MASIH DALAM SUASANA HARI RAYA?

SIBUK?
Uish, sudah masuk hari ke-4 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semenjak tiba di kampung, hari ni baru sempat nak mencoret sepatah dua kat sini. Agak sibuk sedikit di musim perayaan kali ini. Sibuk apa? Sibuk makan je,haha


MEMAKNAKAN PENGALAMAN
Rentitan peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri 2010. Ambil masa sikit nak merakam detik suka dan duka sepanjang perjalanan Aidilfitri 2010. Jika kali ini perayaan dari Penang ke Kota Bharu, tahun depan tidak mungkin yang sama akan berlaku. Tahun depan, mungkin perjalanan dari Tronoh ke Kota Bharu kembali mengambil tempat jika dipanjangkan umur. Inilah tempat (blog) untuk memaknakan pengalaman apa yang dilalui dalam lipatan sejarah.


BALIK KAMPUNG
Beredar dari kediaman di Mutiara Perdana seawal pukul 730 pagi bersama housemate, Faris pada 9/9/2010. Berdebar jugak hati bila bas tak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan pukul 800pagi. Agak pusing dan kalut mencari nombor telefon teksi. Akhirnya, bas muncul dengan tiba-tiba tepat jam 800pagi. Dengan hati girang, perjalanan menaiki Rapid Penang menuju ke Stesen Bas Sungai Nibong bermula.

Perjalanan sarat dengan barang di kiri dan kanan tangan. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar. Apa yang paling penting bila dapat sampai awal ke destinasi, seawal pukul 4 petang. Senyum simpul sebaik sahaja dapat menjejakkan kaki di kediaman, dalam hati berkata, "fuh, sempat gak nak berbuka puasa kat rumah buat kali pertama dan terakhir di bulan Ramadhan tahun ni".


BERBUKA PUASA HARI TERAKHIR
Hati berkobar-kobar nak berbuka puasa bersama bonda dan famili di rumah. Alhamdulillah, sempat juga sampai awal, pukul 500 petang sudah berada di rumah. Esok nak raya, rambut masih panjang macam rockstar. Dengan rela hati, pi la potong rambut kejap. Tapi potong sikit je lah bahagian tepi, belakang dan atas. Sebelum habis cuti baru pi gunting sekali lagi,kah3 (alasan). Tapi, abang yang sulung cal suruh pi berbuka kat rumah nenda. Takpelah, bukan selalu berbuka sekali ramai-ramai di rumah nenda.


anak saudara yang ke-16, selamat dilahirkan di penghujung bulan Ramadhan


MALAM RAYA
Macam biasa, kalau sehari sebelum raya, keadaan di dapur macam tongkang pecah. Penuh dengan daun palas dan pulut untuk buat kutupat palas. Tapi tahun ni agak berbeza, up sikit dari tahun-tahun lepas.. Rendang pun ada? Pergh, siap jual rendang rupanya. Maju-maju! Tahun depan nak promote kat facebook,haha

tempahan ketupat palas


HARI RAYA PERTAMA
Rutin macam tahun-tahun sudah, solat sunat Aidilfitri, ke rumah nenda, menziarah pusara ayahanda, ke kediaman kakanda dan akhir sekali pulang ke rumah.


1/3 daripada bala tentera - nephew and niece


ally - damia - danish


semangat the Orenje?


HARI RAYA KE-DUA
Beraya ke rumah sahabat di Pengkalan Chepa iaitu ke kediaman Ediamin Suhaimi bersama Seli. Lama tak jumpa, alang-alang hari raya sempatlah pergi bertandang untuk melawat beliau yang baru balik dari India untuk bercuti selama sebulan. Sebelum tu, sempat singgah di rumah kawan lama, Fakhrullah.


HARI RAYA KE-TIGA
Beraya ke rumah sahabat di Pulai Condong, Machang. Terima kasih Amir Maliki dan keluarga. Nasib baik merempit, kalau naik kereta sah-sah 5 jam tak sampai lagi. Kesesakan lalu lintas dan musim perayaan memang tak dapat dipisahkan. Tapi tadi terpaksa berundur awal sebab hari nak hujan.


HARI RAYA KE-EMPAT
Sudah 3 hari beraya, rumah orang lain buat RUMAH TERBUKA, tetapi rumah sendiri buat RUMAH TERTUTUP. Bukan apa, sebab semua orang tak ada, masing-masing sibuk membawa diri ke hulu dan ke hilir. Kenduri-kendara, rumah terbuka dan melawat saudara-mara itulah punca kami sekeluarga mundar-mandir seketika,haha. Maka, hari ini hari raya ke-empat, kami sepakat nak bukak pintu rumah luas-luas.

