BERBALOI KE PERGI KE MAPS, PERAK?

/
20 Comments
"Berbaloi ke pergi ke MAPS, Perak?". Itu antara soalan common yang orang selalu tanya bila kita upload gambar di instagram ataupun Facebook. Actually, soalan berbaloi ke tidak ni terlampau subjektif. Bergantung kepada kehendak dan expectation masing-masing. Contohnya, kalau korang obses dengan water theme park, kenalah pergi Sunway Lagoon ataupun Lost World of Tambun. Kalau suka extreme theme park, boleh pergi Genting Highlands (tunggu buka nanti) USS, Singapore. Kalau nak rasai kedua-duanya iaitu theme park dan water theme park, boleh pergi ke Legoland, Johor. Dan, kalau korang minat  dengan movie animasi especially Boboiboy, Smurf, tengok show atau enjoy rides yang fun bersama family dan kawan-kawan, aku suggest korang boleh datang ke MAPS, Perak. Kenapa? Meh nak share!


Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak


Untuk perkongsian kali ni, aku nak cerita serba-sedikit pengalaman aku sendiri masuk ke Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak baru-baru ni. Kenapa korang perlu datang ke MAPS, Perak? Kalau korang nak tahu, MAPS Perak adalah "Asia's First Animation Theme Park". Hah, kalau pergi ke negara-negara Asia yang lain, tak ada lagi theme park macam kat MAPS ni. So, bertuahlah kita. Jimat kos, sebab tak payah nak kena book tiket flight semua. Persoalannya, berbaloi ke tak pergi MAPS, Perak? Untuk merungkai persoalan ni, korang kena baca sampai habis.


Jawapan aku, TAK BERBALOI PERGI MAPS, PERAK kalau...........

1. Pergi sorang-sorang


Aku pernah travel solo, tapi bagi aku kalau nak pergi solo ke theme park bukan idea yang bijak. Siapa nak teman ko menjerit naik rides. Lagi satu yang paling penting, siapa nak tolong tangkap gambar korang? Dah la banyak port-port yang menarik di MAPS, Perak. Jadi, kalau korang plan nak pergi tenangkan fikiran atau release tension sorang-sorang, sila batalkan hasrat korang. Memang tak berbaloi! Kalau takde gang, ajak aku, hahaha.


#ProjekTravel

2. Tak tengok LIVE PERFORMANCE


Rugi lah kalau korang tak tengok Live Performance di Center Stage, MAPS. Bila korang dah masuk ke MAPS, first thing yang korang perlu buat adalah dapatkan info di kaunter untuk dapatkan full schedule program di MAPS. Then, korang plan betul-betul. Kalau boleh, datanglah awal pagi. Kurang sesak sikit, then boleh cover banyak benda. Baru lah trip korang ke MAPS berbaloi-baloi! Macam-macam show ada di Center Stage. Ada dance, ada performance musical dan ada juga penampilan maskot-maskot.




3. Tak OOTD untuk IG/ IG STORIES


Jujur aku cakap, MAPS ni sangatlah cantik dan lawa. Setiap inci, setiap bucu, ada je port-port best untuk bergambar. Pendek kata, kalau korang kaki selfie atau gila OOTD, memang sesuai datang ke sini. Banyak port-port best yang "instaworthy". Tak payah gi jauh-jauh sampai ke Disney Land Hong Kong. Datang je ke MAPS, Perak. Dengan colourful dan macam-macam tema, korang akan rasa seolah-olah berada di alam fantasi. Memang kena dengan slogan, "Live your dreams". Dah agak-agak memory phone full, boleh la balik. Baru lah berbaloi datang MAPS dengan bawa balik kenangan dan stok gambar untuk setahun. Nak lagi berbaloi, bawa memory card spare siap-siap. Rekod video pun best juga kat sini! Meh, aku belanja beberapa port yang korang boleh stop untuk bergambar. Cekidout!










