Sejak akhir-akhir ini, terutama bila masuk bulan puasa, rajin plak nak baca akhbar online dan blog-blog orang. Mencari sedikit ilmu, sedikit berita dan sedikit cerita. Campur-campur, jadilah berpengetahuan sikit. Bukan apa, dulu sibuk nak makan lagi, pergi sana, pergi sini, tapi bulan puasa ni tak adalah aktiviti sebegitu rupa.


Semalam jalan-jalan kat dunia siber yang luas tanpa sempadan, tiba-tiba terjumpa entri yang menarik dari 2 blog yang berasingan. Tetapi, kedua-duanya membincangkan perkara yang sama.



Kepada yang berpuasa;

Fuck you off!


Kasik highlight merah sikit bagi semua nampak lebih jelas dan nyata. Beginilah kata-kata kesat yang dilontarkan dalam patah perkataan oleh manusia yang berfikir menggunakan kepala lutut dan meletakkan akal fikiran di kakinya.



Terkejut juga bila baca. Biarpun terlambat untuk dikongsi di sini, mungkin kebanyakannya orang sudahpun tahu perkara ini sejak semalam lagi, tapi apa salahnya kalau kita bagitahu kepada sesiap sahaja yang belum tahu tentang perkara ini. Semoga sama-sama kita dapat fikirkan mengapa ini semua boleh terjadi terutama sekali di hari baik, bulan baik ini.


Apa ceritanya?
Sebelum itu, elok benarlah kita tinjau blog asal di mana maklumat ini dikenalpasti iaitu dari:


Malas nak berceloteh panjang, cuma nak suruh baca je apa yang ada kat komen di facebook tuan empunya badan.



klik gambar untuk penjelasan lebih lanjut



Sudah baca? Sudah jelas? Sudah tahu apa yang diwar-warkan?


Selaku seorang penganut beragama Islam, apakah reaksi anda?

Pejamkan mata? Pekakkan telinga? Buat-buat tak tahu?




Apa boleh dikata, kes ini sama seperti kes yang berlaku bulan Mei lepas. Tetapi, kes ini lebih parah bila melibatkan isu akidah. Masihkah anda ingat tentang kes ugut bunuh TG Nik Aziz. Perkataan yang digunapakai memang sama, F**K tetapi dalam skop yang berbeza.


Kes dulu, kutuk ulama/pemimpin tetapi kes sekarang sudah berani kutuk agama Allah



Kalau ye pun tak nak puasa, tak payah nak kecoh-kecoh, nak kutuk-kutuk orang yang berbuat kebaikan. Jahil biarlah berpada-pada, tak payah nak bagitahu satu dunia.
Persoalan yang timbul, adakah die betul-betul orang Islam?
Cuba serbu facebook gagal sebab sudah tiada dalam carian.
Cuba serbu blog pun gagal sebab private dan open kepada orang jemputan sahaja.
Apa yang jelas, tindakannya itu memang menunjukkan dia seorang yang berfikiran dangkal. Semoga kes ini menjadi pengajaran dan teladan kepada yang lain, "yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan".


Seolah-olah, isu ini berkait rapat dengan entri sebelum ini iaitu KERANA SEBOTOL MIRINDA MERAH. Dalam entri itu, di bahagian penutup ada pengajaran dan saranan kita selaku orang dewasa. Apa tanggungjawab kita hari ini. Bukan apa, takut kes-kes macam ni lah yang berlaku. Oleh itu, pendedehan di peringkat paling awal dan didikann yang betul amat wajar diberi agar mereka mendapat gambaran jelas tentang puasa dan Islam khususnya. Maka, tidaklah mereka akan menyalahkan identiti sendiri yang terpapar di kad pengenalan dan persoalkan mengapa mereka dilahirkan sebagai seorang Muslim.



Isu tidak puasa bukan baru, tapi sudah lama. Di manakah sensitiviti mereka terhadap agama? Kes terbaru di Kulim mengenai sorok makanan dalam lif. Inilah berlaku jika mahu mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal lain.

Kes yang berlaku di depan mata pun ada:
  • Selepas solat Jumaat tempoh hari, seorang lelaki tidak berbaju memegang baldi di lokasi pembinaan bersebelahan masjid kusyuk menghela asap putih. Solat Jumaat ke mana, puasa entah ke mana. Apapun, cuba bersangka baik, mungkin dia bukan beragama Islam walaupun muka ada iras-iras orang Melayu.

  • Housemate bercerita tentang apa yang dilihatnya di Giant Bayan Baru sewaktu pergi mencuci kereta, mat-mat cuci di sana dengan slumber dek menghisap rokok.


Sudah pasti, banyak lagi kes-kes yang berlaku di luar sana. Hanya antara nampak dan tidak sahaja. Apapun, apa yang kita mampu adalah berdoa semoga mereka seperti ini diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa hendaknya, amin.

RUJUKAN



***ENTRI TERGENDALA PAGI TADI***

selamat bersahur...

selamat berpuasa...

selamat berbuka...