KEMPEN KAD RAYA

Assalamualaikum semua
Apa khabar kalian di sana? Harap-harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat untuk sama-sama meneruskan ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini.


Pejam celik-pejam celik, sudah selesai hari ke-16 kita menjalani ibadah puasa. Semalam, kelihatan terbit bulan purnama di langit malam. Sungguh cantik dan menenangkan. Malam ni, kita teruskan terawih untuk malam ke-17 dan semoga dipanjangkan umur untuk meneruskan perjalanan kita di bulan Ramadhan yang tinggal separuh jalan lagi. Sama-sama kita merebut peluang keemasan ini. Apa pun, kita cuba yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Bukan apa, Ramadhan akan datang belum tentu menajadi milik kita.


Ok, setakat itu sahaja renungan untuk hari ke-16 di bulan Ramadhan. Sudahpun selesai hari ke-16, dan kini masuklah hari ke-17 Ramadhan iaitu hari Nuzul al-Quran. Selamat bercuti bagi negeri-negeri yang diberi cuti. Sama-sama menghayati peristiwa di sebalik hari Nuzul al-Quran. Untuk bacaan lanjut, bolehlah intai-intai kat sini : Nuzul al-Quran


Kali ini nak berceloteh mengenai KAD RAYA.

Agak-agak, tahun ni dapat lagi tak kad raya?
Dunia sudah maju, zaman sudah moden. Semuanya berebut-rebut menggunakan rangkaian telekomunikasi yang canggih-manggih seperti SMS melalui telefon, entri di blog, emel mahupun e-kad melalaui jalur lebar, internet. Facebook, twitter, formspring, friendster, mypace pun tidak kurang hebatnya.


Agak-agak, ada lagi tak orang yang masih memberi/membalas kad raya?
Bunyinya agak kuno dan ketinggalan zaman bukan. Tapi, sedar tidak sedar kad raya adalah antara ucapan yang paling bermakna sempena hari lebaran kerana boleh disimpan dan dijadikan kenangan. SMS? EMEL? ENTRI di BLOG? FACEBOOK? Semuanya cepat, jimat kos dan jimat tenaga, tapi feelingnya nyata berbeza. Dapat sekeping KAD RAYA boleh membuat kita terloncat kegembiraan. Itu dulu lah, tapi kini tak tahulah macam mana reaksi kalau dapat satu.


Sudah cukup membebel, malas nak menaip panjang lebar. Sempena KEMPEN KAD RAYA, sama-sama kita memajukan Pos Malaysia. Saya selaku pemilik blog VISIBLE VOICE dengan ini mengisytiharkan dan sekaligus merasmikan KEMPEN KAD RAYA bermula untuk tahun 2010.


kalau tak hantar kad raya
takde kerja la posmen
tak laku la setem kat post opis
bankrupt la bisnes jual kad raya


OBJEKTIF KEMPEN KAD RAYA
  • Meraikan pengunjung VISIBLE VOICE
  • Menghabiskan kad raya dalam simpanan koleksi peribadi sejak bertahun lamanya
  • Mempromosikan perkhidmatan Pos Malaysia
  • Melariskan jualan setem di Pejabat Pos
  • Memberi pekerjaan lebih masa (overtime) kepada posmen

Tidak susah untuk mendapatkan sekeping kad raya dari sini. Stok yang masih ada 21 keping je, tidak kira kecil, besar, cute, comel, menawan semuanya ada. Maka, siapa cepat dia dapat dan siapa bertuah akan dapat!


SYARAT-SYARAT
  1. Drop komen untuk mengesahkan permohonan
  2. Lengkapkan slogan "Saya mahukan kad raya kerana ......" (ikut suka hati berapa patah perkataan)
Syaratnya semudah ABC, 123, alif ba ta. Harap-harap, habislah kad raya yang tersimpan selama ini. Kalau tak habis jugak tahun ni, boleh masuk tong sampah dah. Nak tunggu tahun depan, konpem bizi dengan final year project.



kad yang ada terdapat dalam pelbagai rupa
pelbagai saiz dan pelbagai corak
kita tengok siapa yang kena
atas nasib badan la ye



KELAYAKAN
  • First commentar akan layak menerima KAD RAYA secara automatik.
  • 20 penerima lagi bergantung kepada slogan dan rezeki masing-masing.
  • Terbuka kepada semua tidak kira yang sudah lama mengikuti perkembangan blog ini ataupun baru, followers ataupun bukan, ada blog (tinggalkan link) ataupun tiada (tinggalkan emel). Pendek kata, sesiapa sahaja yang sudi nak terima.
  • Tidak kira warna kulit, jantina, lokasi mahupun peringkat umur
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2010
  • Penerima akan diumumkan pada 1 September selepas proses pos selesai dilakukan

TERIMA KASIH


Dibawakan khas oleh:



"Sama-sama memajukan Pos Malaysia"

Selamat bekerja kepada posmen yang bakal bertugas di 21 lokasi yang berbeza

Post a Comment

21 Comments

  1. nak jadi org first...nak jadi org first

    ReplyDelete
  2. k la ni slogan saya..
    ehem2...saya mahukan kad raya kerana en khairul anuar nak bagi. bukan senang nak dapat kad raya pada masa kini.lagipon kad raya ni tahan lama, lau sms kejap ja dh delete pastu forward mesej ja pon...feling tu kurang skitla. ucapan raya biar ikhlas di hati dan tersemat di sebalik kad hari raya =)...fiuhhh..

