TERIMA KASIH | THANK YOU

Jangan jemu untuk baca, sebab entri ni akan ada banyak perkataan TERIMA KASIH ataupun THANK YOU. Tak percaya, cuba bilang berapa kali perkataan yang sama akan diulang. TERIMA KASIH atau THANK YOU perlu untuk mengucapkan tanda penghargaan kepada sesuatu yang kita dapat. Dalam Islam pun ada ajar, kalau dapat sesuatu yang menggembirakan kita, ucaplah ALHAMDULILLAH (syukur kepada Allah) dan TERIMA KASIH kepada orang sekeliling kita.


Tuntas, moralnya di sini jangan kita pernah jemu untuk mengucapkan perkataan TERIMA KASIH ataupun THANK YOU kepada orang sekeliling kita. Paling penting jangan sesekali riak dan takabur dengan apa yang kita dapat (excited sikit-sikit tak salah kan? hehe). Walaupun pemberian seseorang itu cumalah sebijik gula-gula KOPIKO, ucaplah perkataan TERIMA KASIH ataupun THANK YOU. Nak maju sikit, XIE XIE pun boleh.


Terdengar irama lagu ulik mayang dari rumah sebelah,layan-layan....


Ok, pertama sekali ucapan TERIMA KASIH kepada NUFFANG. Siapa yang tak tahu kan NUFFNANG itu apa? Kalau blogger, dari A-Z boleh explain apa itu NUFFNANG dan apa itu fungsinya. Kenapa perlu ucap TERIMA KASIH?


Aku suka NUFFNANG kerana:
  1. Cek jumlah visitor
  2. Lokasi visitors berada
  3. Referers
  4. Keyword search : Part ni memang best, boleh tengok apa yang orang ramai tercari-cari kat search engine seperti GOOGLE ataupun YAHOO
  5. Cek income : Siapa kata blogging itu membazir masa?Masuk duit maaa, seposen pun jadi la. Cukup 30 sen boleh masuk toilet awam
  6. Kontest : Murah rezeki dapat pelbagai hadiah dan tiket wayang free
  7. Macam-macam lagi seperti yang ada di sini : http://www.nuffnang.com.my/

TERIMA KASIH NUFFNANG!

NUFFNANG

Kalau bukan kerana NUFFNANG, kemeriahan blogging tidak seperti kini. Suasananya agak muram dan tidak menyeronokkan. Kerana NUFFNANG, ramai blogger-blogger tidak kira baru atau lama, otai atau tidak, semuanya sama-sama memeriahkan dunia maya yang tanpa sempadan ini. Masing-masing berkongsi cerita dan berita masing-masing untuk manfaat bersama.



Lebih-lebih lagi, NUFFNANG banyak mengadakan contest untuk disertai. Pernah gak sekali mencuba nasib untuk filem TAKERS, dapat la jugak. Tapi sayang, tayangan jatuh hari Isnin, maka terpaksalah batalkan hasrat tersebut. Paling penting, NUFFNANG juga menyediakan PART TIME JOB kepada blogers. Dengan menulis entri di blog, advertiser akan tempek-tempek iklan mereka di sudut-sudut yang ditetapkan dan sekaligus sen-sen akan didebitkan kepada akaun kita.Walaupun amoun tidak banyak, tetapi oklah daripada tiada.


Paling gembira bila advertisers tempek iklan mereka sebagai BUFFERED EARNING di blog kita. Masa tuh, betapa gembirannya tuan punya blog. Terkial-kial melonjak kegembiraan, kalau boleh nak heboh satu kampung. Siapa tak suka kan dapat duit free? Aku pun suka gak, memang tak dapat nak nafikan. Tak hairan kalau hari ini penuh orang bercerita pasal BUFFERED EARNING.


