Kisah permohonan untuk berpoligami oleh seorang suami kepada isterinya. Kisah bermula dengan si suami menulis surat secara rasmi menyatakan hasratnya.
Suami bin Lelaki 17,
Jalan Angkasa , 24300,
Kemaman Terengganu
_______________________________________________
Isteri binti Perempuan 17,
Jalan Angkasa , 24300,
Kemaman Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki
Permohonan di atas akan dipertimbangkan oleh si isteri dengan kata dua sama ada ya atau tidak. Permohonan diterima atau ditolak. Diberi kebenaran atau serangan. Jika segala syarat-syarat untuk berpoligami dipenuhi, cukup stabil dalam kewangan dan boleh berlaku adil tidak mustahil permohonan akan diterima.
Sebaliknya, sekiranya si suami masih lagi tidak memenuhi syarat-syarat tadi, kemungkinan besar permohonannya tidak diterima dan hasratnya perlu dilupakan.
Tidak cukup dengan surat, puisi dideklamasikan kepada si isteri agar memahami hasrat murninya. Tapi cuba tengok, apa isteri akan jawab.
*** Puisi daripada sang suami***
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!
Poligami hanya dibolehkan pada yang mampu sahaja. Sebab-sebab isteri tidak setuju untuk dipoligami adalah atas dasar kepercayaan si isteri terhadap kemampuan suami itu sendiri tidak kira dari aspek kewangan mahupun kebolehan sikap berlaku adil. Kadang-kadang, ada juga si isteri yang tidak rela dimadukan kerana tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain.
Mesej yang ingin disampaikan adalah poligami itu bukan satu permainan tetapi satu tanggungjawab. Poligami bukan satu trend, tetapi satu amanah kepada mereka yang bergelar suami. Kalau tidak mampu membahagiakan seorang isteri, mana mungkin dapat berpoligami.
Dulu,sewaktu sekolah rendah....
BUDAK 2: Buat apa?
BUDAK 2: Hahahahaahahah..Eh? POLIGAMI?
BUDAK 1: Kenapa kau gelak?
BUDAK 2: Sebab bukan poligami la weh, tapi ORIGAMI. Hahahaaha
BUDAK 1: ......
BUDAK 2: POLIGAMI tuh maksudnya kahwin banyak.
BUDAK 1: Hahahaaha, tertukar plak dah (sambil tersipu-sipu malu)
Budak itu sudah tahu apa itu definisi POLIGAMI yang sebenar
17 Comments
menarik jgk cte poligami ni? hahaha adoi.. lawak btol puisi isteri dia tu/...
ReplyDeleteklako btol surat rasmi tuh...mcm poyo pun ade
ReplyDeletehahahaha...poligami...emmm...
ReplyDeletecerita menarik buat sang lelaki
NICK IRFAN:
ReplyDeleteyg puisi tu memang lucu
first time baca dulu, tergelak gak
jelas menunjukkan isteri dia bijak dan pintar sains,haha
Ummi Hanie:
ReplyDeletesurat tu dpt dari emel pg semalam, kalaka habes
biasa la sis, nk dpt kelulusan kena tulis elok-elok
amirah:
ReplyDeletecerita menarik gak utk perempuan
kena jaga hati bakal pasangan agar setia,haha
hahahhaa
ReplyDeletelawak
lilin atau matahari..jgn2 mancis..memang serius lawak
ekekekek
P/S : Sedapnya Wings Madu! Adakah Ini Buffering Terbaru Daripada Nuffnang? Ada Sapa - Sapa Nak Hantar Kad Raya Dekat Gua? Hehehe!
hahaha...lawak sungguh geli ibu jari den mmbacanya.. nk jd mcm matahari kena ler iman yg kuat stakat nafsu jer jd lilin yg mudah padam ler.. bdak2 sekolah mmg klakar..hehe
ReplyDeletehans:
ReplyDeleteapapun, pesanan utk lelaki jangan jadi lilin berkuasa 5 watt sahaja,haha
jadilah matahari yg setia menerangi buminya
LiFe KaMi:
ReplyDeletebetul tuh, bukan semua org mampu jadi matahari
kena kenalpasti dulu diri samada matahari, lilin ataupun mancis
haha!
ReplyDeleteadei. ade memasang cita2 ke nuar? haha
farhan ali:
ReplyDeletetak pernah la plak bercita-cita
sorang pun susah nk ketemu :)
ops. btemu senang.
ReplyDeletepilih yg susah. (:
anem
ops. btemu senang.
ReplyDeletepilih yg susah. (:
anem
Anonymous:
ReplyDeleteoppps, pilih mmg susah
lepas pilih nk diterima lagi susah
hahaha..itu puisi best!!
ReplyDeletesejengkal lilin berukuran 5 watt tu..hahahha..
entahlah,poligami ni..walaupun isteri xizin,tp kalo nak kawen..sah je kan..cuma undg2 ngr je y tetapkan kena dptkan tndatangan isteri..
pape pun..biarlah masa y menentukan :)
MyraLove =):
ReplyDeletepuisi tu mmg kena kat batang idung org yg nk poligami tapi tak cukup syarat dan keperluan
betul tuh, yg penting tgk pada keadaan, situasi dan permasalahan
kalau nk poligami sekadar trend dan hiburkan diri baik tak payah
kerana pastinya tanggungjawab yg terpikul nyata lebih besar berlipat kali ganda