Kalau dulu, bab-bab bancian ni, orang buat dari rumah ke rumah. Bawa kertas, bawa pen, pergi ke kampung-kampung. Bagi salam, bertanya khabar, bersila lentik, pekena kopi/ teh secawan kemudian bertanya soalan bancian.

Tetapi hari ini segalanya cukup mudah. Dunia di hujung jari. Nak buat bancian, tak payah susah-susah berjalan keliling kampung, tak payah bazir kertas dan dakwat pen. Semuanya boleh dibuat menggunakan kemudahan internet. Masa jimat, duit jimat, yang paling penting tenaga pun jimat.

Maka hari ini, rasanya nak buat sedikit bancian. Bancian berkaitan topik yang dipilih untuk PERSUASIVE PRESENTATION untuk subjek PROFESSIONAL COMMUNICATION SKILL yang akan dinilai pada hari SELASA ini iaitu bersamaan 20 APRIL 2010.



Minta jasa baik tolong jawab soalan bancian ini. Jawab dengan senyuman ok, jangan paksa diri.
Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih banyak-banyak.


TOPIC : BLOOD DONATION / DERMA DARAH




(1) Jenis darah anda? - A, B, AB ataupun O


(2) Pernahkah anda menderma darah?

  • Ya - teruskan menjawab soalan 3, 4 dan 5
  • Tidak - teruskan menjawab soalan 6

(3) Sudah berapa kali anda menderma darah?

(4) Bila kali pertama menderma darah?

(5) Bila kali terakhir anda menderma darah?


(6) Faktor anda belum pernah menderma darah

***takut/ tidak berkesempatan/ tiada masa/ tidak cukup syarat/ ada HIV/ sebab-sebab lain


SOALAN BANCIAN TAMAT




Di atas khidmat nasihat cik anem, pembanci pun kena jawab soalan bancian sendiri:

  1. O+ jugak - golongan penderma universal (pemurah) tapi cerewet dalam menerima (O je ye, yang lain tak layan)
  2. Ya
  3. 3 kali
  4. 28 march 2008
  5. 24 februari 2010
sekian!