FRIENDS OF INFORMATION RESOURCE CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Sudah lama tidak menulis tentang aktiviti-aktiviti yang dikelolakan oleh FIRC. Kalau di awal kemunculan blog ini, kebanyakan post-post yang disiarkan berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang FIRC dan event-event di sekitarnya. Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini!

Sebelum ini, FIRC mengadakan aktiviti riadah sekali seminggu untuk ahli-ahli FIRC sahaja. Aktiviti seumpama ini tidak lain tidak bukan untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga FIRC. Hari ini, tertarik untuk bercerita tentang FUTSAL FIRC VS ALUMNI FIRC. Aktiviti pertama antara ALUMNI dan FIRC yang seumpama ini sungguh menarik. Tanggal 1 November 2009, 1.11.2009 - telah berlangsung perlawanan persahabatan antara FIRC dengan ALUMNI FIRC. Objektif utama bagi program kali ini tidak lain tidak bukan untuk:
  • merapatkan hubungan antara FIRC dan ALUMNI FIRC
  • meraikan ALUMNI
  • melepaskan tekanan sebelum menghadapi perang besar FINAL EXAM tidak lama lagi
Keseluruhannya, sambutan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak amat menggalakkan. Objektif untuk aktiviti kali ini agak tercapai kerana masing-masing bergembira dalam beraksi sekaligus merapatkan jurang antara FIRC baru dengan ALUMNI FIRC terutamanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti hari ini. Semoga kita dikurniakan kesempatan untuk bertemu dan beraktiviti di lain masa yang akan datang.

Untuk post kali ini, tidak lengkap rasanya cerita tanpa gambaran jelas mengenai aktiviti yang berlangsung dari pukul 900pg hingga 1130pagi. Sedikit gambaran kasar berkenaan suasana yang berjaya dirakam oleh jurugambar yang bertauliah.


Barisan ALUMNI FIRC yang tidak sabar-sabar untuk berentap

Sekalung penghargaan kepada yang telah menghadirkan diri untuk menjayakan aktiviti kali ini
STAFF IRC
en Ben - en Hilmi

ALUMNI FIRC
Abi - coka - apis - azar - zuhair - paan - sariy - saddiq - amir - pidi - syahir aka belang - amat - mad - afifi

FIRC
Eddie - alif - asif - istor - oje - rafiq - basharul - midi - ayie - farouk - moorthy - thiyagu - siddiq

POM-POM GIRL
nowa - wani - hani - zaiti - adnin - najwa


Barisan FIRC dan POM-POM GIRL




asif - midi - siddiq - nuar - nowa - najwa - ayie - hani

Berikut anugerah-anugerah khas yang telah diadili oleh Presiden FIRC 2009/2010 ->

Di sini, terdapat beberapa lagi anugerah khas untuk pemain-pemain yang berkualiti dan berpotensi

CALON-CALON KEEPER PALING POPULAR
undian sms bermula sekarang


ABI AIMAN
penjaga gol tegar untuk team ALUMNI dan merangkap MANAGER TEAM ALUMNI FIRC

VS

AMIR MALIKI
bakat baru yang dicungkil oleh TEAM ALUMNI FIRC yang telah berjaya menjaringkan satu gol (STRIKER) dan menyelamatkan banyak percubaan (KEEPER)

KASUT PALING POPULAR

kasut biru - syahir aka belang

KAKI PLATINUM
Amir maliki
(first time main dah boleh sumbat gol)

PERLANGGARAN BERKESAN
Eddie dan Zuhair

PEMAIN BERGAYA
Basharul
"kalah itu pasti, gaya itu penting",kata beliau

BUKTINYA?

antara aksi yang memukau

anda percaya dengan kebolehannya?



AWAS!

JANGAN TIRU AKSI INI




patut pun boleh buat, ada assistant rupanya

Aku punya cerita bagaimana?
Aku masih seperti dulu, kaki bangku,kerusi dan meja
Tapi keseronokan bermain mengatasi segala kelemahan yang ada
Bukan sekadar tiada gol dijaring, menjadi keeper pula berbiji-biji gol diboloskan
Apepun, cuba lagi di lain masa dan ketika


Gambar kenang-kenangan FIRC dan ALUMNI FIRC

Sekian sahaja untuk laporan kali ini. Berita disampaikan oleh penaberkala untuk tv VB
Untuk laporan versi lain, sila layari http://mkhazaidi.blogspot.com/

Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada semua ALUMNI FIRC yang akan meniggalkan UTP selama 8 purnama lamanya untuk INTERNSHIP. Semoga anda semua dapat menimba ilmu dan pengalaman baru sebanyak mungkin dalam tempoh tersebut.

GOOD LUCK AND ALL THE BEST!

Kepada semua FIRC, semoga ukhuwah yang telah terbina ini semakin akrab agar prosess pentadbiran kita dapat berjalan dengan lebih lancar hendaknya.

"susah bersama, senang bersama"