Jemput semua rakan dan taulan untuk bertandang ke rumah. Walaupun hidangan cuma biskut kering dan air kopi, jangan la tak datang ye. Kalau jalan jem, gunalah rakit. Berakit-rakitlah sampai ke taliair depan rumahkku, konpem tak jem.


Satu-satunya helaian merah yang dapat untuk raya tahun ni

Kalau dulu menerima, sekarang sudah tiba masanya untuk memberi. Sesungguhnya, memberi itu lebih baik dariada menerima. Tradisi memberi duit raya kat anak-anak buah diteruskan. Kalau dulu 10 orang, sekarang sudah meningkat menjadi 15 orang. Makin meriah la jawabnya. Malam-malam, sibuk duk main mercun dan bunga api. Pak sedaranya ni dulu-dulu, nak main bunga api pun main sorok-sorok.



psst: Hari ni, lagi dua orang kakanda akan pulang, Encik Hasbani sekeluarga dan Puan Siti Nor sekeluarga. Boleh la jumpa lagi 3 orang anak buah yang belum jumpa di Aidilfitri kali ni. Semoga semuanya akan selamat sampai. Sorang lagi kakanda, En Faizal Alwie terpaksa sambut perayaan di perantauan, di negeri bumi kenyalang.

Terpaksa shoot balik gambar raya sebab semua sudah terDELETE. Aiseh, rasa macam mau hantuk kepala kat dinding. Rela HILANG DUIT dari HILANG GAMBAR. Aiyakkkkk

tiket bas sepatutnya malam ni, 13/9/2010 pukul 10 malam
kesian tiket bas, burn begitu saja


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

selamat meneruskan perayaan di Aidilfitri
kepada yang sudah kembali bekerja, selamat bekerja
kepada yang masih bercuti, selamat meneruskan percutian
di mana jua kalian berada, manfaatkan masa yang terluang sebaiknya
senyum sokmo!



Post a Comment

20 Comments

  1. wuhuuu...raya sakan..perut ok??
    raya2 best dapat jmpa sanak saudara...
    jelesnya ada ramai anak sedara, bila la abg aku nk menikah..adeh

    ReplyDelete
  2. wah! mcm2 cerita raya ade dlm entry ko ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. kan. nak jugak anak sedare.
    buat smackdown.heh

    anem

    ReplyDelete
  4. amirah:
    habis sudah cuti sminggu
    perut semakin maju ke hadapan,hak3
    alhamdulillah, dpt jumpa ramai saudara dan kawan-kawan

    ReplyDelete
  5. NICK IRFAN:
    sekadar catatan aidilfitri 2010 nick

    ReplyDelete
  6. anem:
    uish,zalim tuh nk buat smackdown,haha

    ReplyDelete
  7. menarik catatan aidilfitri demo. selamat hari raya n maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  8. shameel Iskandar:
    menarik taun ni, kebetulan boleh jumpa rmai anak-branak dan sain-sain
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. Cik Su:
    asal kelantan
    skang tengah praktikal kat penang

    ReplyDelete
  10. Masa raya, masa makan banyak =P
    hari raya la paling best, tak tido satu hari pun boleh =P

    ReplyDelete
  11. Wan Gerrard:
    haha, betul2
    statement yg tidak boleh disangkal lg
    time raya la juadah yg best2 ada depan mata

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan bathin:) takut2 ada salah silap di sepanjang berblogwalking, tegur menegur, maafkan ye..hehe, anyway, maaf late wish, bru sempat berblogwalking!

    ReplyDelete
  13. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    tenkiu cik fifiey
    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  14. NICK IRFAN:
    ada la ajak orang makan-makan siket hari raya ke-4 arituh

    ReplyDelete
  15. raya tanpa kanak2 xmeriah kan?

    alhmdllh la kehadiran sis sefamily di mana2 mmg memeriahkn suasana...ramai bala tentera kan...;p

    ReplyDelete
  16. ☺[ai][sUmi]☺Chan:
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  17. Ummi Hanie:
    betul2, tanpa kanak2 kurang meriah
    sanggup ambil cuti sbb nk jumpa smua anak buah

    bala tentera yg buat rumah huru-hara dan penuh dgn gelak dan ketawa
    skali staun boleh kumpul rmai-rmai

    ReplyDelete