Coliseum Water Play

4. Tak try COKLAT AIS TOK ABA KOKOTIAM


Alang-alang dah sampai di MAPS, memang tak lengkap kalau tak singgah di Tok Aba Kokotiam. Aku suka Coklat Ais yang siap ada marshmellow tu. Sedap amat! Korang kena try. Harga pun lagi murah dari Starbucks tu. Lagi satu, mana nak cari Tok Aba Kokotiam yang korang duk tengok dalam Boboiboy di TV tiba-tiba  ada dalam real life di Malaysia ni kalau bukan di MAPS, Perak. Dan jangan lupa, sebelum beredar tu bergambar depan Tok Aba Kokotiam macam ni ye, hehe. Nak bawa balik kenangan supaya trip ke MAPS jadi lebih berbaloi? Korang boleh beli ole-ole dan figura Boboiboy di sini!




5. Tak enjoy Show di Blast Off Zone


Satu kerugian kalau korang tak masuk ke semua tempat yang ada show atau live performance especially di Blast Off Zone yang ada Teater Smurf. Bagi aku, kalau korang bawa anak-anak, kena bawa dorang masuk ke sini bagi exposure. Show ni amat interactive. Bukan hanya show biasa, malah ia melibatkan interaksi bersama audience untuk menjayakan misi mereka.


The Smurfs Theater


Selain Teater Smurf, tempat yang wajib masuk adalah Studio BoboiBoy Hero Academy dan Boboiboy 4D Adventure Theatre! Ini memang wajib masuk sebab kat situ ada teknologi Agmunter Reality (AR) yang boleh membuat korang dan anak-anak teruja! Kita yang dewasa pun excited bila masuk situ. Then, korang juga jangan lepaskan peluang untuk tengok teater muzikal. Kalau masuk  MAPS sekadar nak bergambar dan jalan-jalan makan angin, memanglah tak berbaloi. Kenalah masuk ke semua tempat, baru la syiok! At least, boleh bawa balik pengalaman baru yang sememangnya lain dari yang lain.


Teater muzikal


Live Performance


BoboiBoy 4D Adventure Theatre


6) Tak tengok Stund Legend


Tak kira korang datang bersama kawan-kawan atau family, rasanya tak berbaloi selagi korang tak tengok sendiri show secara LIVE di Stund Legend Arena. Pakej makan asap sekali dengan aksi-aksi yang ganas dan mencuit hati. Kalau kat luar sana, nak tengok aksi stunt macam ni dah berapa harga tiket. Tapi, bila datang MAPS korang boleh tengok show ni secara percuma sebabnya dah include sekali dengan harha tiket masuk. Tak puas tengok sekali? Don't worry, korang boleh repeat kerana show ni ada dua kali sehari. Enjoy yourself!


Stunt Legend Arena


Menyaksikan aksi stunt secara langsung dengan deruman enjin dan kepulan asap. Fuh!


Jangan tiru aksi ini!


7) Tak makan dalam STARSHIP!


Perlu diingat ye, pergi ke mana-mana theme park pun, makanan dari luar tidak dibenarkan bawa masuk. So, kalau korang plan nak berkelah di MAPS, bawak nasi dagang, nasi kerabu dari rumah, sila lupakan je. Akan ada spotcheck di pintu masuk. Asam aku pun kena rampas, haha. But, don't worry, kat dalam tu ada banyak kedai makan yang korang boleh try. Antaranya, STARSHIP!


Starship Restaurant


Starship Restaurant menyediakan western food dan lain-lain

Aras 2 ada Nasi Beriani, Aras 3 ada grill/BBQ (western food)


Aneka juadah - Lamb Shank, Salmon, Steak & Chicken Grill


Bila cerita pasal makan ni, ramai pula orang tanya, "Harga macam mana, mahal tak?". Bagi aku, honestly harga dia lebih kurang sama dengan harga restoran-restoran kat luar sana macam Nando's, Kenny Roger's, etc. Bawak RM30 dah boleh dapat satu meal dengan portion yang agak besar. Actually, korang boleh share-share. Rasa pula, not bad! Berbaloi dengan harga. Aku pilih steak dan memang sedap especially bila makan dengan sos blackpepper favorite! Ya, ni jawapan yang korang tunggu kan? BERBALOI!


Isi perut dulu sebelum sambung berfoya-foya


Salmon or Steak? Both are yummeh!


Dinner makan Burger


8) Tak explore Fantasy Forest Zone


Dah penat tengok show? Dah kenyang perut makan-makan? Korang boleh ambil angin dan jalan-jalan di sekitar Fantasy Forest Zone. Kat sini ada 3 rides untuk kanak-kanak dan family iaitu (1) Zugo's Crystal Quest, (2) Red Baron dan (3) Fantasy Carousel. Sebelum masuk zone extreme dan thrill, korang warming up la dulu main benda-benda ni, hahaha.


The Adventurers HQ Tree House - Menara tinjau


Fantasy Forest Zone


Cave of Wonders - Muzium dalam gua


Coral Kingdom - taman permainan untuk kanak-kanak


9) Tak cabar diri di Trick or Thrill Zone


Hek eleh, itu je ke ada di MAPS, Perak? Habis tu, untuk aku yang gagak perkasa dan suka extreme apa yang ada? Tak berbaloi la kalau itu je yang ada. Sabar dulu! Meh nak cerita part yang lebih ganas sikit. Berita baik untuk korang yang gilakan cabaran. Apa kata korang cuba Trick or Thrill Zone. Kini, drop-tower sudahpun beroperasi. Korang naik la banyak kali pun, takde orang nak marah. Asalkan, korang happy dan rasa berbaloi! Don't worry, ini bukan macam fun-fair. Sekali nak naik, sekali kena bayar, kah3. Enjoy your ride!


Drop-Tower


10) Tak cuba semua ni di Lakeside Zone


Last but not least, trip korang ke MAPS tak akan berbaloi selagi korang tak cuba semua rides yang ada di Lakeside Zone. Rides yang patut korang naik at least sekali adalah (1) Space X-Plores, (2) Hyperspin, (3) The Adventurers Bumper Blast (Ini paling sempoi) dan (4) Asteroid Attack (Ini paling scary!).


Space X-Plores


The Adventurers Bumper Blast


Hyperspin


Hyperspin


Asteroid Attack


Dah naik semua rides tapi masih rasa tak berbaloi datang MAPS, Perak? Korang repeat je dari 1 sampai 10 sampai MAPS tutup. Rasanya, cukuplah perkongsian aku untuk kali ni pasal MAPS, Perak. Nanti aku share lagi pasal tempat-tempat lain. Kalau korang dah pernah pergi MAPS, boleh lah share experience korang di kotak komen dan bagi tips untuk mereka yang bercadang nak pergi ke sana nanti. 


Kalau korang datang weekend, cuti sekolah atau public holiday lagi berbaloi sebab boleh stay dari pagi sampai ke malam. Boleh rujuk waktu operasi MAPS, Perak seperti di bawah:

Waktu Operasi MAPS, Perak mulai 1 Oktober 2018

Isnin - Jumaat (Kecuali Rabu)
10 pagi hingga 6 petang

Hujung Minggu dan Cuti Umum
10 pagi hingga 10 malam

MAPS, Perak ditutup setiap hari Rabu kecuali pada hari cuti sekolah atau cuti umum!


Asteroid Attack di malam sambutan Hari Malaysia 2018


Semoga dengan penjelasan aku, harap-harap sedikit-sebanyak dapat membantu readers di luar sana membuat pertimbangan terutamnya untuk mereka yang masih teragak-agak untuk merancang percutian mereka ke MAPS, Perak. Untuk maklumat lanjut mengenai MAPS dan promosi-promosi terkini, korang boleh follow laman sosial media MAPS, Perak seperti berikut:


Address: 
Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia

Opening Hours: 
10.00am to 6.00pm (Monday – Friday, except Wednesday), 
10.00am to 10.00pm (Saturday, Sunday, Public Holidays, and School Holidays)

Contact: 
+605 501 5666




You may also like

20 comments:

  1. i pun terasa nak pergi.. nampak banyak fun fun fun.. ehehhehehehe~ syok nya dapat pergi ke maps..

    ReplyDelete
  2. Memang tak best kalau pergi sorang-sorang . Kalau ada geng lagi rancak sebab macam2 aktiviti ada kat sana ..mcm nak cuba semua game

    ReplyDelete
  3. Berapakah harga? Bilakah nak ajak Rawlins sekali?

    Boleh la tolong ambilkan gambar hahaha... Rawlins tak sampai lagi ke sin. Nak sangat pergi.

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha memang ler tak best kalu gi sensorang!
    ari tu nak singgah. tapi, sgt la tak sempat.
    ari tu tiket murah kata nyer. tak dpt berita awal.
    my boy memang boboiboy die hard fan. surely dia akan suka ke sini :)

    ReplyDelete
  5. SR rasa MAPS ni sesuai untuk keluarga dan anak2 kecil. Kalau macam SR yang suka travel solo ni memang akan senduuuu la kalau pergi MAPS. hahaha

    ReplyDelete
  6. Alaaaa...mustahil la x best..mesti la best kan.tgok gambar pun tau..kalau pi kapel lagi x best..kena pi ramai2 baru hhappenibg..bila nnak ajak akak ni?

    ReplyDelete
  7. great sharing here, suitable for family to go, sure my kids love it. Need to save money first before go.. maybe give few years time.

    ReplyDelete
  8. Best jugak ye. Padahal banyak kali lalu MAPS ni. Teringin pulak nak ke sana. Ada sesapa nak belanja tak😝

    ReplyDelete
  9. Teringin yer nak bawa anak-anak ke MAPS perak ni.. semua menarik! Lagi ramai lagi syok kan datang sini

    ReplyDelete
  10. Abby pernah ke Perak tp mata tak lawas dengan gedung movie ini. Atau mungkinkan movie ini baru berdirinya? Klo nonton bareng pasti seru ya

    ReplyDelete
  11. Menariknye... banyak aktiviti dekat Maps ni boleh dicuba , masuk list tak sabar nak explore semua aktiviti dalam tu kalau boleh nak cuba semua haaa tamak! ada tempat makan sedap juga dalam Maps tu yea... buat tak sabar jer nak ke situ.. terima kasih kongsikan info ini

    ReplyDelete
  12. Mcm best jugak ye kat dlm dia, before ni pernah tgk2 jugak review, semua pon kata mmg not bad best jugak pergi..pernah lalu je depan dia tak sempat nak singgah masa tu haha, takpe next time insyaAllah ade rezeki boleh masuk pulak try sendiri best ke tak hehe..

    ReplyDelete
  13. pada mula MPAS dibuka, harga dia sangatlah mahal dan tak setanding dgn keseronokkan yg ditawarkan. now dorg dah kurangkan harga, i guess berbaloi kot. paling best makan dekat The Starship restaurant tu. salmon stick dia best.

    ReplyDelete
  14. Memang tak rugi datang MAPS ni. Macam-macam benda menarik ada. Tiket pun ada beberapa pilihan. Kalau masuk MAPS rugi kalau tak ambil gambar sebab tempatnya cantik kan..

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Macam best je tempat ni..tak pernah tau ada tempat cam ni kat perak. Kalau ke sana nanti boleh le singgah

    ReplyDelete
  16. bila baca “tak..” semua kat post ni, trus rasa macam nak kena ke Maps ni. Bawa anak-anak konfem tak nak balik ni..

    ReplyDelete
  17. Mati la kalau bwak ankw ni..kompem xmau keluar nanti...dah mcm2 ada eh sekarang ni

    ReplyDelete
  18. Asalam Hebatnya..nak link blog anda ya di blog Etuza

    ReplyDelete
  19. Hampir ke Perak hari tu tetapi anak memililh masuk UNIMAS Sarawak..dapatlah jejak kaki di Sarawak

    ReplyDelete
  20. Baca ni baru berbaloi nak pergi ke tidak. Hehe...thanks for sharing!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...