TERIMA KASIH kepada sponsor pertama iaitu NESTLE. Dari minggu lepas lagi setia bertempek di blog nih. Paling bermakna, NESTLE adalah advertiser PERTAMA yang bagi iklan BUFFERED EARNING kat aku. Masa ni baru aku rasa bertuahnya menjadi KOMUNITI NUFFNANG.


NESTLE


Cek punya cek earning untuk hari ini, masyuk lagi 2 BUFFERED EARNING di blog. Perghh, tergamam dan terkata. Nak hantuk kepala kat keyboard pun tak jadi,haha.

TERIMA KASIH jugak kepada CITIBANK yang turut setia sponsor tulisan-tulisan aku di blog ini.

citibank

Dan tidak dilupakan TERIMA KASIH kepada DIGI yang turut serta memeriahkan lagi kempen iklan di sini. Baru meriah blog ada ikan yang gerak-gerak, kalau sebelum ni, orang masuk tengok kosong je,hak3.

DiGi


Dah habis baca?
TERIMA KASIH sebab baca. Agak menejengkelkan bila aku menulis pasal NUFFNANG dan BUFFERED EARNING. Tapi kasik la aku satu can untuk expresskan diriku yang JAKUN ini.

Dapat 3 BE dah nak kecoh?
Biasalah, aku masih NOOB kot bab-bab macam ni. Bila dapat tu, nak gak merasa tulis entri pasal BE. Klu orang lain taip pendek jek, tempek gambor, aku masih lagi kekal macam biasa, dengan identiti aku sendiri, ENTRI PANJANG-PANJANG BELAKA (EPPB),haha.

SAVED : untuk tatapan sendiri di hari muka pasal first time dapat BE


TERIMA KASIH jugak kepada SHAMISHA HOLIDAY yang menaja perjalanan aku ke KELANTAN pada malam ini, pada pukul 900 malam (tiket duit sendiri). Doakan perjalananku selamat dan percutian 3 hari 2 malam di negeri Cik Siti Wan Kembang lancar tanpa terperangkap dengan BANJIR.

balik kampong jom!


TERIMA KASIH kepada penaja makanan hari ini (bayar sendiri jugak) iaitu MONRODS CAFE di KOMPLEKS D'PIAZZA, Bayan Baru. Sudah lama aku mengidam nak makan CHICKEN CHOP di Penang, tapi hari ini baru bertemu jodoh. TERIMA KASIH walaupun aku perlu bayar lebih mahal sikit dari harga lunch di AMD. Berbaloi sebabnya CHICKEN CHOP kat situ agak best! HAO LIAO


chicken chop yang kini berada di dalam perut untuk diproses


psssssst : entri bodek, mana tau lepas ni banyak lagi dapat BE,haha. Dapat la makan CHICKEN CHOP plak next time,hohoho. Setelah 3 bulan berusaha menempek iklan, alhamdulillah sudah dapat 3 BE. Rugi gak tak tempek awal-awal dulu.

But for me : Better late than NEVER!


Bak kata kak hanie yang agak berpengalaman dan tempat aku bertanya selok-belok blogging :
UmmiHanie : http://ummi-hanie.blogspot.com/:
betul tu,nuff ni sekadar bonus/token dlm berblog..penambah semangat ;)
Apa pulak kata anda?


p/s: berapa kali perkataan TERIMA KASIH/ THANK YOU diulang? hahaha.Memang berpatutan dengan tajuk

Post a Comment

18 Comments

  1. hans:
    betul bro, tak sia-sia
    thank you
    ko dan kak hanie la pendorong aku dulu utk create akaun nuff,haha

    ReplyDelete
  2. hehehe...arini terbanyak fikir lak...by the way memang best nuffnang..baru join 2 bulan dah dpt sekepuk 4 BE..thank u n alhamdulillah :) tahniah taw kpd kamu...hehe..keep up ur trafik :)

    ReplyDelete
  3. aku masih menunggu BE pertama.. kene kerja keras deh... sabar je la.. tapi semangat nak lawat blog rakan2 tetap tak luntur... jum nulis..

    ReplyDelete
  4. jelez2(bukan jelez dgn BE..tp jelez sbb da balik)

    hukhuk..sabarkan hati..sabar2

    eh,tahniah gak la kan..t dapat income byk2 bleh balanje nih ;)

    ReplyDelete
  5. uhuk2 ! tersedak namaku disebut2 penaberkala dan hans...hurm tringat sis ieda kan..dah stop blogging dier wat masa ni...

    eh lari topikk..mmg trademark Penaberkala entrinye pnjg2...akk xsmpat lee nk perah otak byk2 nk wat entry pnjg2...certain times je..hehe...lgpun penaberkala mmg berbakat dlm penulisan,hans pun same...:)

    hurm,tahniah ! teruskn usaha..mmg dulu sis xnmpk sgt manfaat blogging ni,sekadar mngisi masa lapang je tp skrg dah ade token ;)

    ReplyDelete
  6. pena dah maju sekarang..hehe..tahniah le..bila nak belanje cik su plak..rezeki dah murah nie..hehe..jom kita lepak kat bayan baru ..hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah BE untuk bro...
    umm betul tu, mak aku pon selalu ajarkan pergi mana2 jangan lupa perkataan "P" dan "q"..

    P untuk please, Q untuk TQ.. apabila kita meminta sesuatu pada orang, sebutkanlah "tolong...." dan sesudah itu, sebutlah "terima kasih"..

    itulah keindahan dan seni kita sebagai manusia...

    ReplyDelete
  8. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    jgn fikir byk2, nnt bertambah kusut
    leraikan yg mana kusut agak kurang serabut :)
    perghh, 4 BE dlm masa 2 bulan? lg mantap
    tahniah gak

    ReplyDelete
  9. Zulkifli Bin Sa'don:
    betul tu bro, setiap perkara kena kerja keras
    siyesly susah nk dpt BE,haha
    tp yg plg penting dlm blogging bkn BE
    kualiti penulisan tuh perlu dijaga
    jgn putus asa bro,cuba lg
    tq sbb always support

    ReplyDelete
  10. MyraLove =):
    haha, best woo dpt balik kampong
    dpt makan sup gear box arinih, fuh

    tq cik mira
    klu dpt ribu-riban baru blh blanja kawan-kawan :)
    skang baru dpt brape sen je kot,hak3

    ReplyDelete
  11. Ummi Hanie:
    aah, lama dh tak dengar kabo brito kak ieda

    tu pasal, mmg tabiat dh buat entri panjang2..

    betul tu,BE tu jadi mcm pembakar semangat utk terus berblogging.sbb nampak sedikit hasil selain dpt rmai kawan2 yg kongsi minat yg sama

    ReplyDelete
  12. Cik Su:
    baru nk maju cik su
    org lain dh lali dh ngan BE ni, kita baru nk merasa
    jom, makan nasi ayam kat MONRODS,hoho

    ReplyDelete
  13. padin:
    tenkiu bro
    peringatan yg berguna tuh
    P - pertolongan
    Q - terima kasih
    dua2 nih klu kita perhati btol2, mmg kena guna
    sbb kita hidup bkn sorang, kita hidup dlm masyarakat

    kdg2, ada gak manusia yg tiada seni dlm kehidupan

    ReplyDelete
  14. dah berjaya dah pena sekarang..nanti dah cash out jangan lupa cik su lak..hehee..jom ke blog cik su lak..ade tag untuk pena

    ReplyDelete
  15. Cik Su:
    baru kick start nih, lmbt lg nk berjaya
    cash out? taun depan pun blum tentu dpt, baru brape sen,hak3
    btw, tenkiu for the tag
    uish, dh 3 terkumpul

    ReplyDelete
  16. Cik Su:
    boleh-boleh, ciksu blanja,haha
    kat penang agak2 kat mana chicken chop paling best?

    ReplyDelete