    ReplyDelete
  3. k la ni slogan saya..
    ehem2...saya mahukan kad raya kerana en khairul anuar nak bagi. bukan senang nak dapat kad raya pada masa kini.lagipon kad raya ni tahan lama, lau sms kejap ja dh delete pastu forward mesej ja pon...feling tu kurang skitla. ucapan raya biar ikhlas di hati dan tersemat di sebalik kad hari raya =)...fiuhhh..

    *adeh tenet slow,ssh mo komen....hari ni dh dapat kad raya dr kawan..wee~

    ReplyDelete
  4. saya mahu kad raya kerana tahun ni tak dapat beraya dengan family kena keja out station..huhu sedeynyer.... http://babycutekami.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. k la ni slogan saya..
    ehem2...saya mahukan kad raya kerana en khairul anuar nak bagi. bukan senang nak dapat kad raya pada masa kini.lagipon kad raya ni tahan lama, lau sms kejap ja dh delete pastu forward mesej ja pon...feling tu kurang skitla. ucapan raya biar ikhlas di hati dan tersemat di sebalik kad hari raya =)...fiuhhh..

    *adeh tenet slow,ssh mo komen....hari ni dh dapat kad raya dr kawan..wee~

    ReplyDelete
  6. alah...lmbat skit jer..

    saya mahukan kad raya kerana dah lama saya tak merasai nikmat mendapat kad raya...

    :P

    ReplyDelete
  7. saya mahu kad raya dari anda sebab saya nak gantung dekat dinding..paling tidak saya boleh tunjuk dekat keluarga saya yang saya masih ada peminat2 yang sudi hantar saya kad raya...hohoho

    P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

    ReplyDelete
  8. salam , eh ada ala2 contest gitu...

    "saya mahukan kad raya kerana di zaman teknologi serba cnggih lagi moden ini penggunaan kad raya konvensional sudah semakin pupus,maka saya teringin untuk merasa kembali perasaan gembira/teruja menerima kad raya seperti zaman kanak-kanak dahulu"

    aiseh pnjg melebey2 plak..;p

    ReplyDelete
  9. nuar....nk kad raya gak...haha...
    opppssssss....kena lengkapkan slogan plak...aish...haha..

    saya mahukan kad raya kerana kali terakhir saya dapat kad raya masa zaman sekolah dulu..sudah lama agaknya tidak menikmati suasana excited menerima kad raya...haha

    ReplyDelete
  10. salam and selamat pagi =)

    saya pun mau kad raya! haha..

    OK, ni slogan saya; saya mahukan kad raya kerana...

    ...sekiranya saya berpeluang mendapatkan kad raya ini, secara automatik dan tanpa ragu-ragu kad demikian akan menjadi kad yg ke-sekian-kalinya-namun-boleh-dibilang-dgn-jari saya memiliki sepanjang hayat saya di bumi Allah SWT dan diharap dengan kehadiran kad raya tersebut, sambutan Aidil Fitri pada tahun ini akan mnjadi lebih meriah dan luar biasa dari biasa. :)

    [thanks penaberkala! haha.. blom dapat pun dah kata thanks.. hihih.. takpa, thanks 4 inviting =) ]

    ReplyDelete
  11. haha...skali kuar 3 komen seyh...en khairul,sila pilih

    ReplyDelete
  12. Nak join..hihii..

    Saya mahukan kad raya kerana saya mahu menambah koleksi kad raya yang semakin berkurangan setiap tahun, makanya kalau dapat lagi kad raya dari tuan tanah ni, boleh la saya gantung2 di dinding dan berlagak dengan orang2 yang tak pernah dapat dah kad raya zaman sekarang ni..*oppss, niat tak baik..=p *

    ReplyDelete
  13. aku dh lama x dpt kad raya senang cte xpnh tgk pun kad raya start 2007 sbb masa tu smua hntr ucapan melalui sms dgn e-mail jer.. tp xpe nk join gak? hehe saya mahu kad raya kerana tak pernah pun saya dapat kad raya dari orang.... ini jujur tau... oklah. yang tu je la kot? hehe

    ReplyDelete
  14. haish~ amirah ni jadik 1st commenter lak ha3

    laa..sy bace entry yg plg latest tu smlm tp xprasan lak entry ni.

    slogan: sy mahukan kad raya kerana *malu la pulak nak cakap ha3*

    --> kerana sy nak encik posmen datang banyak2 kali kat rumah sy taun ni. biar glemer sikit ;p

    ergh... ade lg 6minit b4 due date! yeay sy tau sy menang ^_^

    ReplyDelete
  15. 1 amirah
    2 papabear
    3 life kami
    4 hazwan arif
    5 hans
    6 ummie hanie
    7 whitedaisy
    8 ikhwan
    9 miss lya
    10 nick irfan
    11 farhan ali

    penyertaan diterima. Diminta menghantar alamat ke emel : mkamh5587 at gmail dot com secepat mungkin, sepantas kilat

    posmen dah tak sabar nak bekerja
    setem tak sabar tunggu dibeli
    pejabat pos tak sabar menunggu dilawati
    kad raya sudah siap siaga untuk pergi

    tunggu kedatangan kad masing-masing

    ReplyDelete
  16. farhan ali:
    dh anta belum?
    cepat2, takut post opis tutup plak,haha

    ReplyDelete
  17. wah. hari ni dmm.
    lupa tros nk hntr. bole lg x? T-T

    ~farhan ali.

    ReplyDelete
  18. Anem:
    orite, boleh lagi
    don worry

    semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete