan-tulisan aku di blog ini.
citibank |
Dan tidak dilupakan TERIMA KASIH kepada DIGI yang turut serta memeriahkan lagi kempen iklan di sini. Baru meriah blog ada ikan yang gerak-gerak, kalau sebelum ni, orang masuk tengok kosong je,hak3.
DiGi |
Dah habis baca?
TERIMA KASIH sebab baca. Agak menejengkelkan bila aku menulis pasal NUFFNANG dan BUFFERED EARNING. Tapi kasik la aku satu can untuk expresskan diriku yang JAKUN ini.
Dapat 3 BE dah nak kecoh?
Biasalah, aku masih NOOB kot bab-bab macam ni. Bila dapat tu, nak gak merasa tulis entri pasal BE. Klu orang lain taip pendek jek, tempek gambor, aku masih lagi kekal macam biasa, dengan identiti aku sendiri, ENTRI PANJANG-PANJANG BELAKA (EPPB),haha.
SAVED : untuk tatapan sendiri di hari muka pasal first time dapat BE
TERIMA KASIH jugak kepada SHAMISHA HOLIDAY yang menaja perjalanan aku ke KELANTAN pada malam ini, pada pukul 900 malam (tiket duit sendiri). Doakan perjalananku selamat dan percutian 3 hari 2 malam di negeri Cik Siti Wan Kembang lancar tanpa terperangkap dengan BANJIR.
balik kampong jom! |
TERIMA KASIH kepada penaja makanan hari ini (bayar sendiri jugak) iaitu MONRODS CAFE di KOMPLEKS D'PIAZZA, Bayan Baru. Sudah lama aku mengidam nak makan CHICKEN CHOP di Penang, tapi hari ini baru bertemu jodoh. TERIMA KASIH walaupun aku perlu bayar lebih mahal sikit dari harga lunch di AMD. Berbaloi sebabnya CHICKEN CHOP kat situ agak best! HAO LIAO
chicken chop yang kini berada di dalam perut untuk diproses |
psssssst : entri bodek, mana tau lepas ni banyak lagi dapat BE,haha. Dapat la makan CHICKEN CHOP plak next time,hohoho. Setelah 3 bulan berusaha menempek iklan, alhamdulillah sudah dapat 3 BE. Rugi gak tak tempek awal-awal dulu.
But for me : Better late than NEVER!
Bak kata kak hanie yang agak berpengalaman dan tempat aku bertanya selok-belok blogging :
UmmiHanie : http://ummi-hanie.blogspot.com/:
betul tu,nuff ni sekadar bonus/token dlm berblog..penambah semangat ;)
Apa pulak kata anda?
p/s: berapa kali perkataan TERIMA KASIH/ THANK YOU diulang? hahaha.Memang berpatutan dengan tajuk
18 Comments
tak sia2 lah aku suruh n paksa ko buat nuffnang kan?
ReplyDeleteP/S: Alor Setar! Flight! Banjir! Deepavali! Ketinggalan Betul Aku!
hans:
ReplyDeletebetul bro, tak sia-sia
thank you
ko dan kak hanie la pendorong aku dulu utk create akaun nuff,haha
hehehe...arini terbanyak fikir lak...by the way memang best nuffnang..baru join 2 bulan dah dpt sekepuk 4 BE..thank u n alhamdulillah :) tahniah taw kpd kamu...hehe..keep up ur trafik :)
ReplyDeleteaku masih menunggu BE pertama.. kene kerja keras deh... sabar je la.. tapi semangat nak lawat blog rakan2 tetap tak luntur... jum nulis..
ReplyDeletejelez2(bukan jelez dgn BE..tp jelez sbb da balik)
ReplyDeletehukhuk..sabarkan hati..sabar2
eh,tahniah gak la kan..t dapat income byk2 bleh balanje nih ;)
uhuk2 ! tersedak namaku disebut2 penaberkala dan hans...hurm tringat sis ieda kan..dah stop blogging dier wat masa ni...
ReplyDeleteeh lari topikk..mmg trademark Penaberkala entrinye pnjg2...akk xsmpat lee nk perah otak byk2 nk wat entry pnjg2...certain times je..hehe...lgpun penaberkala mmg berbakat dlm penulisan,hans pun same...:)
hurm,tahniah ! teruskn usaha..mmg dulu sis xnmpk sgt manfaat blogging ni,sekadar mngisi masa lapang je tp skrg dah ade token ;)
pena dah maju sekarang..hehe..tahniah le..bila nak belanje cik su plak..rezeki dah murah nie..hehe..jom kita lepak kat bayan baru ..hehe
ReplyDeletetahniah BE untuk bro...
ReplyDeleteumm betul tu, mak aku pon selalu ajarkan pergi mana2 jangan lupa perkataan "P" dan "q"..
P untuk please, Q untuk TQ.. apabila kita meminta sesuatu pada orang, sebutkanlah "tolong...." dan sesudah itu, sebutlah "terima kasih"..
itulah keindahan dan seni kita sebagai manusia...
FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
ReplyDeletejgn fikir byk2, nnt bertambah kusut
leraikan yg mana kusut agak kurang serabut :)
perghh, 4 BE dlm masa 2 bulan? lg mantap
tahniah gak
Zulkifli Bin Sa'don:
ReplyDeletebetul tu bro, setiap perkara kena kerja keras
siyesly susah nk dpt BE,haha
tp yg plg penting dlm blogging bkn BE
kualiti penulisan tuh perlu dijaga
jgn putus asa bro,cuba lg
tq sbb always support
MyraLove =):
ReplyDeletehaha, best woo dpt balik kampong
dpt makan sup gear box arinih, fuh
tq cik mira
klu dpt ribu-riban baru blh blanja kawan-kawan :)
skang baru dpt brape sen je kot,hak3
Ummi Hanie:
ReplyDeleteaah, lama dh tak dengar kabo brito kak ieda
tu pasal, mmg tabiat dh buat entri panjang2..
betul tu,BE tu jadi mcm pembakar semangat utk terus berblogging.sbb nampak sedikit hasil selain dpt rmai kawan2 yg kongsi minat yg sama
Cik Su:
ReplyDeletebaru nk maju cik su
org lain dh lali dh ngan BE ni, kita baru nk merasa
jom, makan nasi ayam kat MONRODS,hoho
padin:
ReplyDeletetenkiu bro
peringatan yg berguna tuh
P - pertolongan
Q - terima kasih
dua2 nih klu kita perhati btol2, mmg kena guna
sbb kita hidup bkn sorang, kita hidup dlm masyarakat
kdg2, ada gak manusia yg tiada seni dlm kehidupan
dah berjaya dah pena sekarang..nanti dah cash out jangan lupa cik su lak..hehee..jom ke blog cik su lak..ade tag untuk pena
ReplyDeleteCik Su:
ReplyDeletebaru kick start nih, lmbt lg nk berjaya
cash out? taun depan pun blum tentu dpt, baru brape sen,hak3
btw, tenkiu for the tag
uish, dh 3 terkumpul
nak sikit chicken chop...
ReplyDeleteCik Su:
ReplyDeleteboleh-boleh, ciksu blanja,haha
kat penang agak2 kat mana chicken chop paling best?